ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jul 2, 2010

sebab ada kes rujuk .... fasai apa ada recycle cerita rpk dan bala...




Anwar Beritahu Rakan AS Kesal Guna Istilah "Pencerobohan Zionis"

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu rakan-rakannya di Amerika Syarikat (AS) bahawa beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis", lapor akhbar Washington Post kelmarin.

Dalam artikel yng ditulis timbalan editor ruangan rencana pengarangnya Jackson Diehl, akhbar itu berkata Anwar berada di Washington selama beberapa hari minggu lepas.

"(Beliau) menghabiskan banyak masa untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, Howard Berman dan seorang dua pemimpin Yahudi," tulis Diehl dalam artikel bertajuk Flirting with zealotry in Malaysia.

Anwar berkata, beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad", kata Diehl.

"Kenapakah saya menggunakannya sedangkan ia telah menimbulkan begitu banyak salah faham? Saya perlu lebih berhati-hati," kata Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang dipetik penulis itu.

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luarkedutaan AS di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana bendera Israel telah dibakar dan telah membuat sindiran pedas tentang firma perhubungan awam berpejabat di Washington "yang dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Diehl berkata, kebanyakan rakan Anwar, termasuk bekas diplomat dan bekas pemimpin Bank Dunia Paul Wolfowitz nampaknya berkecenderungan untuk memberi peluang kepada beliau untuk bernafas.

Diehl berkata Wolfowitz memberitahu beliau: "Apa yang Anwar lakukan adalahsalah, tapi memandangkan beliau sedang bergelut untuk hidup - secara fizikaldan dalam bidang politik - daripada serangan sebuah kerajaan yang menyifatkannya sebagai 'boneka Yahudi', kita patut beri sedikit ruang kepadanya".

Kata Diehl dalam perbicaraan kes liwat keduanya sekarang, Anwar tidak mendapat sokongan daripada AS seperti yang diterimanya ketika menghadapi tuduhan liwat kali pertama dahulu di mana naib presiden ketika itu dan rakan-rakannya yang lain telah membela pemimpin pembangkang itu.

Presiden Barack Obama sendiri tidak berkata apa-apa secara terbuka tentang Anwar ketika beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Washington pada April, katanya.

Beliau berkata, Anwar mempunyai cara sendiri untuk melawan dengan cuba membalas balik tuduhan bahawa beliau adalah ejen Israel dan "pengampu Amerika yang memuja Wolfowitz".

"..dia cuba melawan balik dengan mendakwa Apco telah memanipulasikan kerajaan supaya menyokong kepentingan Israel dan Amerika.

Beliau juga berkata, ejen Israel telah menyusup ke dalam pasukan keselamatan Malaysia dan terlibat secara langsung dalam perjalanan kerajaan," tulis Diehl.

SPRM, ada berani ka....?

Datuk Zahrain Hashim gesa SPRM siasat siapa yang taja (biaya) Raja Petra Kamaruddin untuk berada di luar negeri. Walau pun gesaan beliau itu nampaknya bertujuan untuk memerangkap beberapa individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim tetapi perangkap itu akan makan tuan.

Sebab PI Bala sendiri pernah membuat pendedahan bahawa beliau dibayar oleh Deepak Jaikishan, orang suruhan Rosmah Mansur yang menyebabkannya menjadi pelarian di luar negeri. Beliau mendakwa dibayar pampasan sebanyak RM5 juta dan saraan bulanan sebanyak RM50 ribu.

Senario terkini nampak seperti Datuk Zahrain sekadar mendedahkan lagi pekong isteri PM. Maka beranikah SPRM siasat dakwaan beliau ini...? Semakin Zahrain membuka mulut, semakin beliau mendedahkan kebodohan dirinya sendiri .

Jul 1, 2010

Kitaran agenda UMNO;

Takde pengalaman dan graduan kangkong linci kang?
Mereka terlalu memilih kerja kot.....32,000 graduan masih menganggur

KUALA LUMPUR 29 Jun - Seramai 32,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, statistik Kementerian Pengajian Tinggi itu menunjukkan graduan wanita lebih ramai gagal mendapat pekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding lelaki seramai 10,240 orang.

"Antara sebab graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kerana bidang kelulusan mereka kurang mendapat permintaan daripada pihak majikan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah graduan menganggur, peratusan mereka mengikut jantina, kumpulan pendapatan keluarga rendah dan jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebab mereka tidak diambil bekerja serta cadangan untuk mengatasi masalah itu.

Subramaniam berkata, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan pembiayaan untuk pinjaman PTPTN kepada 1.5 juta pelajar dengan jumlah RM32.62 bilion sehingga 30 April lalu.

Dalam pada itu katanya, trend pengambilan pekerja masa kini yang tidak menumpukan perhatian kepada kelulusan calon semata-mata boleh membantu mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan di negara ini.
INI JAWAPANNYA.......

Kitaran agenda UMNO;

1. Adakan AUKU - takutkan pelajar dan sekat pemikiran kritikal.

2. Adakan Aku Janji pada pensyarah - yang jilat dan pensyarah kangkong, naikkan pangkat.

3. Bila pensyarah kangkong ada kuasa, sekat sana-sini. Yang bijak pandai dan tulus terpinggir.

4. Kualiti penagajaran merosot. Pelajar pun dah hilang daya pemikiran kritikal, lebih fokus hiburan, guiness rekod misai terpanjang dsb.

5. Jika ada aktiviti yang tidak selari, maka hukuman sangat berat contohnya kes pilihanraya Hulu Selangor, Perempuan puaka UM dan USM.

6. Pihak U dan kementerian layan pelajar macam budan sekolah menengah.

7. Akibatnya mutu pelajar merosot.

8. UMNO buat2 bising. Padahal ini hasil kerja2 mereka sendiri. Dr M gubal AUKU masa dia jadi menteri pelajaran.

Matlamat mereka adalah ;

1. Jika ada orang pandai sokong UMNO - OK.
2. Jika orang bodoh sokong UMNO - lagi OK.
3. Jika ada orang pandai kritikal pada UMNO - Langsung Tak OK.
4. Jika ada orang bodoh kritikal pada UMNO - Tak OK.

Sebab tu lah ramai ketua cawangan, ketua bahagian UMNO semuanya golongan yang tak ada kelulusan....

TAKUT DITIMPA BALA, PERTEMUAN SPRM-BALA BATAL

Saya awal-awal lagi tidak meyakini bahawa SPRM akan bertemu dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di Kota London berkaitan isu pembunuhan Altantuya.Sejak kes ini tercetus SPRM seperti bersandiwara seolah-olah ada sesuatu yang menghalang badan berkenaan melaksanakan tugas dan melakukan siasatan secara telus dan bebas.

Maka hari ini tak semena-mena tanpa ada hujan dan ribut SPRM membatalkan pertemuan untuk merakamkan kenyataan Balasubramsniam tentang kes pembunuhuhan berkenaan.

Alasan yang diberi oleh SPRM berkaitan implikasi undang-undang menimbulkan tanda tanya dan kemusykilan. Sebelum ini SPRM begitu beria-ia akan mengadakan pertemuan tersebut pada minggu depan. Saya yakin segala urusan seperti tempahan tiket kapal terbang dan penginapan telah diuruskan di Kota London. Mengapa secara tiba-tiba pertemuan yang dicadang dibatalkan secara tiba-tiba.

Adakah sebelum ini pihak SPRM begitu naif tentang segala kemungkinan atau implikasi undang-undang seperti yang didakwa? Semua ini menguatkan spekulasi bahawa ada sesuatu yang berlaku di sebalik tragedi pembunuhan ini. Walaupun dua tertuduh telah didakwa dan dijatuhkan hukuman itu semua belum cukup untuk menyakinkan rakyat di negara ini tidak ada tangan-tangan ghaib yang terlibat.

Mungkinkah ada pihak tertentu yang mula terasa bahang dan menghidu bala yang menimpa jika pertemuan Balasubramniam dan SPRM menjadi kenyataan? Maka jika telahan ini benar maka buat seketika pihak yang terbabit boleh menarik nafas lega buat seketika tetapi tidak bermakna akan selamat daripada bala buat selama-lamanya.Apa yang pasti kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan lenyap dan hancur binasa.

 angkasanuri

Jun 30, 2010

Karpal tidak wajar berprasangka terhadap Islam

cakap lim famili ...dap sudah zimmi.......!
apa ni singh ...lagi main gasing....mau pusing-pusing....!

KUALA LUMPUR 29 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak sewajarnya berprasangka terhadap keadilan Islam sehingga secara bulat-bulat menolak gagasan pembentukan konsep Negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, selayaknya bagi Karpal yang sudah mencecah usia 70 tahun mengimpikan sebuah kerajaan adil, telus dan saksama yang hanya boleh diperoleh melalui syariat Islam.

Menurut beliau, sejarah dan tamadun membuktikan bahawa segala ideologi ciptaan manusia seperti komunisme, sosialisme dan sekularisme telah gagal, keruntuhan akhlak dan moral; jenayah dan rasuah berleluasa semuanya berpunca daripada sistem ciptaan manusia.

"Jika Karpal menganggap fahaman sekular lebih baik daripada Islam, ia merupakan satu pendapat yang tidak wajar kerana sudah terbukti kehancuran tamadun dunia berpunca daripada ideologi yang membebaskan fikiran dan gaya hidup daripada ikatan agama.

"Hancurnya tamadun kerana agama tidak didaulatkan, syariat tidak digunakan secara menyeluruh hanya pada keperluan tertentu sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Bagi beliau, Malaysia merupakan sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil bagi DAP mengubahnya menjadi sebuah negara Islam.

Nasihat Nasrudin kepada pimpinan pembangkang lain ialah supaya mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau membangkitkan isu yang boleh memberikan 'bola tanggung' kepada pihak lawan.

Tambah beliau, semua pihak perlu menerima Islam sebagai alternatif terbaik kepada kekosongan yang ditinggalkan oleh pelbagai ideologi yang gagal, sekali gus mengembalikan semula keagungan dan kecemerlangan agama ini.

"Beri peluang kepada Islam membuktikan keadilannya, jika tidak betul atau salah sila kemuka bukti mana silapnya. Tidak perlu terus lempar rasa sangsi terhadap Islam," tegas beliau.

----------------------------------

Bagaimanapun ketika ditanya sekiranya Karpal masih bertegas menolak konsep negara Islam Pas, adakah beliau sedia mendesak pimpinan parti mengkaji semula kerjasama dengan DAP, Nasrudin enggan menjawab sebaliknya menegaskan bahawa Pas pada setiap masa konsisten dengan dasar tersebut.

"Pas tetap dengan dasar kita selagi al-Quran dan sunah itu tidak berubah selagi itulah dasar kita terhadap menegakkan syariat Islam.

"DAP ada dasar dia, Pas pun sama, jika mereka tetap berkeras, begitu juga kita, akan tetap pertahankannya. Dasar kita tidak pernah berubah malah kerjasama pakatan pembangkang adalah berkaitan politik iaitu titik persamaan dalam beberapa isu yang disepakati seperti rasuah dan penyelewengan kuasa," katanya.

Jun 29, 2010

PKNS

Ada cerita lain disebalik PKNS

Yang pembaca-pembaca blog politik mahu tahu disebalik pengunduran diri Azmin Ali dari Pengarah PKNS dan perkembangan politik PKR hanya angle politik PKR.

Sebenarnya macam-macam sedang dan akan bergolak di PKNS. Azmin menggunakan peluang kemelut
politik untuk mencuci tangan dari terlibat dalam masaalah PKNS kelak.

Seawal Oktober tahn lepas, MyKMU ada menimbulkan isu siapa sebenarnya urus PKNS? Menurut penulis Citrawaras, Pengurus Besar PKNS, Osman Omar bukan pnegurus sebenar PKNS tetapi dikawal oleh tangan-tangan DAP. Dia tiada kuasa untuk membantu kontraktor2 Melayu dan Bumi kerana ada tangan Ronnie Liu sebenarnya.

Kemungkinan besar, semasa Khalid menyelesaikan kemelut jawatan Pengurus Besar di PKNS, dia terpaksa buat side agreement dengan Cina2 DAP. Masa itu Khalid Samad Erdogan munafik tentang Cina jadi Pengurus Besar PKNS.

Loh Siew Moi melalui suaminya yang kontraktor dapatlah banyak kontrak2. Ini mungkin sekali adalah sebab dia ditentang untuk pegang jawatan Pengurus Besar kerana penyebab PKNS rugi dalam banyakj projek. Mana tidak, dia tulkang sapu dari dalam masuk poket suami.

Supaya kelihatan seolah masaalah selesai, Osman telah sedia jadi model untuk PKNS. Pertama kali dalam sejarah, ternampak dalam akhbar2, PKNS mengiklankan GM mereka. Selangordaily melaporkan bahawa iklan gambar Osman yang penuh beruban itu kosnya RM500,000.

Itu baru saja tip of the iceberg. Dari cerita2 kawan2 dalam dunia kontraktor, Osman Omar ini pun penyamun juga. Semasa dia menjadi Pengurus Projek Hiway Kesas, dia dikatakan mintak komisyen dari kontraktor. Sub kontraktor Melayu tercungap2 tapi Osman boleh pakai Mercedes Sports baru. Padahal dia makan gaji saja.

Adakah dia masih menyamun juga di PKNS? Ini tidak diketahui kerana Osman tidak ada kasi lagi pada Melayu di PKNS. Dia hanya beri kontraktor Cina di PKNS. Tanpa ada Melayu terlibat, lagi senang kalau dia mahu kow tim dengan Cina. Mereka tahu tutup mulut.

Dari apa yang kami dengat PKNS ada masaalah sebanyak RM500 juta. Tak tahu samada cashflow problem atau profit and loss problem. Perkara ini cuba ditutup oleh Osman Omar dan Khalid Ibrahim. Sebarang maklumat yang dipinta Azmin tidak diberi.

Antara yang Azmin tidak setuju adlaah gaji Osman Omar yang sampai RM40,000. Pada tahap itu, gaji Osman bertentangan dengan polisi gaji PKNS. Baca seterusnya di Selangordaily sini.

Jadi Azmin keluar untuk mengelak dari keadaan menjadi masaalah.
Posted by The Unspinners at 11:34 PM 6 comments Antara kekasih suami isteri dan gagap gebol

Selepas retreat di Shah Alam, akhirnya Ketua Umum yng bukan ahli PKR membuat keputusan menggugurkan Khalid Ibrahim dari jawatan Ketua PKR Selangor. Kah kah kah ... apa punya akal Anwar, Menteri Besar dilucut dari jawatan itu.

Itu seolah-olah bermakna dia mahu Khalid berhenti tetapi kenapa tidak mahu suruh Khalid undur diri dari jadi Menteri Besar? Adakah ini bermakna Anwar takut dengan DAP yang terang2 mahu Khalid al Gagap al pandai tetapi bodohi dikekalkan?

Sebagai Ketua PKR Negeri, Khalid kena ikut arahan Azmin. Adakah Khalid sebagai Ketua Pakatan Negeri dari PKR patut sedia terima arahan dari Azmin? Pelik jadinya bila ADUN biasa dalam DUN Negeri lebih berkuasa dalama parti dari Menteri Besar.

Apa hal pun dia serba salah dan ini hanya temporary damage control. Mana tidak serba salah? Azmin adalah kekasih dan seorang yang dia banyak kongsi bersama. Kalau Azmin tinggalkannya, Amwar hancur berderai hidup dan matinya,............

Jun 28, 2010

PENGERUSI KEADILAN SELANGOR BERTUKAR TANGAN..

Semoga apa yang berlaku kpd parti KEADILAN diperingkat negeri Selangor, akan menjadi kenyataan untuk perubahan yg lebih terbaik dan bukan lah pula yang lama dianggap tidak baik dan tidak sempurna. Tapi itulah kehendak pimpinan diakar umbi untuk lebih mantap lagi.(biarlah ada kepentingan diri untuk tidak terlibat kepada melakukan dosa).
Siapa kata isu rasa tidak puashati terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor ‘biasa-biasa’ saja.Ia Mungkin diselindungi oleh senyum,tepuk tampar dan derai ketawa segala macam.
Namun dari sudut politik hakikat yang terbentang depan mata ialah kuasa Khalid sudah ‘ kena potong’ petang Ahad bila Azmin Ali diumum sebagai Pengerusi PKR Selangor ganti beliau.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak sebelum ini dikatakan mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen PKR yang tak puashati cara pimpinan Khalid.Khalid bagaimanapun kekal sebagai Menteri Besar Selangor.Kuasanya setakat mentabir manakala soal parti negeri itu sudah pindah pada Azmin.

Jun 27, 2010

membantu memantapkan parti, itu pendapat MB Selangor.....

PERBEZAAN PENDAPAT, LUMRAH DALAM POLITIK KATA MENTERI BESAR SELANGOR.


Tan Sri Abdul Khalid hari ini menyifatkan perbezaan pendapat antara pimpinan dalam sesebuah pertubuhan politik adalah lumrah, sebaliknya beliau menegaskan, perkara tersebut membantu memantapkan sesebuah parti.

"Ini perkara biasa dalam persatuan atau politik, Ini yang disebut sebagai perbezaan antara kepimpinan. Ini satu-satunya persatuan yang matang dan mengalami keadaan ini dan secepat mungkin perkara ini akan diselesai.

"Apa-apa pun mesti ada penyelesaian dua pihak. Kita dalam parti, biasanya mengadakan mesyuarat untuk isu penting. Tapi, saya rasa isu selangor ini tidak sepenting dalam isu memantapkan parti dan mengemas kini jentera parti," katanya.

Sungguhpun media mendakwa wujud tekanan terhadap Khalid, 17 daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor pula mengadakan mesyuarat tergempar bagi menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat tergempar ini dibuat berikutan spekulasi media kononnya 15 ahli parlimen cuba menggulingkan Khalid semasa permukiman parti itu di Shah Alam.

Mengulas hal ini, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan media yang mungkin ada agenda tertentu.

"Spekulasi yang diulang-ulang dalam media, jadi jangan kita ambil sebagai satu kebenaran. Tidak wujud, sebab saya ahli parlimen dan saya kenal kawan-kawan saya.
"Inilah isu yang kadang-kadang akan ada perbezaan sedikit. Ini akan diselesaikan dalam saluran yang ada dalam parti seperti retreat dan mesyuarat dalam parti," katanya.