ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 15, 2009

PENGERUSI SPR YG BARU BERTABGGUNG JAWAB...



Mengapa Pegawai pengurus PRK K.Terangganu tarik diri?

Khamis. Januari 15, 2009 KUALA TERENGGANU: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim menjadi kontroversi ekoran dakwaan PR bahawa berkempin undi untuk calon Barisan Nasional (BN), menarik diri daripada mengendalikan pilihan raya kecil tersebut berkuatkuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 8.20 malam tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa pihaknya telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya mulai hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat berhubung keputusan Mat Razali itu dan setelah memperhalusi pelbagai sudut permohonan penarikan diri itu, SPR bersetuju untuk menerima keputusan tersebut.

Peruntukan di bawah Seksyen 3 (C) dan 5 (1) (a), Akta Pilihan Raya 1958, SPR melantik Wan Mustafa Wan Hassan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru.

Wan Mustafa merupakan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan juga salah seorang daripada enam penolong pegawai pengurus pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Bagaimanapun kenyataan SPR itu tidak menyatakan sebab beliau menarik diri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong berkata, pihaknya hanya mahukan seorang pengurus pilihan raya yang bebas dan kelihatan bebas.

Ketika ditanya sama ada pihaknya menyambut baik perkembangan itu, beliau berkata, PAS akan menilai situasi tersebut.

PAS yang semalam mendakwa Mat Razali meraih undi untuk calon BN hari ini menggesa SPR menangguhkan hari pengundian Sabtu ini jika perlu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu pilihan raya kecil kerusi Parlimen ini ditangguhkan sementara suruhanjaya memutuskan pengganti Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

"Jika wujud implikasi undang-undang dalam pelantikan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru, SPR wajar menangguhkan pilihan raya kecil ini," kata Wan Abd. Muttalib Embong di Markas PAS Kuala Terengganu pagi tadi.

Semalam, Mat Razali yang merupakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ketika dihubungi beliau menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan MBKT supaya mengundi BN Sabtu ini.

Menurut Wan Abd. Muttalib, selain pertemuan pagi semalam di bangunan MBKT, Mat Razali juga dikatakan 'berkempen' untuk BN dalam tiga majlis berasingan secara berturut-turut iaitu Ahad, Isnin dan Selasa lalu.

Jelas Mat Razali semalam, selaku Datuk Bandar MBKT, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi semalam.

Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira tujuh peratus merupakan kakitangan awam.

SOALNYA INILAH KERJA KOTOR BN(umno) SEBAB SALAH GUNA KUASA, MELANGGAR PERATURAN SPR BELIAU TARIK DIRI. AMAT KUKUH SEKALI TUDUHAN PR TERHADAP MAT RAZALI DENGAN KESALAHAN BELIAU.

SEADILNYA PR PERLU DENGAN TINDAKAN TUNTUTAN RAKYAT, SEKIRANYA SPR MENGAMBIL MUDAH DENGAN CARA MENARIK DIRI, KIRA SELESAI.

RAKYAT MARHAIN MENCABAR DIMANA PENGERUSI SPR YANG BARU?


Laporan dibuat Tim,KAM keADILan Pusat pada jam 4.25 ptg tadi di IPD Kuala Terengganu.

Salinan laporan polis yang dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Malaysia merangkap Ketua AMK Terengganu terhadap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang juga merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu.
Laporan dibuat jam 4.25 ptg tadi di IPD Kuala Terengganu.
Maklumat lanjut, sila hubungi Faris Musa di 019-9900288.

LAPORAN SEPERTI DIBAWAH.

Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F , Wisma Sentosa , Jalan Sultan Zainal Abidin , 20000 Kuala Terengganu , dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut ;

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT ) , Dato’ Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada 590+ orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan berkempen , memaksa dan mengugut kakitangan bahawahan MBKT memilih Barisan Nasional ( BN ) pada 17 Januari 2009 nanti .

Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah “ kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah ”.

Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia ( PAS ).

Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu , Dato’ Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya..

Tindakan ini jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan ,

Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya .

Sekian , laporan polis saya .


( MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA )

700301-11-5627




SPR OH SPR...??????

GURU-GURU PULA JADI SASARAN BN

Sekumpulan guru terpilih yang juga pengundi di kawasan pilihan raya itu, kali ini diberikan kata dua, sama ada mengundi BN atau menghadapi risiko tindakan oleh kerajaan.

Wakil rakyat berkenaan antara lain dikatakan mengugut para guru agar jangan sesekali berfikir untuk tidak mengundi BN.

"Jika BN kalah (Sabtu ini), sahlah ia kerana guru-guru tidak mengundi BN," herdik wakil rakyat, yang memang terkenal bermulut celupar itu.

Taktik ugutan sebegitu dilaporkan telah acapkali diguna para pemimpin BN sebelum ini. Pernah sekumpulan kakitangan kerajaan negeri dikumpulkan untuk tujuan kempen. Mereka juga diberikan kata dua sebegitu.

Sebelum ini, Menteri Besar sendiri dalam satu kenyataannya mengugut untuk tidak meneruskan projek-projek membangunkan Kuala Terengganu sekiranya BN kalah.

Amaran dan ingatan serupa turut disebutnya kepada masyarakat Cina yang menghuni Kuala Terengganu.

Bahkan, dalam perjumpaan tertutup dengan sekumpulan guru sebelum ini, para pemimpin BN dikatakan telah pun menakutkan mereka agar jangan cuba mengkhianati BN. Diumumkan kononnya BN telah menugaskan sebilangan para guru sendiri sebagai agen pemantau di setiap sekolah, bagi memastikan tiada guru yang memihak kepada PAS dalam pilihan raya ini.

Kaum Cina telah bertindak balas dan membantah nada ugutan dibuat pemimpin BN itu. Menteri Besar akhirnya terpaksa meminta maaf.

Para guru pula tidak perlu memperjudikan kerjaya dengan menzahirkan bantahan terhadap BN. Cukuplah dengan mereka zahirkan sikap menerusi peti undi, 17/01/09sabtu.

Sementara laporan yg menyatakan PAS Terangganu membuat laporan polis petang semalam, tidak berlaku. Sebaliknya AMK (CIKGU fARIS) telah membuat laporan dan menyerah kepada PAS laporan polis. Dan pagi ini PAS akan kemukakan petisen mahkamah.

Jan 14, 2009

TINDAKAN PADA YANG BENAR


Rabu Januari 14, 2009

BONGKAR DENGAN TINDAKAN.

KUALA TERENGGANU: 2 perkara dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan timbalannya, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong pada sidang media pagi tadi.

1. PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan Datuk Mat Razali Kassim daripada terus menguruskan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah 'menyalahgunakan' kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi Barisan Nasional (BN).

2.PAS juga mendakwa SPR sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam usaha menyediakan 'pengundi hantu' menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Wan. Abd. Muttalib berkata, pihaknya telah menerima maklumat bahawa Mat Razali yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah meminta kakitangan pihak berkuasa tempatan supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Petang ini PAS mahu membuat laporan polis dan aduan kepada SPR.

Reaksi awal, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata, PAS berhak membuat laporan jika ada kakitangan pilihan raya bertindak tidak adil ketika menjalankan tugas mereka.

Tindakan akan dikenakan ke atas Mat Razali ataupun sebaliknya ia bergantung pada kandungan aduan oleh PAS, kata beliau ketika dihubungi di Putrajaya.

Kata beliau, pihaknya telah meminta setiap pekerja pilihan raya termasuk Pengurus Pilihan Raya supaya berlaku adil sepanjang masa pilihan raya ini.

"Itu sebabnya masa hari penamaan calon, SPR telah berlaku adil kepada setiap calon dan parti yang bertanding," katanya.

Kawasan Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 orang merupakan kakitangan awam.

"Oleh kerana Mat Razali sudah dilantik sebagai Pengurus Pilihan Raya beliau seharusnya bertindak secara berkecuali.

"Beliau tidak memainkan peranan personaliti berbelah bahagi dengan memberikan taklimat dan meminta mengundi calon BN," kata Wan Abd. Muttalib.

Sambil menolak akan memulau pilihan raya ini, Wan Abd. Muttalib berkata, pihaknya akan mengemukakan perkara itu jika perlu mengemukakan petisyen kelak.

Mengulas isu kerjasama JPN dan SPR, Mustafa berkata, "sudah ada semacam sekekongkolan" membabitkan kedua-dua agenda dan suruhanjaya itu.

"Kami menerima maklumat JPN (Negeri Terengganu) beroperasi sehingga lewat malam, hingga pukul 10 malam... apa tujuan mereka bekerja sehingga 10 malam?

"Mahu JPN dan SPR menjawab... kami ada bukti yang kukuh," kata Mustrafa sambil menambah, beliau keberatan untuk membuat dakwaan itu tetapi terpaksa membuat kenyataan terbuka.

"Apakah dengan ini akan lahir pengundi-pengundi hantu? Kami memandang serius (hal ini)," kata beliau yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil PAS.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman tahun 2004 dan 2008 pihaknya percaya akan kemungkinan tersebut.

Menjawab kenyataan bahawa SPR bersekengkol dengan JPN, Wan Ahmad berkata: "Itu tak betul. Saya menafikan, tidak berasas." (tuduhan tak betul, buat laporan polis)

"SPR berharap jangan mengaitkan SPR dalam hal ini," kata beliau lagi.

Bagaimanapun tegas beliau, SPR sentiasa bekerjasama dengan JPN dalam urusan penyediaan daftar pemilih.

"Proses penyediaan daftar pemilih ada urusan sepanjang masa dan kerjasama ini wujud sepanjang masa," katanya.

  • MAHASISWA/SISWI HARAPAN PEMIMPIN NEGARA.

  • Penamaan calon di UM panas...
    Abdul Rahim Sabri | Jan 14, 09 11:05am
  • campus university polls electionHari penamaan calon pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) yang berlangsung hari ini dipanaskan dengan perang mulut kedua-dua pihak pihak bertanding.LAGI(klik disini)
  • Laung slogan
    Tema kempen

Keperibadian Ketua Pembangkang di Selangor.


KHIR TOYO PERLU MENJADI KETUA PEMBANGKANG BIJAK, BUKAN ISU REMEH TEMEH.

Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat memandang serius isu pembelian kereta Toyota Camry untuk kegunaan exco serta pegawai kanan kerajaan negeri Selangor yang didakwanya telah diputar belitkan oleh sesetengah pihak, lebih-lebih lagi umno BN.

Kedangkalan bekas MB Selangor Datuk Dr Mohd Khir Toyo dalam beberapa akhbar baru-baru ini. Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor sekarang, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan ia mencerminkan keperibadian ketua pembangkang di Selangor.


"Keputusan Pembelian Kereta Toyota Camry dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu lalu dan bukan tahun lalu kerana belum ada peruntukan ketika itu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Keputusan kerajaan Selangor membeli Toyota Camry, berdasarkan sebut harga yang dihantar syarikat kenderaan dan bukannya menerusi tender terbuka kerana harganya telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

"Pembelian kereta Toyota Camry, tidak menjejaskan langsung projek-projek kebajikan "merakyatkan ekonomi Selangor" yang telah dirancang kerana kerajaan negeri sudah mempunyai bajet untuk kesemua program berkenaan".

Kecaman ketua pembangkang tidak berasas, kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja menerajui kerajaan negeri berjaya melakukan berbagai program bagi "merakyatkan ekonomi Selangor" amat memberangsangkan.

Apa yang berlaku, apabila beliau sewaktu memegang jawatan Menteri Besar, telah meluluskan pembelian kereta Mercedes S350L guna peruntukan KDEB. Beliau sebagai pengerusi KDEB, apakah perlu mengguna Mercedes S350L yang berharga RM917,214 semata-mata untuk kegunaan peribadi. Kos besar yang ditanggung kerajaan negeri dan anak-anak syarikat kerajaan negeri akibat masalah pengurusan .

"Adakah beliau lupa berapa banyak keuntungan dikaut pihak pemaju swasta dalam projek-projek usahasama sedangkan Kerajaan Negeri dibelakangkan," tegas Nik Azmi.

Beliau juga berkata, rakyat Malaysia juga sudah mulai sedar dan faham dengan mainan politik murahan BN.

"Ketua pembangkang seharusnya membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan agar segala komen itu dilihat lebih membina daripada menfitnah dan tidak terkena ke mukanya sendiri," tegas Nik Nazmi

Jan 13, 2009

'reform'. bermua dengan



DAH KENA SEMBELIH

Harap-2 kedatangan ezam ke KT kali ni lebih mendatangkan bencana kepada UMNO seperti mana kehadirannya di PP dulu.

Dari pengamatan pak hassan la, blog info tidak abis-2 memperlihatkan hasad dengki terhadap DSAI secara peribadi.

Jika penulis blog tidak henti-2 retorik politik mengatakan pada suatu waktu dahulu, Anwar pernah menyifatkan PAS sbg pelampau Islam dan bencikan melayu,tetapi PAS telah memaafkan semua ini.

Ezam pula pernah berkata PAS lebih layak dan berwibawa memerintah, maka kehadiran Ezam di KT atas tiket UMNO di KT untuk berdepan dgn PAS adalah sia2. Atau ada udang disebalik batu membodek PAS dgn harapan untuk bekerjasama dgn UMNO tak tahu la pak hassan.!

Andaikata rakyat Kuala Terengganu `beli ubat-ubat murah' Ezam itu, adakah rakyat di sana akan mengundi UMNO? Jika mereka tidak suka kepada PKR hasil `hasutan' Ezam, mereka akan undi UMNO? Lucu bukan? Sudah tentu mereka akan undi PAS kerana Ezam sendiri akui PAS lebih baik. Saya yakin Ezam akan terjerat dengan isu yang dibawanya di Kuala Terengganu. Raja Sesumpah ini salah tempat nampak gayanya. Jika di Permatang Pauh, isu DS Anwar ditolak mentah-mentah oleh rakyat, inikan pula di Kuala Terengganu isu basi ini hendak diguna pakai lagi.



Jan 12, 2009

EZAM ?.. ANWAR ?.. PAS?......

APA SUDAH JADI?



Ezam Mohd Noor semalam telah mula mencari tempat untuk kerusi umno. Beliau mula dengan agenda merapu untuk merosakkan suasana aman PRK K.Terangganu. Langsung tidak sesuai beliau berdebat masaalah nya dengan DSAI. Beliau cuba membuat ancaman tidak sihat terhadap sebangsanya. Apa yang beliau perkatakan masih lagi konsisten terhadap rasuah, tetapi hari ini hanyar nampak, Ezam seperti budak hingusan berpolitik. Patutlah beliau sanggup ludah dan menjilat balik. Sememangnya beliau semasa menjadi orang nombor 1, raja sumpah dalam keADILan dan tiada tandingan sehebat DSAI.

Ezam telah rosak dengan arus perjaungan yang sumbing, dan kalau dibanding dengan Khairi, bolihlah + - x -:- 2x5= 5x2. Bolihkah orang begini kita (PR) terima dengan politik sempit beliau?

Tidak dinafikan beliau sanggup kepenjara, sepatutnya penjara mengajar beliau kepada yang pendirian terbaik dan sebaliknya Allah menguji beliau berbagai dugaan.

Pendirian ramai, beliau sepatutnya menunjuk sikap lebih baik daripada DSAI seperti mana beliau sendiri tahu peribadi bos lama beliau. Tidak perlu menjawab walaupun AMK Terangganu mencabar. Orang matang politik, haruslah ketepikan yang remeh temeh. Perlu matang politik barulah JIWA MATANG. Mungkin gara-gara Ezam, KDN terpaksa polis ditambah 2,000 lagi sehingga mungkin orang tempatan menjadi ketakutan.

Dipercayai KDN telah menambahkan keanggotaan dari pelbagai unit dalam kawasan pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu seramai 2,000 anggota lagi dan kini menghadapi masalah penempatan.

Menurut sumber,difahamkan kini keseluruhan anggota berkenaan berjumlah 12,000 termasuk 10,000 anggota yang dibawa masuk sebelum ini.

Sumber mendakwa anggota berkenaan termasuk 500 anggota dari Pulapol, Kuala Lumpur, Kelantan (500), Sarawak (500) dan Sabah (500).

Difahamkan anggota dari Sarawak dijangka akan digunakan untuk mewujudkan insiden provokasi bagi menampakkan Pakatan Rakyat memulakan kekecohan dan huru-hara di kawasan pilihan raya berkenaan.