Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
Jun 2, 2009
02/06/09. Selasa.
TAK BOLEH SALAHKAN SESIAPA, TETAPI ADA SEBAB-SEBABNYA.
Gambar dari Malaysiakini.
Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini. Lapor Malaysia kini. Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancil dan empat buah motosikal tertimbus. Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.
Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.
Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.
Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.
Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.
Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya. Malaysiakini.
02/06/09. Selasa.
SIKAP SPR... KOMPONEN BN15
SEMASA PILIHAN RAYA BATANG DAN BUKIT SPR BERTEGAS MENEGAK BENANG BASAH DGN MENGATAKAN TARIKH PILIHAN RAYA PERLU JUGA MELIHAT KESESUAIAN PIHAK YANG BERTANDING , KALAU ADA MESYUARAT KITA CARI TARIKH LAIN AGAR TIDAK MENGANGGU PIHAK ATAU PARTI YG BERTANDING......
ITU KALAU UMNOLAH.
PRK MANEK URAI MEMECAH TEMBELAN SPR SEBAGAI KONPONEN BN15. HARI PENAMAAM CALON ADALAH PADA 6/6 2009. PADA TARIKH ITU PAS SEDANG MUKTAMAR DI SHAH ALAM.
Jun 1, 2009
01/06/09. Isnin.
KATAKAN ZAMRI PEKAK DAN BUTA......
Zamri kalau nak hentam Pakatan Rakyat, kata org-org tua. Cakap siang pandang-pandang, malam pula dengar-dengar. Seseorang pemimpin yang sedar sebagai pemimpin negeri, beliau seharusnya berhati mengeluarkan patah perkataan yang bermaksud. Amat tidak jujurlah, seorang MB yang tidak mahu mengukur baju dengan badan sendiri. Akhirnya, orang kata pakaiannya tempang. Tidak keterlaluan Hanyar memehak kepada kejujuran Pakatan Rakyat (PAS, keADILan, DAP).
Nizar berjanji pada diri sendiri dan rakyat Perak, sekiranya beliau kembali memerintah, beliau akan serah pada rakyat Perak untuk memilih semula kepada yang adil.
MM... Inilah akibatnya rakyat dah rasa tidak puas hati, bukan hasutan daripada sesiapa..tetapi itu sebahagian jawapan restu dari rakyat. Kalau dah rasa sedar macam tu, fikirlah balik.. pulangkan balik kepada rakyat ... BUBARKAN DUN.....
Tahniah Nizar, kamulah pilihan Allah sebagai kalifah Allah didunia yang fana ini.
01/06/09. Isnin.
TERJAWAB SUDAH MASAALAH PENANTI...
Bila ada pilihanraya, maka ada piagam.Sebagaimana diPenanti,piagam yang dilancarkan oleh keADILan amat terator ketika kempen pilihanraya berlangsung.(klik ...) Sebagaimana semua orang tahu, umno pun begitu. Janganlah pula keADILan turut sama.Janji semasa meraih undi, dan tak dipilih atau dah dipilih, laksanakan dengan amanah dan berterusan.Kebanyakan yang dilihat selepas PRU12, janji bagai nak rak tapi ada pula yg tidak bertanggungjawab, kejar untuk memiliki jawatan, lepas tu merosakkan janji parti.
Buat Dr Mansor, Hanyar mengucap tahniah atas kemenangan mejoriti 5558, juga sekali lagi diucap tahniah atas lantikan sebagai Tim. Ketua Menteri 1 pada Rabu ini. Apa yang perlu kemenangan Dr menjadikan iktibar. Berhati-hati dan jangan seperti kacang lupakan kulit. Dan juga jangan seperti makan kacang, kulit berselerak. Hanyar tidak menuduh pada sesiapa, hakikat sebenar kebanyakan itulah yang berlaku. Siapa makan cili, terasalah pedas.
HIDUP SEMANGAT DSAI, HIDUP keADILan, MAKA UJUDLAH PAKATAN RAKYAT.
JANGAN SIA-SIAKAN PAKATAN RAKYAT.
May 31, 2009
01/06/09. Isnin.
PKR@PAKATAN RAKYAT, KALIS DENGAN UGUTAN DARI PENGKHIANAT PARTI
(Keputusan Pilihan Raya Kecil Penanti)
Najib Mahu Tahu, Ezam Cakap Nanti Dulu
Keputusan rasmi pilihanraya kecil DUN penanti dari SPR:-
1. Dr. Mansor Othman mendapat undi 6,052
Majoritinya 5,558 undi
2. Nai-Khan mendapat undi 494 (hilang deposit)
3. Kakmin mendapat undi 392 (hilang deposit)
4. Kamarul Ramizu 56 (hilang deposit)
Peratusan 46.6 peratus.
Kalau pun UMNO/BN turut bertanding, katakan lah 70% yang keluar mengundi, UMNO/BN pun tetap kalah juga.
Amacam Kakmin, betul kah tidak, ramalan saya difacebook semalam? Buang masa, penat turun naik rumah berkempen, strategi CCTV tidak mengena. Akhirnya menangis seorang diri.
Banyak sudah terjadi, dikalangan Ketua Ketua Bahagian atau “orang orang penting” dalam PKR, kalau hasratnya tidak dipenuhi oleh Presiden, Ketua Umum PKR, Perhubungan Negeri atau timbul berselisih faham dengan Pegawai Pentadbir Ibu Pejabat PKR. Mereka terus keluar parti, lalu menyerang parti dan turut menyerang pula Ketua Umum PKR. Timbullah konfrantasi individu melibatkan perjuangan parti yang secara sengaja dibuat untuk mendapatkan publisiti dari media murahan tv3. Berkata lah Kakmin dengan geram “Bubar PKR” macam heroin Tamil tahun 60an, berlagak Kakmin dalam tv3.
Mereka sanggup mengutuk parti, mereka mengugut parti, segala tokmahan dilemparkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, untuk menyedapkan lagi jalan cerita, mereka tambah sikit sikit fitnah, sebagus mungkin, supaya orang lain percaya akan kebenarannya cerita wayang kita.
Bila sampai sahaja ketelinga pemberita tv3 dan Astro Awani, rasa tidak puas hati Ketua Ketua Bahagian PKR, maka mulalah Ketua Ketua Bahagian mendapat liputan khas tiap malam dari tv3 dan Astro Awani. Tv3 dan yang sewaktu dengannya pula, tambah sikit ajinomota, bubuh garam, bubuh rempahratus, supaya jalan cerita lebih sedap didengar untuk santapan ketelinga ahli ahli UMNO, dikampung kampung. Pada penyokong Pakatan Rakyat, ia tiada kesan apa apa.
Pemimpin pemimpin UMNO pun mula buat statement diakhbar dan media, kononnya PKR sudah nazak, PKR sudah hilang pengaruh, PKR kononnya anti Sultan, anti Melayu dan anti Bumiputra, PKR sudah jadi alat orang asing, hak orang Melayu telah digadai oleh PKR. Semua rahsia PKR sudah dibongkar oleh bekas Ketua Ketua Bahagian, kononnya mereka ada rahsia PKR.
Lagi sedap cerita, bila Ezam cakap dia ada 6 kotak rahsia Anwar Ibrahim. Dia tahu semua rahsia Anwar Ibrahim, rahsia ada dalam tangannya. Dia akan expose bila bila masa sahaja. Tunggu punya tunggu, sampai hari ini, rahsia Anwar Ibrahim belum juga Ezam keluarkan. Mungkin Ezam expect Najib akan berikan dia project banyak banyak. “Ezam pun mula main sorong papan tarik papan dengan Najib. Najib ingin tahu, Ezam cakap nanti dulu.”
Untuk pengetahuan semua Ketua Ketua Bahagian PKR dan orang orang penting yang masih ada dalam PKR. Yang saya tahu, tidak ada rahsia yang mahu disembunyikan dalam PKR. Semua mesyuarat, perbincangan dan perjumpaan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim berkisar hal ehwal politik yang sihat. Tidak ada rahsia, tidak ada perancangan jahat PKR atau Anwar Ibrahim.
Sebagai orang biasa dalam PKR, saya tahu benar dalam PKR tidak ada apa apa rahsia yang mahu dijadikan bahan ugutan atau discredit PKR dari penerimaan rakyat. Secara jujur saya katakan, PKR sebenarnya makin hari semakin mendapat tempat dihati dan dimata rakyat Malaysia. Rakyat tertarik dengan kepimpinan yang dinamik serta halatuju PKR dan Pakatan Rakyat.
Saya, kadangkala tidak begitu setuju dengan seseorang dalam PKR Pusat maupun kepimpinan bawah. Cara yang paling baik, jauhkan diri dari pemberita dan jauhkan diri dari memfitnah seseorang”. Jangan cuba terbawa bawa perangai macam orang lupa diri (Selalu pandang cermin diri sendiri dulu. Ukur diri sendiri).
Jangan ikut kata hati, kerana seekor nyamuk hitam, kenapa kelambu saya bakar, buat apa? Apa untung? Jangan ada Ketua Ketua Bahagian atau “orang orang penting” dalam PKR menganggap diri kita ini, sudah tersangat penting dalam PKR. “Yang penting adalah pengundi pengundi dan halatuju PKR” yang dapat diterima oleh rakyat dengan baik. Bukan kerana diri sendiri berpengaruh. Kalau saya seorang tak suka PKR, ada lagi berjuta orang rakyat Malaysia yang sukakan PKR. Jangan cepat terpengaruh dengan gula gula getah UMNO, nanti melekat dileher bahaya itu.
Contohnya banyak Ketua Ketua Bahagian yang tinggalkan PKR, ada yang sanggup menabur fitnah kepada PKR dan pemimpinnya DSAI, seperti 2 orang ADUN PKR yang melompat. Lihat sendiri apa yang mereka dapat? Esok kalau ditakdirkan oleh Allah swt. Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Pusat, mereka yang ego, mereka yang menabur fitnah, dimana nak letak muka?
Insyaallah Pakatan Rakyat akan memerintah Kerajaan Malaysia. Sebagai ahli PKR pun saya tetap berbakti kepada rakyat. Tidak perlu ada jawatan apa apa dalam PKR. Tidak perlu ribut ribut. Buat kerja diam diam untuk PKR. DSAI punya mata banyak dan punya telinga banyak, apa anda cakap, apa anda buat, 5 minit sampai ketelinga DSAI.
Dr Mansor Othman Dari Parti Keadilan Menang dengan majeroti 5732 undi manakala 3 calon bebas hilang wang pertaruhan
( Keputusan tidak termasuk undi pos )
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
May 30, 2009
30/05/09. Sabtu.
SIAPA CHIN PING? Antara Mangsa dan Perangkap.
Beberapa hari ini cerita ChinPeng kembali menghiasi media kita. Siapa Chin Peng tak perlu diperjelaskan. Kenapa Chin Peng kembali popular???? ianya adalah cetusan pengerusi Gerakan Pulau Pinang. Apa tujuannya? tak pasti...
Harus diingat kisah Chin Peng dengan komunisnya telah menjadi sejarah hitam masyarakat kita. Ianya tak wajar diungkit kembali . Pastinya orang yang mengungkitnya mempunyai tujuan tertentu. Saya melihat itulah lenggok politik BN. Gerakan adalah parti Cina (walaupun dibuka keahlian untuk bangsa lain) yang kehilangan sokongan masyarakat lain. umNO pula adalah parti Melayu (walaupun bumiputra bangsa apa pun boleh masuk) yang sedang mengepung dan memburu undi sokongan melayu. keduanya dari kompenan BN!!!
Sewajarnya jika isu ini dilakukan dengan ikhlas untuk membantu Chin Peng kembali ke Malaysia boleh dilakukan secara dalaman. Tak perlu perbincangan terbuka. Apabila ia menjadi perbincangan umum, maka luka lama akan berdarah kembali. satu hakikat yang tak dapat dinafikan ialah....komunis dikaitkan dengan bangsa Cina di Malaysia walaupun bukan semua cina dulu mengikuti fahaman komunis. Nama Abdullah CD dan Rashid Maidin serta Shamsiah Fakih bukanlah nama yang asing dari label komunis.
Paling tidak, secara diam dan akar umbi, masing masing kaum akan saling mencurigai.lebih malang ada virus yang bergerak mengingatkan " kalau melayu tak bersatu, Cina akan menguasai kita". Bukti jelas boleh dilihat di dalam blog pro umNO. Isu komunis dan kaitan dengan masyarakat cina serta api perkauman terus dicetuskan! Tak perlu saya mempromosikan blog berkudis itu di sini.
Apa yang malang, beberapa NGO dan orang persaorangan terikut dengan rentak BN ini. Mereka telah gagal di dalam isu Perak menuduh DS Nizar sebagai Boneka Cina apabila rakyat mula tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin umNO dulu bersama tauke Cina dan apa yang dibantu oleh PR terhadap golongan miskin dan terinaya dari pelbagai bangsa. Mereka mula menilai tanah kediaman yang diberi kerajaan PR kepada orang miskin dengan ladang dan keluasan kilang yang diberi umNO kepada tauke Cina. Rakyat mula menilai bantuan sekolah agama yang diberi Kerajaan PR dan sikap BN terhadap sekolah agama terutama pondok Pak Teh dalam kawasan MB umNO sendiri.
Sewajarnya kita mengambil sikap berhati hati dengan jerat isu perkauman yang dicanangkan BN secara halus. Jangan lupa, peristiwa Operasi lalang dulu juga adalah mainan pemimpin Gerakan dan umNO...mangsanya PAS dan DAP. Ada angin bertiup menyatakan, bagi meredakan kebangkitan rakyat , pemimpin PR perlu direhatkan dan dipisahkan dari rakyat. Mungkin salah satunya melalui isu perkauman!
Marilah kita menumpukan kepada isu yang melibatkan masa depan daripada membangkitkan nostalgia silam yang tak berkesudahan. Jangan biar generasi kini menerima akibat kesilapan generasi sebelum kita. Apa yang penting, hubungan mesra antara kaum yang terjalin terutama di dalam PR mestilah dimanafaatkan untuk dakwah dan perjuangan.
BACALAH YANG TERSIRAT DARI YANG TERSURAT
30/05/09. Sabtu.
Pegawai Polis siasat mata lebam diistihar Muflis.
Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan. ...KLIK UTK SETERUSNYA ...