ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 19, 2008

Raja Sesumpah, Sdr Ezam Mohd Noor

Raja Sesumpah, Sdr Ezam Mohd Noor belum habis lagi dendam kesumat beliau terhadap DS Anwar. Beliau juga masih belum ada tanda-tanda untuk menjadi seorang yang bermoral dan berani atas dasar prinsip. Baru-baru ini beliau bersuara memuji memuja Pak Lah kerana kononnya berani membentangkan Akta Rasuah di Parlimen, dan dalam masa yang sama seperti biasa Ahli UMNO seumur hidup ini memburukkan DS Anwar. Beliau masih tidak puas hati dengan PKR walaupun di Permatang Pauh sebelum ini kesemua perkara telah beliau dedahkan tentang keburukan parti ini bahkan beliau seperti `orang gila' mengomel di sana sini menceritakan keburukan peribadi DS Anwar sekeluarga. Namun, yang benar tetap benar, rakyat di Permatang Pauh telah memalukan Raja Sesumpah ini sehingga selepas itu beliau kembali `bertapa' ke Indonesia.

DS Anwar sedikit pun tidak melayani budak yang telah hilang arah ini kerana bagi DS Anwar, Sdr Ezam bukanlah musuh utamanya. DS Anwar seorang yang mengenang budi, walau seburuk atau sebusuk mana pun orang itu, ada juga jasanya pada dia. Kalau lah tidak jasa Sdr Ezam yang membela DS Anwar di era reformasi dahulu, sekurang-kurangnya jasa Sdr Ezam terbesar adalah `membantu' meningkatkan lagi majoriti DS Anwar di Permatang Pauh dalam Pilihanraya Kecil yang lalu. Di Permatang Pauh ketika itu, peranan Sdr Ezam, Khairi (KJ) dan Sumpah Laknat oleh budak Saifol memainkan peranan besar membantu kemenangan DS Anwar sehinggakan menenggelamkan Sumpah Najib di sana.

Kita boleh perhatikan semenjak Sdr Ezam keluar dari PKR dan memasuki UMNO, beliau hanya bangkit bersuara secara terbuka dan mencari publisiti ketika terdapatnya pilihanraya. Sewaktu Permatang Pauh diumumkan untuk Pilihanraya Kecil, maka terpacullah Sdr Ezam di akhbar dan TV sehinggakan tiada rasa segan menawarkan diri untuk bertanding di sana. Malangnya, UMNO sendiri tidak percaya kepada Sdr Ezam dan UMNO hanya terima Sdr Ezam untuk menjadi tukang `salak' di Permatang Pauh. Kini, diumumkan pula Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, nah! muncul lagi Raja Sesumpah ini untuk bersuara. Suara pertama yang zahir dari mulut Sdr Ezam adalah puji-pujian bagi Pak Lah dan tentunya disertakan dengan memburukkan bekas bosnya DS Anwar. Ini memang telah dijangka dan saya sendiri pernah bertaruh dan berkata pada kawan-kawan, kita tunggu dan lihat, pasti Raja Sesumpah ini akan menjelma. Tepat sangkaan saya.

Atas dasar simpati sebagaimana dahulu juga saya bersimpati apabila saya pernah mengesyorkan kepada UMNO untuk mencalonkan Sdr Ezam bertanding di Permatang Pauh, kali ini juga saya masih simpati dan memohon agar UMNO menerima untuk kali terakhir agar Sdr Ezam dibenarkan menjadi calon di Kuala Terengganu. Masakan UMNO langsung tidak menghargai `pengorbanan' besar Sdr Ezam yang sanggup melupakan `kotak-kotak dan fail-fail' rasuah yang ada padanya ? Tidakkah `kotak-kotak' itu banyak mempunyai cerita-cerita dan skandal rasuah ? Bukan mudah untuk melupakan cerita-cerita kotak ini. Tapi, Sdr Ezam telah lakukan dan wajarlah UMNO menghargainya.

Di Permatang Pauh, Sdr Ezam menyanyikan lagu `Ketuanan Melayu' dan `Asas Bangsa' walaupun nyanyiannya itu agak sumbang bila turut dinyanyikan oleh Dato Nalla sahabat karibnya yang baru. Tetapi, di Kuala Terengganu ini nanti apakah lagu tersebut sesuai untuk diperdengarkan ? Calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu adalah dari PAS yang sinonim dengan `Ketuanan Islam'. Maka, pada saya lagu lama dari Sdr Ezam kurang sesuai dimainkan di Kuala Terengganu. Beliau mesti berfikir untuk membawa lagu dan rentak yang lain pula jika ingin terus berada di pentas UMNO di Kuala Terengganu nanti. Kita masih teringat kata-kata Sdr Ezam yang menyatakan adalah lebih baik PAS memerintah di Selangor jika dibandingkan dengan PKR. Ini bererti Sdr Ezam yakin dengan PAS untuk memimpin. Oleh yang demikian, atas dasar prinsip jika Sdr Ezam ada prinsip, adalah lebih baik Sdr Ezam berkempen untuk PAS di Kuala Terengganu nanti.

Itu adalah teori dan rasional pada pandangan saya sahaja. Mungkin agak mustahil Sdr Ezam akan membantu PAS di Kuala Terengganu. Cuma saya sarankan agar Sdr Ezam datang lah menjenguk di Kuala Terengganu nanti kalau pun tidak dicalonkan dalam Pilihanraya itu nanti. Mungkin ramai dikalangan rakyat Terengganu masih rindu pada `Sumpah Keramat'nya itu walaupun kempunan untuk mendengar kisah-kisah misteri 6 kotak yang popular suatu ketika dahulu. Untuk lebih menarik lagi, sewaktu berkempen bawalah kumpulan `Reformis' beserta `Raja Bogel'nya sekali sebagai pertunjukan selingan semasa berceramah.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

No comments: