ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 19, 2008

Raja Sesumpah, Sdr Ezam Mohd Noor

Raja Sesumpah, Sdr Ezam Mohd Noor belum habis lagi dendam kesumat beliau terhadap DS Anwar. Beliau juga masih belum ada tanda-tanda untuk menjadi seorang yang bermoral dan berani atas dasar prinsip. Baru-baru ini beliau bersuara memuji memuja Pak Lah kerana kononnya berani membentangkan Akta Rasuah di Parlimen, dan dalam masa yang sama seperti biasa Ahli UMNO seumur hidup ini memburukkan DS Anwar. Beliau masih tidak puas hati dengan PKR walaupun di Permatang Pauh sebelum ini kesemua perkara telah beliau dedahkan tentang keburukan parti ini bahkan beliau seperti `orang gila' mengomel di sana sini menceritakan keburukan peribadi DS Anwar sekeluarga. Namun, yang benar tetap benar, rakyat di Permatang Pauh telah memalukan Raja Sesumpah ini sehingga selepas itu beliau kembali `bertapa' ke Indonesia.

DS Anwar sedikit pun tidak melayani budak yang telah hilang arah ini kerana bagi DS Anwar, Sdr Ezam bukanlah musuh utamanya. DS Anwar seorang yang mengenang budi, walau seburuk atau sebusuk mana pun orang itu, ada juga jasanya pada dia. Kalau lah tidak jasa Sdr Ezam yang membela DS Anwar di era reformasi dahulu, sekurang-kurangnya jasa Sdr Ezam terbesar adalah `membantu' meningkatkan lagi majoriti DS Anwar di Permatang Pauh dalam Pilihanraya Kecil yang lalu. Di Permatang Pauh ketika itu, peranan Sdr Ezam, Khairi (KJ) dan Sumpah Laknat oleh budak Saifol memainkan peranan besar membantu kemenangan DS Anwar sehinggakan menenggelamkan Sumpah Najib di sana.

Kita boleh perhatikan semenjak Sdr Ezam keluar dari PKR dan memasuki UMNO, beliau hanya bangkit bersuara secara terbuka dan mencari publisiti ketika terdapatnya pilihanraya. Sewaktu Permatang Pauh diumumkan untuk Pilihanraya Kecil, maka terpacullah Sdr Ezam di akhbar dan TV sehinggakan tiada rasa segan menawarkan diri untuk bertanding di sana. Malangnya, UMNO sendiri tidak percaya kepada Sdr Ezam dan UMNO hanya terima Sdr Ezam untuk menjadi tukang `salak' di Permatang Pauh. Kini, diumumkan pula Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, nah! muncul lagi Raja Sesumpah ini untuk bersuara. Suara pertama yang zahir dari mulut Sdr Ezam adalah puji-pujian bagi Pak Lah dan tentunya disertakan dengan memburukkan bekas bosnya DS Anwar. Ini memang telah dijangka dan saya sendiri pernah bertaruh dan berkata pada kawan-kawan, kita tunggu dan lihat, pasti Raja Sesumpah ini akan menjelma. Tepat sangkaan saya.

Atas dasar simpati sebagaimana dahulu juga saya bersimpati apabila saya pernah mengesyorkan kepada UMNO untuk mencalonkan Sdr Ezam bertanding di Permatang Pauh, kali ini juga saya masih simpati dan memohon agar UMNO menerima untuk kali terakhir agar Sdr Ezam dibenarkan menjadi calon di Kuala Terengganu. Masakan UMNO langsung tidak menghargai `pengorbanan' besar Sdr Ezam yang sanggup melupakan `kotak-kotak dan fail-fail' rasuah yang ada padanya ? Tidakkah `kotak-kotak' itu banyak mempunyai cerita-cerita dan skandal rasuah ? Bukan mudah untuk melupakan cerita-cerita kotak ini. Tapi, Sdr Ezam telah lakukan dan wajarlah UMNO menghargainya.

Di Permatang Pauh, Sdr Ezam menyanyikan lagu `Ketuanan Melayu' dan `Asas Bangsa' walaupun nyanyiannya itu agak sumbang bila turut dinyanyikan oleh Dato Nalla sahabat karibnya yang baru. Tetapi, di Kuala Terengganu ini nanti apakah lagu tersebut sesuai untuk diperdengarkan ? Calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu adalah dari PAS yang sinonim dengan `Ketuanan Islam'. Maka, pada saya lagu lama dari Sdr Ezam kurang sesuai dimainkan di Kuala Terengganu. Beliau mesti berfikir untuk membawa lagu dan rentak yang lain pula jika ingin terus berada di pentas UMNO di Kuala Terengganu nanti. Kita masih teringat kata-kata Sdr Ezam yang menyatakan adalah lebih baik PAS memerintah di Selangor jika dibandingkan dengan PKR. Ini bererti Sdr Ezam yakin dengan PAS untuk memimpin. Oleh yang demikian, atas dasar prinsip jika Sdr Ezam ada prinsip, adalah lebih baik Sdr Ezam berkempen untuk PAS di Kuala Terengganu nanti.

Itu adalah teori dan rasional pada pandangan saya sahaja. Mungkin agak mustahil Sdr Ezam akan membantu PAS di Kuala Terengganu. Cuma saya sarankan agar Sdr Ezam datang lah menjenguk di Kuala Terengganu nanti kalau pun tidak dicalonkan dalam Pilihanraya itu nanti. Mungkin ramai dikalangan rakyat Terengganu masih rindu pada `Sumpah Keramat'nya itu walaupun kempunan untuk mendengar kisah-kisah misteri 6 kotak yang popular suatu ketika dahulu. Untuk lebih menarik lagi, sewaktu berkempen bawalah kumpulan `Reformis' beserta `Raja Bogel'nya sekali sebagai pertunjukan selingan semasa berceramah.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Laporan tanah runtuh: JKR minta maaf atas kekeliruan prosedur

Jumaat Disember 19, 2008
Laporan tanah runtuh: JKR minta maaf atas kekeliruan prosedur

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kekeliruan yang timbul mengenai laporan geoteknikal keadaan Bukit Antarabangsa.

Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Prof. Ir. Dr. Judin Abddul Karim berkata, terdapat kekeliruan yang memberi tanggapan bahawa laporan itu akan terus diberikan kepada Khalid.

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya tidak bertujuan untuk menimbulkan sebarang kesulitan kepada Menteri Besar dalam usaha membantu penduduk Bukit antarabangsa.

"Dalam usaha penyediaan laporan, JKR terpaksa mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara National No.20 Polisi dan Mekanisme Mengenai Pengurusan Bencana dan Relif bagi operasi keselamatan di Bukit Antarabangsa.

"JKR diarahkan untuk memaklumkan sebarang maklumat terkini tentang tahap keselamatan dikawasan runtuhan terus kepada pihak polis sebagai ketua komander supaya tiada percanggahan dalam penyampaian maklumat," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkanhari ini.

Beliau berkata, laporan itu perlu diserahkan terus kepada pihak polis bagi memberi pandangan tentang faktor-faktor lain yang perlu dititikberatkan sebelum mengeluarkan sebarang arahan kepada penduduk.

Kata beliau lagi, pihak polis kemudiaannya akan memberikan laporan tersebut kepada Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana.

Judin berkata, senarai kawasan-kawasan yang tidak selamat telahpun dikenal pasti.

"Walau bagaimanapun kawasan-kawasan lain yang tidak disenaraikan juga perlu dipantau dari semasa ke semasa untuk menentukan tahap keselamatan cerun-cerun di kawasan tersebut," katanya.

Semalam, Kerajaan Selangor melahirkan rasa kesal dengan tindakan JKR yang tidak menyerahkan laporan siasatan berhubung kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, tindakan itu amat mengelirukan kerana akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri untuk membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan segera.

"Hal pengurusan tanah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

"Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh dan diharapkan agensi-agensi kerajaan bersikap lebih profesional dalam mengendali perihal tragedi ini," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abd. Jalil Hassan berkata, beliau tidak mengetahui kandungan laporan status keselamatan tanah di kawasan tersebut yang telah diserahkan oleh Pegawai Daerah kepadanya tengah hari tadi.

"Kita menanti daripada Pejabat Daerah dan juga pejabat Menteri Besar .

"Setakat ini mereka masih belum memberi maklum balas dan saya berharap ia akan dilaporkan segera kepada orang ramai," katanya

Tanah runtuh: Polis Selangor umum kandungan laporan JKR esok

MB Selangor dijadual umum tindakan susulan Ahad ini

[DIKEMAS KINI, 8 MALAM] KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar akan mengumumkan laporan keselamatan kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di Subang Jaya pagi esok (Sabtu).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijadual mengumumkan tindakan susulan kerajaan negeri ekoran laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) Ahad ini.

Ketua Polis Selangor ketika dihubungi mStar Online petang ini mengesahkan beliau akan mengumumkan status keselamatan lima kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa yang diarahkan berpindah sebelum ini.

Khalid yang juga Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat berkata, beliau akan mengumumkan berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) tengah hari tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan juga menyatakan demikian kepada pemberita di tempat kejadian apabila ditanya mengenai laporan JKR yang diserahkan oleh Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim kepada beliau di pusat operasi bencana alam taman itu pagi tadi.

Dalam pada itu, sebahagian besar daripada lebih 3,000 penduduk membabitkan lima kawasan, yang dipindahkan ekoran tanah runtuh Bukit Antarabangsa, dijangka akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Penduduk kawasan terbabit:

- Keseluruhan blok kondominium Impian Selatan

- Jalan 6A Taman Bukit Jaya

- Keseluruhan Taman Bukit Mewah

- Keseluruhan Jalan 9, Taman Wangsa Ukay

- Jalan 11 Taman Wangsa Ukay

Ketika ditemui wartawan selepas menerima laporan awal di sini sebentar tadi, Khalid berkata, penemuan awal itu adalah berdasarkan siasatan kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Laporan itu diserahkan kepada Khalid pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Khalid berkata, beliau belum lagi meneliti keseluruhan kandungan laporan berkenaan.

Pun begitu katanya, kebanyakan daripada penghuni di lima kawasan sekitar Bukit Antarabangsa itu akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Majlis Daerah Gombak dan Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan meneliti laporan tersebut.

"Saya akan membuat pengumuman apabila melawat kawasan kejadian Ahad ini," katanya di Shah Alam.

Pegawai Daerah Gombak dan Presiden MPAJ akan pergi ke Bukit Antarabangsa esok untuk mengenal pasti rumah-rumah yang akan diklasifikasikan sebagai tidak sesuai untuk diduduki.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

Hasil kajian JKR dan Ikram sebelum ini mendapati kawasan tanah runtuh meliputi 14 unit rumah banglo seluas empat hektar itu tidak selamat untuk orang ramai.

'Drama' serah laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Yang dijangkakan proses penyerahan laporan geoteknikal berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa hari ini akan berjalan 'lancar'.

Sebaliknya, banyak pihak termasuk wakil media terkejut dengan 'drama' yang disaksikan di pusat media di tapak operasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa pagi ini.

Sdiang media yang dijadualkan berlangsung pukul 10 pagi tidak diadakan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Dipercayai ini kali pertama suasana sedemikian dialami dan disaksikan wakil media walaupun kawasan Bukit Antarabangsa pernah dilanda tanah runtuh beberapa kali sebelum ini.

Wakil media yang sudah menunggu sejak awal pagi hairan kerana setelah hampir sejam menunggu tiada pihak yang muncul untuk mengadakan sidang media mengumumkan laporan status keselamatan kawasan kediaman yang dikosongkan.

Apa yang lebih menghairankan Unit media Jabatan Penerangan juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang sidng media oleh mana-mana pihak selepas mereka dimaklumkan sidang media yang sepatutnya diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dibatalkan.

Kira-kira pukul 11.15 pagi, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abd. Jalil Hassan berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah Gombak telah menerima laporan status keselamatan tanah tersebut daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada pukul 10.45 pagi tadi.

Ir. Kamar Kassim, pegawai dari JKR menyerahkan laporan berkenaan kepada Abd. Jalil.

"Saya difahamkan kini Pegawai Daerah Gombak, Husaini Samsi sedang dalam perjalanan ke pejabat Menteri Besar di Shah Alam untuk serahkan laporan tersebut.

"Bagaimanapun saya tak pasti bila sidang media untuk mengumumkan startus itu akan diadakan," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, mStar Online yang menghubungi Pejabat Menteri Besar Selangor dimaklumkan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menerima laporan daripada Pegawai Daerah, Huzaini Samsi tengah hari tadi.

KOMEN MB SELANGOR SEMALAM

Semalam, Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan JKR yang tidak menyerahkan laporan siasatan berhubung tragedi tersebut.

Menurut Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tindakan tersebut amat mengelirukan kerana akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri untuk membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan segera.

"Hal pengurusan tanah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh dan diharapkan agensiagensi kerajaan bersikap lebih profesional dalam mengendali perihal tragedi ini," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan berkenaan dan bersedia untuk mengguna pakai setiap kaedah yang dirasakan perlu.

Kenyataan itu turut menyebut kerajaan negeri dan semua agensi terlibat juga akan terus memantau keadaan kawasan tanah runtuh serta memberi jaminan untuk meneruskan usaha supaya nasib mangsa kejadian tanah runtuh akan terbela.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

Bekas AJK Balkis sedia beri keterangan isu RM9.9 juta


Dec 19, 08 11:43am
Ada daripada kalangan bekas ahli jawatankuasa Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang bersedia tampil secara sukarela untuk memberi keterangan dalam siasatan awam berhubung jutaan ringgit dana badan tersebut.

Siasatan awam tersebut akan diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan awal tahun depan.

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha hari ini berkata, mereka menyatakan kesediaan memberi kerjasama kepada siasatan tersebut selepas dihubungi pihaknya baru-baru ini.

Di samping itu, katanya kepada Malaysiakini, pihaknya juga akan memanggil bekas setiausaha Balkis, Datin Pon Ishak untuk memberikan keterangan.

zaharah kechik balkis selangorIsu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu sejumlah RM9.9 juta, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (foto kanan), dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

Wang itu kemudiannya dilaporkan disalurkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

Malaysiakini kelmarin melaporkan, siasatan awal Selcat mendapati ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".

DUN S'gor siasat jutaan wang Balkis




Eksklusif Satu siasatan awam akan diadakan terhadap sumbangan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri
sewaktu pemerintahan Barisan Nasional.

Siasatan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mendapati ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.

khir toyo zaharah kechik selangor former mb 171208Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan tersebut.

Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (foto kanan), dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

Wang itu, dilaporkan berjumlah RM9.9 juta, telah disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

'Hadiah mahal'

Ketika dihubungi Malaysiakini, Haniza berkata, terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal".

Sehubungan itu, katanya, beberapa pegawai tertentu daripada kesemua enam GLC di Selangor akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan awam tersebut.

haniza talhaSekarang Selcat dalam proses menyediakan soalan bagi siasatan itu, kata Haniza (foto kiri), yang juga naib ketua Wanita PKR.

Tambahnya, siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009.

Haniza menjelaskan, siasatan awal memakan kira-kira lapan bulan kerana Selcat tidak dibenarkan melihat akaun Balkis.

"Jadi, kita terpaksa semak (satu persatu) akaun GLC di seluruh Selangor," katanya.

Mengikut undang-undang pendaftaran pertubuhan, tambah Haniza, hanya penjawat badan itu sahaja dibenarkan mengakses akaun Balkis.

Wakil rakyat itu bagaimanapun menegaskan, Selcat tiada sebarang kuasa pendakwaan jika ada pihak yang didapati bersalah.

"Jika cukup bukti, perkara itu akan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis," katanya.

Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini bagi memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan urusan pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Selcat juga sedang menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN penggal lalu sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan awal tahun ini.

Siasatan wakil BN boros RM26.6 juta




Jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

haniza talhaMenurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

Haniza Mohd Talha berkata, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac lepas.

Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.

bm version selangor state expenditure 26 million gone in two months 161208

Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.

Dalam persidangan pertama dewan itu Mei lepas, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.

Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.

Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Special Deputy Minister to Handle Indian and Minorities SocioEconomic

Dec
19th
Author: Office of Mp Kapar
What a Special Deputy Minister to Handle Indian and minorities Socio Economic? Yes, that’s what Hon. Prime Minister answered to my parliamentary question on Dec 4, 2008.

Well how many of us aware of such appointment? Even myself only realized such appointment when received written reply from Prime Minister recently. According to Prime Minister YB S K Devamany (MIC) was appointed as Deputy Minister at Prime Minister’s Dept to ensure Socioeconomic development of Indian and Minorities in Malaysia.

No idea what had Devamany done since March 2008 for the Minorities as activities confined within themselves. That ’s how current Government pass information to public. Well after elected as Member of Parliament I was advised that you’re now belongs to all Kaparian not only for Pakatan Rakyat members up to extend not to put party logo on letterhead.

Does we still need to teach them lesson that Government of the day belongs to all Malaysian and not only to their cronies from Barisan Nasional. What the use of putting someone there for name sake and handcuff him with internal policies? Surely we cann’t do anything since he just sitting there such to show figures that Indian well represented in ruling coalition.

Another interesting point that Prime Minister Abdullah Badawi touch to my question is his admision that Government cann’t operate effectively alone and his encouragement for Malaysian Indians to form bigger business entities. Though the point is very vogue without any elaboration, I will certainly like to hear more from Prime Minister or even YB SK Devamany how the government can assist Indians and minorities when they formed up larger cooperation. Are they willing to allocate some business and funding similar to their support to Malay Chamber of Commerce.

Pengarah Urusan syarikat peminjam wang ditembak mati



Balakrishnan: Ahli perniagaan bukan anggota MIC Johor

ANGGOTA polis mengawal mayat Datuk M. Gunasegaran yang mati ditembak oleh lelaki tidak dikenali di lorong belakang berhampiran Jalan Genuang, Segamat hari ini. -fotoBERNAMA

JOHOR BAHARU: Dis.18. Pengarah Urusan sebuah syarikat peminjam wang bergelar Datuk yang ditembak mati di Segamat awal pagi tadi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan MIC Negeri Johor.

Pengerusinya, Datuk K.S. Balakrishnan berkata, sepanjang pengetahuannya mendiang Datuk M. Gunasegaran itu tidak menganggotai MIC atau pernah menjawat apaapa jawatan di dalam parti terbabit.

"Sepanjang pengetahuan saya, beliau (mendiang) bukan anggota parti atau ada pegang jawatan dalam parti. Saya sendiri tidak mengenali beliau," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Polis menemui mayat Gunasegaran yang juga pemilik sebuah kedai barangan kemas dengan beberapa kesan tembakan di tubuhnya terbaring di sebuah lorong belakang berhampiran dengan Jalan Genuang kirakira 6.15 pagi.

Ahli perniagaan berusia 49 tahun itu meninggalkan seorang isteri dan tiga anak, dua daripadanya lelaki.

Sementara itu, Ketua MIC Bahagian Segamat A. Nadarajah meminta pihak polis bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat di dalam kejadian pembunuhan mendiang Gunasegaran.

Beliau berkata, sepanjang pengetahuannya mendiang tidak menganggotai mana-mana cawangan MIC di daerah tersebut.