Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
BUKIT GANTANG, 25 Mac : - Pengarah Jentera Operasi PAS Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi melahirkan rasa kesalnya di atas provokasi kotor oleh Umno/Barisan Nasional terhadap PAS/Pakatan Rakyat di sini menjelangnya pilihan raya kecil pada 7 April ini
"Walaupun kempen sepatutnya berlaku selepas hari penamaan calon 29 Mac ini, tapi Umno/BN telah bertindak liar menggunakan jentera perang saraf jahat dengan mengedarkan gambar-gambar dan risalah serta menggunakan pihak polis bagi menentang lawan cara di luar batas kemanusiaan," tegas Asmuni dalam sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini petang semalam.
Dakwanya, beliau terkejut apabila mendapati Umno/BN mengedarkan gambar-gambar "menghina Sultan dan PAS/Pakatan Rakyat", memburukkan parti lawan cara peribadi pada hal perbuatan sebegitu adalah dilarang kerana ia di luar tatasusila kemanusiaan.
"Apa ini. Perkataan anjing pun ada dilebelkan pada sekeping gambar risalah berkenaan. Adakah ini perbuatan pemimpin atau ia dilakukan oleh yang berkaki empat memanjat dan melompat di atas pokok?" tanya Asmuni.
Beliau juga mendakwa majlis pengisytiharan calon pada 23 Mac kelmarin yang dilakukan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang diganggu sedangkan ia mendapat permit polis.
"Mengapa ketika majlis sedang rancak berjalan pihak polis dan FRU berpakaian lengkap dengan senapang gas pemedih matanya tiba-tiba hendak naik ke atas pentas untuk menghalang, padahal sebelum itu pun telah ditunjukkan bahawa PAS ada permit sah," jelasnya.
Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana keadaan dapat dan kira-kira 30,000 orang pelbagai kaum yang tidak berpuas hati di atas tindakan Umno/BN hendak menunjukkan kuasa belangnya yang tidak kena tempat itu dapat ditenteramkan.
Segala aktiviti dan maklumat Bilik Pengarah Operasi P-59 boleh dilihat melalui laman web: http://prk059.pas.org.my/. Harakahdaily.
Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan PAS DUN Trong di kampung Sungai Tinggi kerana dihalang oleh pihak polis dan FRU. 15 buah trak FRU berserta trak water canon dengan pasukan kira-kira 200 anggota dikerah menghalang laluan ke lokasi ceramah. Pihak polis memberi arahan menghentikan ceramah ketika calon PAS-PR P.59, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang memberikan ucapan. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan tiba di lokasi ceramah pada jam 9.45 malam, disyorkan oleh petugas keselamatan Pakatan Rakyat supaya tidak meneruskan perjalanan ke kampung Sungai Tinggi. Beliau hanya sempat sampai di pekan Trong ketika dimaklumkan bahawa pasukan polis dan FRU telah menghalang laluan ke lokasi ceramah.
Orang ramai yang hadir amat kecewa dengan tindakan tidak menasabah pasukan polis dan FRU. Majlis penerangan itu boleh berjalan dengan lancar kerana diadakan di bangunan markaz yang besar dan halaman yang luas. Kelancaran lalulintas berdekatan kawasan itu juga tidak terganggu disebabkan kawalan keselamatan jalanraya yang baik oleh pasukan Unit Amal.
Korang tengok lepas Najib naik jadi PM, ramai orang dah naik tocang, ingat boleh buat apa yang diorang boleh buat.
perubahan jelas ini memang di jangka. Beberapa minggu lepas kelihatan di akhbar musa hassan begitu tersenyum bangga lagi. tandanya, "aku boleh buat apa yang aku nak buat".
najib memang dah agak, pilihanryaa akan memihak kepada PR. jadi apa lagi cara yang paling berkesan kecuali menipu.
Awas padapengundi hantu dan SPR. pilihanraya paling buruk akan berlaku.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pengerusi sementara Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunus.
Saman yang difailkan oleh peguam beliau, Sankara Nair, pada 11.30 pagi tadi, adalah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree yang mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan belian aksesori serta alat ganti untuk kereta milik peribadi beliau. Satu lagi saman ialah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree kononnya Abdul Khalid menggunakan wang kerajaan negeri Selangor bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada Hari Raya korban tahun lepas.
Pada 25 Feb lepas, peguam Abdul Khalid telah menuntut supaya Mohd Nazree menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi terhadap dua kenyataan itu tetapi beliau enggan melakukannya.
Abdul Khalid juga memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan selain injunksi untuk menahan Mohd Nazree membuat kenyataan berbau fitnah.
Puan Ainon Mohd : Pada jam 3 petang tadi tiga orang pegawai penyiasat dari balai polis Dang Wangi telah menyoal siasat barisan pemimpin GMP di Rumah PENA.
Tujuan soal siasat itu adalah bagi mendapatkan maklumat nama-nama individu yang menjadi tulang belakang Perhimpunan Anti-PPSMI pada 7 Mac 2009.
Saya sendiri ditanya 14 soalan. Sebagaimana yang dinasihati oleh peguam, semua soalan itu saya jawab dengan berkata: "Saya akan jawab kemudian di mahkamah." - (UNIKA PTS)
Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Ninam Shah berkata, beliau akan mendapatkan injuksi mahkamah untuk menangguhkan Perhimpunan Agung Umno yang bermula secara rasmi esok sekiranya siasatan aduan politik wang dan salah laku ahli gagal diselesaikan sebelum pertemuan tahunan itu.
Injunksi itu akan diperoleh petang ini dengan memaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan hari ini.
Kadar berkata, beliau dan ahli Umno Subang, Datuk Mazlan Harun telah pun menghantar notis kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Isnin lalu supaya mengambil tindakan berhubung salah laku dalam parti dan meminta ia dijawab dalam masa tujuh hari.
"Dalam notis itu, kita bukan sahaja meminta Umno mengambil tindakan berhubung laporan politik wang tetapi juga mengenai laporan bahawa ada perwakilan yang muflis yang sudah tentunya tidak layak menjadi perwakilan dan mengundi. "Jika notis ini tidak dijawab pada Isnin ini, pihak saya akan memfailkan satu notis pula kepada Pendaftar Pertubuhan dan seterusnya akan mendapatkan injuksi mahkamah untuk menangguhkan persidangan," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Pada 3 Mac lalu, Kadar dan Mazlan dalam satu sidang media menggesa supaya perhimpunan agung parti yang bakal berlangsung minggu depan ditangguhkan supaya kes-kes politik wang yang dikemukakan kepada Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat diselesaikan.
Mengulas lanjut, Kadar berkata, walaupun masa agak suntuk pada ketika ini untuk menghalang persidangan daripada berlangsung, namun ia tetap tidak mustahil untuk dilakukan.
"Kalau sudah berlangsung pun (persidangan), kita boleh tangguhkan ketika ia sedang bersidang," katanya.
Ditanya apa yang akan dilakukan sekiranya ia masih gagal ditangguhkan, Kadar berkata, beliau tidak akan membuat tindakan yang akan memalukan Umno termasuk sehingga memastikan persidangan itu menjadi tidak sah.
"Saya tidak akan buat begitu. Bagaimanapun, ada orang lain dalam Umno yang akan melakukannya.
"Mereka akan mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan persidangan itu nanti sebagai tidak sah.
"Mereka ini adalah orang-orang yang berada dalam Umno tetapi membangkang Umno," katanya.
Sementara itu, Mazlan berkata, beliau masih berharap Umno dapat mengambil tindakan terhadap segala laporan salah laku yang diterima.
"Walaupun masa semakin suntuk tetapi saya harap mungkin ada satu kenyataan contohnya daripada Umno yang menyatakan parti telah menyelesaikan semua aduan yang diterima," katanya.
Katanya, beliau menghargai tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin parti Rabu lalu terhadap pemimpin-pemimpin peringkat atasan dan bahawan berhubung politik wang tetapi ia masih tidak menyeluruh.
"Mungkin jumlah itu hanya 30 peratus sahaja, ada 70 peratus lagi yang belum disiasat," katanya.
Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno menjatuhkan hukuman ke atas 15 ahli daripada 29 kes yang disiasat berhubung politik wang.
Antara yang dikenakan hukuman adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan minggu depan.
Selain itu, calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah mengikut Perkara yang sama tetapi hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, beliau tidak mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin tetapi keputusan itu bagaimanapun telah mewujudkan pelbagai soalan susulan yang akhirnya menimbulkan keraguan terhadap tindakan yang diambil.~Mstar
Sehari selepas Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penggantungan akhbar Suara Keadilan dan Akhbar kini tiba giliran Umno pula mengekang kebebasan membuat liputan berita mengenai Perhimunan Agung ke 59 parti itu yang bermula hari ini.
Sekurang-kurangnya enam media baru termasuk laman web berbahasa Inggeris,Malaysiakini, The Nut Graph dan Malaysian Insider serta akhbar Siasah dan Merdeka Review serta laman web berbahasa Cina, Laksou tidak mendapat kelulusan akreditasi media daripada ibu pejabat Umno.
Posted by pemudabesut
KEBAKARAN GUDANG BARANG TERPAKAI kali ke2, DI SEJANGKANG KUALA LANGAT.
24 mach 2009. Selasa. Lebih kurang jam 12 tengah hari sebuah stor yang beroprasi terbakar dan mengakibatkan juga sebuah rumah terbakar dan penduduk tidak sempat selamatkan harta benda dalam rumah.
Tempat kejadian Zon 3 bt9 Sejangkang. Dipercayai stor ini telah dibantah dari beroperasi olih JKKK Zon berkenaan juga Ahli Majlis (ustaz Rizwan) serta desakan penduduk sekitar, tetapi tiada tindakan tegas dari YDP Majlis Daerah Kuala Langat. Majlis Daerah mesti bertanggungjawab, bagaimana kebenaran beroperasi bolih dibenarkan sedangkan paip bomba tiada disediakan dan terlalu rapat dengan rumah penduduk.
Diberitahu bahawa tuan rumah tiada dirumah. Kini keluarga tuan rumah yang hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja.
Dimaklumkan juga sebentar tadi bahawa wakil tuan stor yang bertanggungjawab telah berbincang dan berjanji bertanggungjawab membiayai semua kerugian dan tempat tinggal sementara untuk penghuni rumah terlibat . Gambar-gambar lokasi kebakaran tidak dapat disiarkan kerana berokband bermasaalah dan akan disiarkan apabila berokni berkeadaan baik nanti.
Veteran politician Tengku Razaleigh Hamzah, who unsuccessfully contested the Umno president’s post three times, can only watch from the sidelines the convulsions gripping the party ahead of next week’s general assembly.
Razaleigh, who still look robust at 71, talked to Malaysiakini on a wide range of issues in a 60-minute interview at his ‘White House’ in Ampang, Kuala Lumpur. In this first of a three-part series, he shared his views on the barring of deputy president aspirant Mohd Ali Rustam. - Malaysiakini
PKR hari ini telah menamakan bekas ahli parlimen Lubok Antu yang tidak asing lagi, Jawah Gerang untuk menggalas cabaran Pakatan Rakyat menentang BN dalam pilihanraya kecil DUN Batang Ai yang akan berlangsung 7 April ini
Sahabat ku Semalam aku bisikan ke telinga anak kecil ku Esok lusa jika aku dijemput kembali Aku akan pergi , jika itu janji aku pada Ilahi.
Kata ku kepada anak ku Berjanji la kamu, Sebagai saksi Apabila syurga kita Melutut menyembah bumi sendiri Kerana khianat bangsa kita sendiri Mereka ragut kebahagian kita Untuk ketamakan mereka Dari derita kita Dari air mata kita Dari kesengsaraan kita Dari keringat dan peluh ayah Dari tangis dan rayuan ibu mu Dari kesombongan mereka Dari kuasa bongkak mereka Dari kezaliman mereka Dari ketamakan mereka Dari keangkuhan mereka. Mereka diri kan istana mereka Mereka roboh kan mahligai kita
Anak ku Berjanji lah Kerana kau juga menjadi saksi Kerana kau juga yang mengerti Kerana kita lemah tak berdaya Kerana kita mangsa haloba mereka
Sahabat ku Hari ini mereka merayu Hari ini mereka menagih Mereka berjanji Mereka lakukan apa saja Kerana mereka mahukan kembali Kuasa mereka Kerana
Allah SWT Membalas dosa terkeji Allah tarik kuasa mereka Allah tarik keangkuhan mereka Allah tarik kesombongan mereka Allah tarik negeri mereka Allah tarik mahkota mereka
Ruang depan rumah , ini gambar kereta pekerja , 30 ke 50 biji kereta senang saja boleh masuk. Kalau jadi Ketua Pemuda dan jadi menteri , bayangakanlah betapa besarnya lagi istana ini. Istana ini kita gelar sebagai Istana Meroyan.
Dari atas - Siap bertembok macam Tembok Besar Cina
Ada air terjun sekali dan Taman Firdaus , manalah Wak ini ambil duit banyak ini.
Antara tembok yg mengelilingi rumah ini , bayangkan bila tembok ini kita lihat sejauh ini masih bertembok. Besar sungguh kawasan rumah ini. Jom kita buat rombongan.
Tentu ramai yang tidak tahu kenapa gambar istana ini wak paparkan dalam blog ini, Sebenarnya wak berbangga kerana bukan mudah bagi seorang anak Jawa untuk memiliki rumah sebesar rumah ini, jika dinilaikan semula harga rumah ini tidak kurang dari 15 juta. Berapa sangat gaji jawa ini dahulu , itu baru harga rumah belum lagi meintanance rumah ini. Beruntunglah Pemuda UMNO jika Kalaulah empunya rumah ini menjadi Ketua Pemuda UMNO . Bolehlah selalu berkunjung ke rumah ini., sebelum ini kecoh mereka mengenakan Istana arwah Dato' Zack. Ini bukan istana lagi , White House pun tak macam ini.
White House siapa ini, disini wak akan bawa anda meneroka ke kawasan rumah ini dengan gambar yang wak terima , tapi wak tidak boleh terokai semua , maklum lah gambar curi-curi. Bolehlah kalau nak buat rombongan untuk melawat satu lagi tempat bersejarah dan cantik bagaikan kawasan peranginan. Alamat Jalan Suasa 7/1L, Section 7, 40000 , Shah Alam, Selangor. Rumah ini dikatakan masih dalam pembinaan. Kalau nak tahu rumah siapa ini dengan lebih lanjut , cheklah sendiri kat Pejabat Tanah. Siapa lagi yang mampu untuk memiliki rumah sebesar ini ?
[Kemaskini : Wak baru terima gambar ini melalui pesanan email Wak]
Rumah yang tengah-tengah tu kalau buat kilang Tempe pun ok jugak
Wah!!! Sekolah Rendah Wak dulu pun tak seluas ini.
Ini Rumah kaa... Istana Kayangan
Waduh-waduh siap dengan kolam renang lagi tuh!!!
Wak budak Kampung mana mampu beli rumah Mahligai seperti ini, wak orang susah...
Korang tengok lepas Najib naik jadi PM, ramai orang dah naik tocang, ingat boleh buat apa yang diorang boleh buat.
perubahan jelas ini memang di jangka. Beberapa minggu lepas kelihatan di akhbar musa hassan begitu tersenyum bangga lagi. tandanya, "aku boleh buat apa yang aku nak buat".
najib memang dah agak, pilihanryaa akan memihak kepada PR. jadi apa lagi cara yang paling berkesan kecuali menipu.
Awas padapengundi hantu dan SPR.
pilihanraya paling buruk akan berlaku.