ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 31, 2008

SERBA BARU: HIJRAH KEPIMPINAN





CABARAN BUAT RAKYAT DAN PEMIMPIN 2009 @1430H.

Esok menjelang ke Tahun 2009 dan amat bersejarah kali ini. Pertama pada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf. Ke2 juga terhadap pengundi K.Terangganu serta pemimpin-pemimpin politik Malaysia.

Pada yang dihormati Tan Sri Abdul Aziz, selaku pengerusi SPR yang baru masuk pejabat pagi tadi setelah Tan Sri Rashid melepaskan jawatan kerana bersara semalam. Perlu ditangani untuk menghadapi PRK di K.Terangganu, biarlah menjadi contoh yang terbaik dari sebelum ini sepertimana parti pembangkang dan pengundi melemparkan tuduhan kepada SPR melaksanakan perbagai yang tidak telus. Tan Sri telah berjanji akan melaksanakan tanggongjawab dengan sebaik-baiknya. Perlu diingatkan juga, Tan Sri hendaklah memerhati petugas-petugas SPR dibawah kawalan agar mereka bekerja lebih amanah. Jangan terus menuding pada komen rakyat apa yang dikatakan banyak perkara menyeleweng dan tidak keterlaluan juga bolih dikatakan memehak kepada BN.

>Di mana yang bolih diperbaiki. Kita akan lihat satu demi satu dan kita akan perkemaskan<, kata beliau pada wartawan selepas melangkah kepejabat di Ibu Pejabat SPR pukul 9.55 pagi tadi.

Difahamkan beliau amat berpengalaman lebih-lebih lagi semasa berada diKDN sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Banyak pengalaman semasa disana bolih diguna pakai untuk membantu beliau memperbaiki memulihkan SPR yang telah tercemar selama ini.

Buat mantan SPR Tan Sri Rashid tidak perlulah mencabar pemimpin pembangkang untuk diambil tindakan kerana katanya banyak serangan peribadi terhadapnya. Mengapa sebelum ini, semasa memegang jawatan tidak bersuara untuk tindakan diambil? Dan tidak keterlaluan juga pembangkang, bolih menuduh beliau ada kepentingan diri dan BN. Terpulang pada beliau untuk ambil tindakan, besar mungkin beliau agaknya bolih membantu menyuarakan kebobrokan BN dan mengukuhkan kekuatan pembangkang (PR).

Juga pada pemimpin pembangkang, ini adalah masanya dinasihatkan agar lebih telus diera masih lagi rakyat menaruh harapan seperti mana DSAI dengan slogan ”Masa Untuk Perubahan”. Jangan lah terlalu menunjol kepada rapoh dan hancor. Tanganilah masaalah rakyat dengan efisen dan bersedia.

7.Januari 09 akan membawa satu noktah menentukan 17 januari 09, yang rakyak masih percaya pada slogan DSAI itu. DSAI perlu lah menangani masaalah dalaman parti yang agak muda ini pada lebih keterbukaan. Bukan mendiamkan diri dikala tidak perlu, dan apabila perlu menjerit untuk RE4MASI. Orang akan buat tuduhan yang tidak baik dan masaalah politik buruk akan berlarutan tak berkesudahan. Hanyar tidak suka mendengar ada suara-suara kecil ”kita ni biasalah, hanya lembu kepentingan DSAI dan sekutu”.

Bebalik kepada kerajaan Kedah, hanyar amat menghormati keputusan MB kekal dengan proton perdana. Terbaik, tukar sahaja kepada yang baru dengan segera untuk senang dikawal penjimatan wang rakyat sepertimana wakil proton edar menjanjikan yang lebih baik daripada dulu. Juga wakil baikpulih kenderaan untuk kerajaan Kedah ditukar/ dipantau agar tidak ada penyelewengan berlaku.

Tidak perlulah proton edar pergi melawat semua kerajaan negeri, untuk memberi penerangan masaalah V6 itu lagi. Setahu hanyar V6 yang diguna olih kerajaan negeri, bukanlah cara penggunaan lasak sepertimana individu lain guna. Exco hanya guna pada waktu pejabat dan terhad di negeri sahaja pada waktu diperlukan. Mana mungkin kerosakan keterlaluan berlaku.

Kenderaan keluaran Malaysia perlu disokong, pada masa yang sama pemerintah kerajaan Malaysia perlu tangani dengan telus dan jangan mengambil kesempatan merugikan wang rakyat kerana sebahagian saham adalah hak rakyat.

Kepada 5 kerajaan negeri yang yang dipimpin PR, jika belum lagi menukar kenderaan jenama lain daripada V6. Dinasihatkan tukarkan sahaja V6 yang baru dengan segera, dan bolih kita bandingkan kos penyelenggaraan dengan kenderaan yang telah kerajaan Terangganu guna sekarang.

KELALAIAN AKAN MEMBINA KEPADA HANCOR DAN RAPOH


Dec 30, 2008

RASUAH OH RASUAH.......

RAKYAT NAMPAK APA YANG BERLAKU

DIKUALA LANGAT DAN SELURUH SELANGOR.


Semalam Hanyar bertemu dengan kawan-kawan di pekan Banting, hingga awal pagi. Kami merasa hairan banyak lori-lori bawa pasir bergerak waktu lewat tgh malam hingga awal pagi. Kami merasakan daerah K.Lgt seperti peluang pekerjaan disektor pembangunan amat terlalu hebat. Saingan kerja sehingga tidak mencukupi waktu siang. Setahu kami lori tiper ini hanya bolih bergerak membawa muatan hanya waktu pejabat sahaja. Tetapi apa yang berlaku di Banting, lori-lori ini bekerja hingga lewat malam.

Siasatan kami apabila mengekori lori-lori tersebut, apa yang kami nampak tidak seberapa hebat pembangunan dan peluang pekerjaan yang terserlah. Rupa-rupanya hebat yang kami difahamkan adalah pada lori-lori yang membawa pasir itu sahaja. Hebatnya membawa pasir tanpa membayar cukai (doket). Apabila kami bertanya pada pemandu lori berkenaan, mereka menjawab kami kurang bekerja diwaktu siang hari. Malam agak mudah bekerja sebab pejabat tanah tidak beroprasi. Kadang kala sahaja penguatkuasa tanah memantau. Buat kami sebagai pemandu lori tidak menjadi masaalah kerana tonto telah mengawal pergerakan lori yang membawa penuh sarat pasir.

Disini kami andaikan penguatkuasa gagal mengawal penyangak-penyangak pasir yang sesuka hati beroprasi. Dalam hal ini ramai mengatakan penguatkuasa tidak telus. Teringat pula salah seorang yang semeja dengan kami, menceritakan hal sebenar penguatkuasa tidak mampu melaksanakan tugas dengan tegas sebab banyak faktor yang melibatkan keselamatan mereka. Pegawai-pegawai penguatkuasa menceritakan, jika terlalu tegas sehingga penangkapan dilakukan, keselamatan mereka terancam. Jika mereka tidak mengambil tindakan terhadap lori-lori yang terlibat apabila ada komplen, pegawai atasan meraka pula akan mengambil tindakan terhadap penguatkuasa. Jadi kalau begini cara pentadbiran bebas dan tidak ambil kira maka jalan penyelesaian tiada kesudahan. Penguatkuasa juga merasa terkilan apabila, tiada penangkapan pada waktu malam beroperasi, tuntutan kerja lebih masa mereka, jabatan tidak mahu bayar.

Apa yang kami(hanyar) nampak jalan penyelesaian mudah, kiranya telus pegawai kanan PBT yang berpelajaran tinggi dan dihormati juga mempunyai kuasa mutlak dibawah kepimpinan MB Selangor, buatlah satu arahan surat pekeliling kepada kawasan jajahan Penghulu dan Pengerusi JKKK terlibat supaya menahan lori-lori tersebut dengan bantuan penduduk kampong. Setelah menahan, terus menghubungi pegawai PBT untuk tindakan. Inilah cara paling sesuai dan menyelamatkan keselamatan semua pihak.

Kalau perkara yang Hanyar usulkan diatas, pegawai kanan PBT tidak terfikir, rasanya kelayakan tidak membawa erti kepada pembangunan negeri. MB Pakatan Rakyat memberi kepercayaan kepada orang-orang ini meneruskan tugas yang sebelum mereka dibawah kuasa pemerintah negeri iaitu umno. Mereka nilah mencalarkan nama baik pemerintah Pakatan Rakyat. Hanyar andaikan mereka seperti gunting dalan lipatan.

Hormatilah rakyat marhain Selangor yang diberi kuasa mengundi mengikut system demokrasi, iaitu Demokrasi Berparliman Mengikut Sistem Pilihanraya. Pentadbiran MB dengan kata sepakat bersama Exco-Exco akan menjaga hati pada pegawai-pegawai kanan kerajaan diberi peluang terus mentadbir Daerah masing-masing. Tapi apa yang berlaku songsang yang teserlah.

Seperkara lagi Hanyar ada menerima maklumat ushawan koperat pasir telah didatangi tetamu, memperkenali diri mereka adalah orang rapat dengan MB dan bolih berbincang terus untuk menyelesaikan masaalah permit pasir dan meminta puluhan ribu RM kepada koperat pasir ini. Jelas yang kami dengar koperat pasir bersetuju dan memberi RM kepada broker-broker ini. Dan mereka pula berjanji sebahagian tanah pasir di kawasan Ijok bolih dimiliki olih koperat tersebut. Dimaklumkan baru-baru ni koperat merasa tertipu dan telah membuat laporsn polis. Kalau inilah yang berlaku, adalah tidak adil terhadap rakyat, gara-gara koperat yang zalim. Sanggup melakukan kesalahan rasuah, tetapi tidak sanggup menghadapi risiko kena tipu.

Sekiranya kerajaan Selangor tidak menyiasat perkara yang hanyar panjang berjela maklum, maka rakyat marhain merasa tertipu dengan janji-janji Exco Yb Yaakub Sapari janjikan.

Nasihat hanyar pada sesiapa yang tidak melakukan/terlibat dalan hal ini jangan merasa takut. Keadilan yang telus akan menentukan mengikut undang-undang disamping ALLAH bersamamu.


Jazakallah…




Dec 29, 2008

MENGAKU DIPERKOSA



Wahai seful! sempena HIJRAH, berbaliklah pada Quran dan Hadis. sebagai orang Islam pelulah menginsafi apa yang telah berlalu kau tersasar. Hemat Hanyar, kau tidak pernah menyesal kerana kau suka kearah itu. Sedangkan nabi langsung tidak mengaku umatnya sebagai orang Islam.

Untuk kau seful, Hanyar cabar sekiranya benar apa yang telah Anwar lakukan. Kau buat juga laporan polis terhadap doktor yang memeriksa buntut kau (kerana tak mahu kerjasama)yang telah diperkosakan olih Anwar dan buat juga PC secara anak jantan. Kalau tak Hanyar dan semua orang tidak percaya.



LEBIH RATUSAN RIBU JADI MILIK ORANG....


Tok Mun yang dikasihi.

Alahai tok Mun! harap-harap tak payah menyertai pertandingan PRK kali ni lah. Penyokong seramai 600 lebih orang tu, tok tolong kempinkan undi mereka kepada PAS (PR) . Saya yakin pada tok, bolih buat perkara ni, atas beberapa faktor yang membawa kepada "DEMI NASIB ANAK-ANAK DAN JENERASI AKAN DATANG, TERUSKANLAH PERJUANGAN" tok.

Saya nasihatkan juga kat tok, atas penginayaan yang mengguna nama tok pada blog meminta sumbangan sehingga mencecah ratusan ribu, bukan hanya buat lapuran polis saja. tetapi biarlah sehingga tertangkap orang berkenaan kemuka pengadilan. Sekiranya tok Mun tidak lakukan sehingga orang itu tidak diadili, maka susahlah masa akan datang PRU 13 tok nak bertanding semula. kerana orang akan berkata, tok bukanlah orang yang sesuai untuk dipilih menjadi pemimpin mereka.

Apa yang saya perkatakan tadi, adalah kenyataan tok sendiri. Apa gunanya, orang tumpang senang atas nama tok. Tetapi tidak mendapat untung apa-apa.

Saya dengan nama Islam, supaya tok lebih telus agar nama tok tidak dicemarkan dan ALLAH amat mengutuk pada orang yang bersekongkol bersama orang yang zalim.



salam takzim dari saya.(HANYAR)

Dec 28, 2008

UNTUK RENUNGAN YB KAPAR....


UNTUK RENUNGAN YB KAPAR.....

Memang benar kata-kata mantan ketua angkatan muda Malaysia sdr Ezam Mohd Noor. Yang lebih baik pada pendapat saya adalah, walau apa pun Yb perlu tetap kekal dalam parti keADILan dan kekal sebagai MP Pakatan Rakyat. Jangan jadi PKR. PKR bukanlah sebutan singkatan nama parti kita. Kalau ingat ,huruf ini berlaku di aijok (pemuda umno yg sebut) Singkatan asal kita keADILan. Orang-orang yang hebat-hebat sekarang YB memang telus belaka, tapi yang baru menjelma jadi YB sikit masaalah. Nanti saya nukil 4 baris ayat buat YB.

Nasihat saya, yang kusut, kita rongkai. Putus harap disambungkan. Perjuangan kita masih belum kepenghujung. Ikut hati, merana penyokong.

JANGAN KAU SANGSI KEMANA ARAHMU,
LANGKAH MU TIDAK SUMBANG,
JANGAN KAU RAGUI KEYAKINAN MU,
YANG ZALIM PERLU DITENTANG.

Yang tak betul mesti ditentang. Yb mesti buat yang terbaik untuk rakyat dalam satu ikatan yang kukuh. Kita di ibarat lidi(
lidi dah tantu rapoh), jika dikumpul dan jadikan penyapu bukan seperti MB yang lalu. Tetapi guna untuk bersihkan kawasan kotor. heebattt jadinya. Teruskan kedudukan YB dalam satu payong yang sebenar-benarnya rakyat mahu.

Dalam hal ni yang saya nampak, hanya propaganda bn saja. Kerana kebanyakan YDP yang masih kekal sekarang adalah dipandu olih pemimpin umno lagi. Jika ditukar dengan yang jenama baru tentu selesai masaalah ini.

Hati-hati YB, jangan ada orang lain mengambil kesempatan, dengan menulis surat perletakan jawatan/ keluar parti sampai ketangan tim. presiden. Dalam PKR ada orang cuba menangguk diair yang keruh. Lainlah keADILan.



membujur lalu melintang patah.

puisi buat YB

Buat JANJI

Jangan dipahatkan ia
sekadar menjadi penyedap hati
selebihnya mengganggu tidur
dan mimpi kami
yang jenuh dimainkan ilusi
tanpa secebis menjadi realiti.

Jangan dipahatkan janji
manis mulut ketika bertandang sesekali
ke pedalaman belantara daerah kami
atau menawar pelbagai kehendak
sedang demikian masih
kami nikmati dan ulit keperitan
meneguk keruh air di bukit kontang
denai berladung lumpur
di kala hujan
berdebu di kala panas
saban hari sehingga kini.






4 Tahun Berlalu menjadi Ingatan....


Sebahagian mangsa tsunami memohon doa di bawah kapal yang tersangkut di bumbung sebuah rumah di Kampung Lampulo, Banda Acheh semalam. – Gambar Reuters


Meskipun sudah empat tahun berlalu, bencana tsunami yang melanda 12 negara di rantau Asia-Pasifik pada 2004 masih segar dalam ingatan.

Di negara-negara yang terlibat termasuk Indonesia, mangsa tsunami mengadakan pelbagai majlis bagi mengingati tragedi yang mengorbankan lebih 260,000 nyawa itu.

Mereka menjadikannya detik untuk merenung kehidupan selain menilai kemajuan pembinaan semula rumah dan perkampungan yang musnah dilanda tsunami itu.




Dec 27, 2008

Blog kurang ajar

Oleh Helmy Abd Rahman dan Azlan Hafeedz



KUALA LUMPUR: Melampau dan kurang ajar! Itu kata-kata paling sesuai dilemparkan kepada seorang penulis laman blog yang dikesan cuba menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila tergamak menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.


Laman blog terbabit yang menggunakan nama seorang wanita Melayu lengkap dengan gambar dan profil peribadi berserta nombor telefon dengan sengaja memaparkan pelbagai lukisan karikatur dan gambar yang diubahsuai selain perkataan serta ayat yang boleh menimbulkan suasana huru-hara di kalangan masyarakat.

Lebih menyakitkan hati, penulis blog berkenaan mencatat nama wanita Melayu yang didakwa dirinya sendiri pada kebanyakan lukisan sebagai tanda memiliki hak cipta pada setiap lukisan itu.

Bagaimanapun, dipercayai kebanyakan gambar dan lukisan sebenarnya dimuat turun dari Internet sebelum disunting penulis dengan memasukkan nama wanita itu.



Selain itu, penulis berkenaan sengaja mengaitkan Islam yang disifatkannya pengganas dan mengamalkan fahaman sama seperti nazi.

Tidak cukup dengan itu, penulis terbabit menghamburkan kata-kata cacian serta menggelarkan pengunjung yang memberi komen memarahinya sebagai bodoh dan orang kampung berfikiran kolot serta tidak layak melayari laman blognya.

Malah, penulis blog itu dengan berani mencabar umat Islam yang menurutnya berfikiran kolot dan mengalu-alukan golongan masyarakat yang kononnya berfikiran terbuka untuk berkongsi idea dengannya melalui perbualan telefon.

Penulis itu juga mengugut membuat laporan polis kepada mana-mana pengunjung laman blog itu yang tidak sependapat dengannya.

Laman blog terbabit yang mula beroperasi bulan ini dengan mempunyai 30 laman, menjadi popular sekelip mata apabila dilayari lebih 3,000 orang, sehingga semalam.

Rata-rata pengunjung meluahkan kemarahan serta menggelar penulis laman blog itu dengan pelbagai kata-kata cacian.

Pada laman pengenalan diri, penulis mendakwa dirinya seorang wanita keturunan Melayu berusia 27 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat automotif terkemuka di Shah Alam, Selangor.

Beliau juga menyifatkan dirinya seorang berfikiran terbuka, moden dan ceria selain memiliki hobi melukis serta mengambil gambar.

Penulis juga memaparkan alamat hubungan laman web sosial untuk mencari kenalan ‘sebulu’ dengannya.

Bagi mengesan identiti penulis, Harian Metro cuba menghubungi nombor talian yang tertera pada laman blog itu malam tadi, namun dijawab mesin penjawab telefon yang memaklumkan nombor berkenaan dimiliki sebuah syarikat pengedar automobil terkemuka antarabangsa.






POLITIK KOTOK, TAK IKUT PERLEMBAGAAN PARTI..

Sabaq Kepala Atuk Hangpa - Bersama Ulasan


Oleh : Mankedah (umnonomore)

Dulu, bila sebut je reformasi, bukan je Polis tapi majikan pun halau keluar. Boss kerja pun pandang sebelah mata. Boss kata, kalau nak sokong pembangkang, cari projek sendiri. Jangan mintak makan dengan kerajaan. Aku kerja dengan syarikat swasta, bukan kerajaan. Apasai depa kata kerajaan plak?

Tapi perjuangan kena telus, kena berani. Aku berani, tapi depa halau aku keluaq ofis. Tak layan, lama lama aku belah sendiri. Tak tahan kalau ada politik dalam syarikat. Ghupanya nama sahaja swasta, tapi boss semua orang UMNO. Cesss memang cilaka.

Tu lah masalahnya dengan negara ni. Tak canggih langsung. Politik di campur aduk dalam agama dan cari makan. Kalau tak sokong UMNO, jangan mintak bantuan, jangan mintak kerja, jangan mintak pinjaman. Hang makan la pasiaq ka atau rumput kerin, hangpa buat kerabu.

Maka beragan la aku cari kerja baru. kalau dulu bukan main hebat lagi, sekarang macam minta sedekah. Kemana mana pun orang dah kenai muka. Ni orang PKR, biaq dia mati, padan muka !!! Hang mintak la tolong pada Anwar nun … !!! Tak pa … sabaq. perjuangan itu perlukan kesabaran.

Kalau nak cari makan jugak, kena jadi nelayan, motong getah atau apa apa business yang tidak bersangkut paut dengan politik. Buka gerai, esok lusa dah MBSA dah angkut. Kat situ je, dah habis beribu ribu. Buka kedai sewa sampai RM1000, lesen niaga pun tak lulus, kedai pun kena tutup. Hancoq business.

Member member bagi nasihat, kalau nak berniaga, kena pakai topeng. Minta tanda tangan pemimpin UMNO. Paling cabuk pun, ketua bahagian. Kalau tak dak, Hang jangan mimpi. Permohonan FAIL … hang depa buang kat tong sampah.

Tu la pasai sampai sekarang, aku mati matian jadi pembangkang. Pantang ada tunjuk perasaan, bantahan, aku pi jugak. Alang alang nyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang oghang dah kenai, biaq depa tau teruih … hah aku la orang PKR !!!

NAk hidup pun susah, mai kita tukaq kerajaan.
Untung nasib kita boleh tebus kerugian kita. Bila kerajaan UMNO kalah, aku harap akan berubah semua.

Bukan sikit, tapi dah banyak. Bukan RM100 tapi dah beribu ribu. Tambang, minyak, poster semua pun kena pakai duit. Buka kedai, tutup, bukak itu semua nya hancoq.

Duit tabung, harta semua dah kena jual. Bukan pangkat besaq, tapi cukup dengan nama reformis. Perjuangan yang bergolok bergadai. Hah .. tu la dia semangat yang ada pada pembangkang. Dendam kesumat tersemai di dada. Pantang kata perjuangan … hah aku lah reformis. Kakakakak .

Bila tukaq kerajaan. Mampuih aku kerjakan. Aku orang pertama akan kutuk orang UMNO. Biaq depa jealous ngan aku. Itu lah angan angan aku dulu.

Bila Pakatan Rakyat dah menang di Selangor, tiba tiba ada pulak mamat mamat yang mai ntah mana datang mencelah. Aku perasan depa ni dulu kontraktor UMNO. Tapi bila kerajaan tukaq, depa pun tukaq bendera. Tak sempat susah, depa dah cari peluang dari Pakatan Rakyat pulak. Wuuuhhhh !!! tak boleh jadi ni.

Tak pa … sabaq. Masing masing ada rezeki. Orang kata kek besaq, panggil kawan kawan ajak makan. Jangan makan sorang-soghang, nanti tak dak kawan. Jangan jadi kedekut. Kalau kedekut baik masuk UMNO … Pemimpin kata, kita mesti terima keahlian dari semua pihak. Kita kena jadi baik … wah wah wah .. .syok na bunyi.

OK La .. aku setuju !!!

Rupa nya trend ni makin hebat sekarang. Semua orang UMNO nak Joint Pakatan Rakyat. Semua dah mula mengendeng ngendeng dengan pemimpin PKR. Pemimpin PKR pulak semedang tak dak duit macam aku, jadi bila dapat sponsor, depa teruih jadi kawan. Pulak dah ….

Tak pa sabaq. Perjuangan kena sabaq.

Lama lama tanpa aku perasan, aku dah sampai ke hujung. Kalau pelampung tu muat untuk 100 orang, aku lah yang paling tepi sekali. Kalau member kat dalam kentut sikit, aku dah terjun masuk laut. Terkapai kapai menanti ikan jerung nak baham. Kalau ikan jerung tak makan oghang kuruih macam aku, tentu aku selamat.

Depa tak habis duit, depa tak kena buang kerja. Depa tak berjuang tengah panas, depa tak kena simbah ayaq kuning, tak masuk lokap dan tak kena belantan. Tapi depa smart, depa ada duit dan depa sekolah tinggi. Bila masuk dalam PKR, depa twiss sikit, terus jadi orang penting.

Baghu aku tau duit ni memang besaq dia punya power. Huloq aje, teruih ramai kawan. Camana dengan aku? Sabaq … pemimpin kata reformis kena sabaq.

Pemimpin kata tak pa. Bila kita ada peluang nanti, kita bagi. Dok jenuih la tunjuk muka nak bagi depa ingat yang kita ni pejuang reformasi. Depa senyum tapi, peluang peluang niaga, depa kongsi dengan member depa. Heh… aku punya mana?

Yang kaya teruih kaya, Yang miskin teruih miskin.

Politik ni memang macam celaka. Kalau jujur, hang mampuih. Kalau hang pandai temberang, hang boleh hidup. Tak kira lah politik UMNO ka, PKR ka, sama saja. Kalau jahat dapat tempat, kalau baik lama dah oghang tolak hang terjerumuih kat longkang nu. Hangpa Nangih la soghang soghang.

Mana YB YB yang aku sokong dulu. Semua sibuk dengan agenda masing masing. rasmi tu rasmi ni. Esok dengan orang kaya tu, hari ni dengan orang kaya tu. Dulu masa nak pilihanraya, YB YB ni la yang minta aku kempen, gantung sepanduk, gantung tu gantung ni. Semua nak kena gantung. Sampai spender depa pun nak kena gantung.

Baru baru ni kat Permatang Pauh, MB Selangoq sendiri janji. Lepas ni kita agih kan projek pasiaq. Semua boleh dapat. Kita rasa sikit sikit. hah .. sampai sekarang pasiaq tak nampak, projek pun tak dak. Pantang masuk proposal, depa dah sailang cepat cepat.

Aku tau, aku akan dipanggil balik bila jadi rusuhan, tunjuk perasaan. kalau tak dak benda benda macam ni, mampuiih depa tak panggil pun. Kalau setakat gantung sepanduk. lepaih ni ramai kontraktor boleh tolong.

Hari ni aku seluk poket. Cuma tinggal RM20. Bini suruh beli ikan, anak nak masuk sekolah, baju belum beli, yuran tak tau berapa plak nak kena. Anak pulak dah masuk 3 oghang. Semua nak belanja. Minyak kereta dah kosong, topup talipon dan dua hari habis. Hai … apa lah nasib.

Pemimpin kata sabaq.
Perjuangan itu perlukan kesabaran.

Sabaq kepala ATOK hangpa !!!

edyes wrote:

Sabar... semua kena sabar....

Inilah kebenaran, saya tidak menolak kebenaran. Tidak mahu hipokrit.

Namun, perjuangan tetap harus diteruskan. Kita percaya kepada tuhan, nescaya tuhan akan balas segala pengorbanan seadil yang Maha Adil. Kita dah usaha, dah ikhtiar dan ada masanya untuk kita berserah pada kekuasaan Allah, Pemberi rezki sekalian alam.

Mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi, percayalah jika setiap masalah kita tangani dengan rasional dan tanpa mengeluh, kita akan ditunjukkan jalan. Kuatkanlah semangat diri, kehidupan mesti diteruskan, UMNO dan BN juga harus ditumbangkan.

Kita runtuhkan segala ketidakadilan yang berlaku selama 50tahun. Kita ubah segala bentuk penindasan yang menjadikan segelintir umat kaya raya tanpa memberi peduli kepada insan lain.

Kita nak reform sistem sedia ada. Kalau boleh, biarlah segala bentuk pengagihan berjalan dengan telus, ada schedule supaya semua dapat merasa. Kita boleh buat!

Dari duit, kita jadikan duit. Kita pusing sama-sama, jangan pusing-pusing dapat kat orang yang sama.

Semua orang nak kaya, tapi apa salahnya kita kaya sama-sama. Sapa usaha dia dapat. Kalau semua usaha, pasti semua akan dapat, tapi dalam konteks giliran lah.

kita jangan ikut cara UMNO yang kuno, kita buat cara kita biar semua yang mencuba, dapat peluang untuk merasa.

Kenapa tak boleh buat? kalau kita trace supaya pembahagian apa2 projek berdasarkan unique identifier. buat penjadualan biar kita tau, kepada siapa projek2 akan datang. bukan takat projek, tapi apa2 sebut harga, tender dan macam2 benda lagi.

Kita boleh buat bila kita memerintah nanti. Jalankan di semua peringkat. Jalankan dengan niat biar semua merasa.

Tak salah kalau kita kaya sama2... bagi sesiapa yang ada usaha.

Bersama arus perjuangan yang tidak dapat dibendung, kita menuju sebuah negara yang berteraskan kebajikan, yang berteraskan kesaksamaan sesama insan. Negara yang tidak lagi menekan, mereka-mereka yang tertekan.

RE-FOR-MA-SI !

ANAKANDA AGONG PERTAMA MANGKAT..

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat
Dec 27, 08 1:12pm

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Jaafar pagi ini.

Baginda telah dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Istana Hinggap Seremban.

Berita selanjut akan menyusul.

YANG BERKHIDMAT (YB)Kapar


Tahniah MP Kapar! berani kerana benar, menyuarakan yang hak untuk kepentingan rakyat. Kita jangan lah menjadi seperti cakap tak serupa janji, janji tinggal janji. Pemimpin (MP) yang lain, membisu sebab (pinjam slogan cek ded) BERSIH,CEKAP, AMANAH hanya untuk boss, kepentingan apa? Tak tahu lah.

Sepatutnya bila ada sesuatu protes dari rakyat akar umbi, hendaklah dititik beratkan walau apa cara sekali pun. Sebab nak jaga hati, biar telingkup.Nak jaga hati biar bertempat. Lihat sama masaalah akar umbi yang berbagai masaalah. Hanya nak jaga hati YB, pemimpin bahagian, tetapi tak mahu lihat masaalah di bahagian yang tindakan tak bijak. Kepimpinan di bahagian yang tak jadi YB berbagai masaalah, yang jujur ok lah. Kalau yang korap maka hancor parti.

Rata-rata baik penyokong atau yang tersingkir dengan jawatan telah difitnah, olih orang berkepentingan. Aduan telah di hantar kepada DSAI, tidak dapat perhatian langsung. Rasanya keADILan macam nak bermain api pula. Harus diingat, penyokong atas pagar yang menentukan kemenangan. Kita perlu percaya kemenangan PRU 12 bukan penyokong akar umbi cukup untuk memenangkan pembangkang. Tetapi adalah kekuatan akar umbi berkempin untuk pengundi atas pagar memehak kepada pembangkang.
Keluhan MP Kapar ni lama dah, tapi apa yang jadi kita bolih katakan "nasi dah jadi bubur". Perlu tangani sebaik mungkin. Amat memalukan. Saya amat mengenali YB Mike yang begitu kerja kuat untuk kepentingan rakyat sejak awal lagi tahun 1998. Ini lah pemimpin berbangsa India yang berani menyuarakan kepentingan rakyat. Yang lain (MP) hampeeh. Bagi saya beliau adalah pejuang hak rakyat (pinjam slogan DSAI) "DEMI NASIB ANAK-ANAK DAN GENERASI AKAN DATANG, TERUSKANLAH PERJUANGAN". Kalau begini apa guna dengan slogan yang penoh keramat tu.
MP keADILan belum ramai, tak bolih tangani masaalah, macammana kalau dah memerintah? 222 bahagian dipantau dengan teliti dan jangan dengar cakap orang semata-mata terus buat keputusan dengan tidak adil, adalah tak betul.

Ramai pula musang berbulu ayam yang nampak sekarang. Tak kisahlah dah diberi jawatan, patutnya bersikap adil sebelum menerima mereka untuk diberi jawatan penting. Nanti jadi macam MB Selangor susah. Hingga AMK Selangor pun dah tak setuju. Sahaq masa kat Ijok hebat sebut "susah senang kita bersama" otak dia. Bagi saya susah tolong dia, senang dia sendiri.

Ok lah saya nak tidor, esok sambung lagi.........

Dec 26, 2008

AMALAN SUNNAH DAN BIDAAH PADA BULAN MUHARRAM
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu.
Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat. Firman-Nya:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36

Menerusi firman-Nya "maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)" ia menunjukkan bahawa pada bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:
Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya'ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

Oleh itu hendaklah pada bulan Muharram yang mulia ini kita hindarkan diri dari melakukan amalan yang dilarang dan mempertingkatkan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. terutamanya ibadah puasa. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah al-Muharram dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1163.

Sabda baginda 'Bulan Allah al-Muharram" menegaskan lagi betapa mulianya bulan Muharram ini. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh untuk berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Muharram ini. Namun ini tidak bermakna kita disyari'atkan untuk berpuasa sepanjang bulan Muharram ini kerana Rasulullah s.a.w. hanya berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan sahaja. Aisyah r.a berkata:
Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1969.

Pada bulan Muharram ini juga terdapat hari yang digelar sebagai Asyura iaitu hari di mana Nabi Musa a.s. dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah S.W.T. dari tentera Fir'aun.
Nabi s.a.w. datang ke Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka: Ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Fir'aun. Maka sabda Nabi s.a.w.: "Kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4680.
Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami bahawa amal ibadah khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. adalah ibadah puasa. Disunnahkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. – Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 2047.
Kemunculan bulan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar umat Islam sentiasa dihiasai dengan beberapa amal ibadah tertentu. Upacara-upacara tersebut bermula pada hari terakhir bulan Dzulhijjah iaitu diambang menjelangnya 1 Muharram. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari terakhir bulan Dzulhijjah dan membaca doa akhir tahun selepas solat Asar.
Seterusnya setelah menjelangnya 1 Muharram iaitu selepas solat Maghrib dibaca pula doa awal tahun, bacaan Surah Yassin, zikir-zikir tertentu malah ada juga yang mengerjakan solat sunat sempena 1 Muharram dan berpuasa pada siang harinya.
Sebenarnya kesemua amalan-amalan yang disebutkan di atas atau apa jua amalan sempena tibanya tahun baru hijrah tidak memilki dalil-dalil yang sah daripada Rasulullah s.a.w. bahkan para Imam-Imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi'i dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalknnya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharram atau kedatangan tahun baru dengan upacara yang tertentu. Kalendar Hijrah juga tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ianya hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan 'Umar al-Khaththab r.a iaitu tujuh tahun setelah baginda wafat. 'Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara terterntu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga para sahabat serta para al-Salafussoleh yang lain.

Adapun hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh golongan yang melakukan amalan tertentu sempena kedatangan tahun baru merupakan hadis-hadis lemah (dha'if) dan palsu (mawdhu'). Antara hadis-hadis tersebut adalah:
Daripada Ibn 'Abbas, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun". Menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu'at bahawa hadis ini palsu (maudhu')

Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari awal Muharram maka Allah membina untuknya sebuah kubah di udara yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu. Hadis ini adalah palsu (mawdhu') menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu'aat dan Imam al-Suyuthi di dalam La'aali al-Mashnu'ah.
Setiap kali di ambang munculnya tahun hijrah yang baru seluruh media serta kebanyakan jabatan-jabatan atau majlis-majlis agama Islam di Malaysia menganjurkan untuk dibacakan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun.
Masjid-masjid diseluruh tanah air juga mengadakan upacara-upacara khas untuk membaca doa-doa awal dan akhir tahun itu. Lafaz doa tersebut adalah sepeti berikut:
Doa Akhir Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhainya dan Engkau memang tiada melupakannya (Tuhan tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazab kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.
Doa ini hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu Asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan Dzulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta'ala sekalian dosanya yang setahun ini.
Doa Awal Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga dari kuncu-kuncunya syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta'ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.
Pada hakikatnya kedua-dua lafaz doa ini serta fadhilat yang ditetapkan itu tidak pernah wujud dalam mana-mana kitab-kitab hadis dan tidak ada juga hadis walaupun yang bertaraf lemah (dha'if) mahupun palsu (mawdhu') yang mengkhabarkan tentangnya.
Menurut Syeikh Jamaluddin al-Qasimi r.h doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal daripada Nabi s.a.w. tidak juga berasal daripada para sahabat, tabi'in dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhu'at (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu).
Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan "berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini" merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.
Tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beri'tiqad seperti yang ada di dalam fadhilat yang direka tersebut silakan, kerana ia termasuk di dalam keumuman doa, dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai (untuk membaca doa tersebut).
Hendaklah kita sentiasa berdoa memohon keampunan daripada Allah S.W.T., memohon perlindungan dari hasutan syaitan, memohon perlindungan dari mengerjakan perbuatan maksiat dan memohon agar kita sentiasa terbuka hati untuk mengerjakan amal-amal soleh.
Menetapkan doa-doa tertentu, dibaca pada waktu tertentu dengan fadhilat-fadhilat yang tertentu tanpa perintah daripada Allah dan Rasul-Nya merupakan satu perbuatan mencipta hukum syarak yang baru dan perbuatan ini adalah diharamkan. Firman-Nya:
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. – al-An'aam (6) : 153.
Selanjutnya Allah S.W.T. menegaskan lagi hal ini melalui firman-Nya:
Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya-fitrah) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. – al-Rum (30) : 30.

Maksud melakukan perubahan terhadap ciptaan Allah dalam ayat di atas adalah mengubah agama Islam seperti menambah-nambah satu upacara ibadah yang tiada sandarannya dari al-Qur'an dan al-Sunnah iaitu dengan mengamalkan amalan bidaah seperti mengkhususkan amalan-amalan yang tertentu sempena kedatangan tahun baru hijrah.
Adalah penting bagi kita untuk memastikan kesahihan sesuatu perkara berkaitan dengan amal ibadah sebelum kita mengamalkannya. Ini adalah kerana setiap amal ibadah yang tidak didirikan atas dalil-dalil yang sah maka ianya terbatal. Ini sebagaimana sabda Rasulullah:
Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697.
Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718.

Sekiranya sesuatu ibadah itu tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti ibadah tertentu sempena kedatangan bulan Muharram ini pada hakikatnya ia bukan sebahagian dari agama pada masa itu. Sekira ianya bukan sebahagian dari agama pada zaman Rasulullah s.a.w. maka sehingga kini ibadah itu juga dianggap tidak termasuk sebahagian dari Islam. Imam Malik r.h berkata:
Sesiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu. - al-Maaidah (5) : 3.

Apa yang pada hari tersebut bukan sebahagian dari agama, maka ia tidak menjadi sebahagian dari agama pada hari ini. – Diriwayatkan oleh Imam al-Syathibi di dalam al-I'tishom, jilid 1, ms. 49.
Dicatat oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus di 11:18

UNTUK SEMUA BLOGGERS!!![Perisik-Rakyat] [Perisik Rakyat®] PERHATIAN UNTUK SEMUA BLOGGERS!!!

Tandakan mesej ini

[Perisik-Rakyat] [Perisik Rakyat®] PERHATIAN UNTUK SEMUA BLOGGERS!!!

Khamis, 25 Disember, 2008 18:38
Daripada:



Kali terakhir kita berjaya sebab bersatu bila surind mula mempermainkan Islam dalam blognya dan kali ni aku mintak tolong semua blogger, tak kira pro UMNO ka, PKR ka, PAS ka, MIC ka, MCA ka, SAPP, DAP ka asalkan hangpa Islam...

Macam hari tu jugak, moh kita sama-sama Flag kan blog ni http://adibahahmad.blogspot.com/.

Untuk sesape yang rajin (aku tak dak kemudahan sangat nak gerak mana-mana) ni ada sikit maklumat pasai budak ni (tolong baca sampai habis) :-

Adibah Ahmad
About Me

I am open minded, modern thinking,fun loving individual, like to challenge all the old thoughts, call me at 03-5566 3800 if you are one of me.

PERHATIAN : aku tak fikir budak ni buat sendiri blog ni sebab kalau ikut lojik, orang yang gila buat blog macam ni TAK KAN BERANI NAK LETAK MUKA & NI PHONE DIA DEKAT BLOG dan jugak blog ni baru je bukak 24hb.Disember, 2008... tak sampai seminggu lagi.

Jadi aku simpulkan bahawa budak ni mungkin kena pedajal dekat sape-sape.

Mana-mana yang ada kemudahan tak payah call kalau nak cakap dengan dia. aku dah call banyak kali dah, dia tak mau cakap.

Jadi, penyelesaian ialah, buat report polis dulu, kendian pegi opis dia dengan polis untuk penjelasan. kalau betoi dia kene pedajal, kita bantu dia, kalau bukan kena pedajal, serah dekat polis terus.

Bertindak sekarang geng...!!! (korang tau macam mana nak flag kan???)



BANGSA MELAYU zaman sekarang....

26 December 2008

Anak Melayu dah Teruk

Assalamualaikum Semua

Semalam merupakan hari cuti untuk semua warga Utara, saya mengambil
kesempatan untuk membawa anak-anak untuk berjalan – jalan di Bandar
Sungai Petani. Saya pergi ke Central Square iaitu sebuah Pusat membeli
belah yang sentiasa menjadi tumpuan warga utara dan pekerja asing.
Tujuan saya menulis kepada Kedah Lanie ialah saya ingin memaklumkan
tentang betapa teruknya BANGSA MELAYU zaman sekarang,dimana anak-anak
malayu sedang mengalami keruntuhan akhlak yang serius. Kebanyakan
anak-anak muda dari kampung-kampung yang keluar ke Bandar dan sanggup
menipu mak bapak , yang kebanyakkanya dari keluarga yang berpendapatan
rendah.

Saya membawa keluarga untuk bermain bowling di tingkat lima, dimana
ditingkat itu ada macam-macam yang disediakan seperti Panggung Wayang,
permainan Video , bowling dan tempat makan.

Selepas bermain bowling saya pun mengajak keluarga makan di sebuah
restoren di sebelah panggung wayang.Saya lihat ramai orang yang sedang
menikmati makanan disitu, terutamanya yang sedang bercinta. Mereka
sudah tiada lagi perasaan malu di mana mereka tanpa segan silu
berpelukan dan bercium. Dan lebih malang lagi disuatu sudut lain ada
anak-anak melayu yang sedang menghisap ganja bersama rakan-rakan dan
teman teman wanita mereka. Mereka membalut rokok daun sebesar ibu jari
tangan dan semua mereka hanya berkongsi sebatang rokok daun itu
sahaja. Dan saya tak syak lagi sudah tentu ganja, sebab dari cara dan
gerak geri mereka seperti orang yang dalam ketakutan. Dan rokok pun
sorok bawah meja.

Harapan dari saya, agar pihak berkuasa perlu satu tindakan dengan segera.

(Gapena) tetap mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan .........

Bahasa Inggeris: Gapena tetap mahu saman, perhimpunan 15 Februari

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tetap mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan jika meneruskan dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Sehubungan itu badan tersebut menjelaskan, 31 Disember ini bukan bukan tarikh akhir sebenar yang diberikan kepada kerajaan berhubung pendiriannya.

Ketua 1 Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, tarikh 31 Disember bukanlah tarikh akhir badan meneruskan perancangannya menggunakan perundangan sebagai langkah susulan.

"Kita masih berbincang dengan teman-teman dari bidang perundangan mengenai cara yang bagaimana boleh kita gunakan untuk selesaikan isu ini.

"Kita juga masih tunggu keputusan kerajaan sama ada teruskan atau tidak dasar ini, tapi jika mereka teruskan maka kita akan tetap akan ambil tindakan undang-undang," katanya kepada mStar Online.

Selasa lalu, Ketua 2 Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar menegaskan Gapena tidak berganjak dengan ketetapannya untuk mengambil tindakan undang-undang sewajaranya jika Kementerian Pelajaran meneruskan dasar itu yang dilaksanakan sejak enam tahun yang lalu.

Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran keduadua subjek itu kepada bahasa Malaysia.

Ismail menjelaskan, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Gapena hari ini akan turut membincangkan mengenai tindakan susulan mereka bagi menangani isu ini.

Ismail turut menjelaskan bahawa Gapena masih belum berpuas hati dengan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang akan mempertimbangkan mengenai pelaksanaan dasar tersebut.

"Kenyataan menteri itu masih belum memuaskan kerana kami mewakili budayawan Melayu tidak bersetuju dengan langkah kerajaan ini.

"Kalau hampir semua budayawan di negara ini keberatan dengan dasar ini, maka sudah pasti ada sesuatu yang kami dikuatiri," katanya.

Beliau turut berharap agar kerajaan menimbangkan pandangan golongan budayawan yang mahukan pengajaran subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Malaysia.

Ditanya mengenai perancangan susulan Gapena jika kerajaan menagguhkan untuk keputusan mengenai perkara ini, beliau berkata, gabungan itu juga sedang merangka untuk mengadakan satu perhimpunan khas bagi menyuarakan bantahan.

"Kita rancang untuk adakan satu perhimpunan pada 15 Februari depan.

"Pilihan tarikh berkenaan adalah simbolik kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya.

Bagaimanapun jelasnya perkara itu masih berada dalam peringkat perbincangan.

Dec 25, 2008

SEBENAR NYA .... FARID NI KENA TIKAM DARI BELAKANG,,,,

NAK MP, DIBERI CALUN. KUASA NAJIB PUNYA ANGKARA. NAK BLOG DIBERI BLOG. DALAM BLOG ADA CERITE.


251208. BELUM pun berlangsung hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, paluan gendang dan suara menentang calon pilihan Presiden Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh ligat kedengaran sana-sini.

Biarpun media arus perdana setiap hari memainkan propaganda ke atas PAS berikutan masih belum mengumumkan nama calonnya, namun 'najis yang melekat' kepada calon Umno terus diperkatakan membayangi perihal sebenar kekalutan dalam Umno.

Pemilihan Wan Farid yang diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 20 Disember lalu tidak berjaya 'mengamankan' kelompok yang bertelagah.

Sumber ahli Umno di Kuala Terengganu menyatakan, sebenarnya Wan Farid telahpun ditentang sejak sebelum hari pengumuman calon.

Sumber mengakui, ahli umno dan jentera pilihan raya umum Mac lalu masih 'bengang' dengan sikap Wan Farid yang dilihat hanya menjadi 'elit' tetapi tidak membantu kempen.

Pemilihan Wan Farid juga dilihat oleh kelompok penyokong Ketua Puteri Umno Terengganu, Nordiana Shafie sebagai 'sabotaj' kerana kononnya Wan Farid yang menjadi dalang hingga Nordiana tidak dilantik sebagai senator semula.

Nordiana sendiri pastinya mengidamkan akan dicalonkan kerana 'signal' berikutan tidak dilantik sebagai Senator untuk penggal yang kedua dilihat sebagai langkah untuk mencalonkan beliau.

Namun segalanya meleset bagi Nordiana, akhirnya 20 Disember lalu Wan Farid pula yang dipilih sebagai calon paling rapat dengan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Paling dibimbangi beberapa tokoh yang juga pemimpin Umno Terengganu dikatakan berkira-kira untuk mengenakan Wan Farid dan dalam bahasa lain, 'sabotaj' rakan baik menantu PM itu pada 17 Jan ini.

Wan Farid juga pastinya 'tahu' perkembangan ini, namun 'alang-alang' telah dicalonkan dan mandat telah diberikan Presiden Umno, beliau pastinya akan menggunakan kesempatan untuk mendaki.

Namun Wan Farid pastinya bakal tidak tersangka akan perubahan yang sebenarnya berlaku dalam Umno mutakhir ini dimana ahli Umno seperti dalam pilihan raya umum lalu mampu melakukan perubahan untuk tidak mengundi calon Umno jika tidak kena dengan selera mereka.

Lihat sahaja fakta dalam pilihan raya umum lalu ahli Umno secara 'borong' memangkah calon Pakatan Rakyat untuk menzahirkan kemarahan kepada Umno yang hancur kerana ditadbir Abdullah Ahmad Badawi dengan nasihat 'tingkat 4'.

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui senario yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu yang akhirnya menjerumuskan Umno kepada keparahan.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu mungkin akan mengulangi senario yang sama, pastinya kubu kuat Umno itu bakal disabotaj oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pemilihan Wan Farid.

Angin perubahan sudah mula bertiup, kalangan pemimpin bawahan Umno di Kuala Terengganu sudah mula mengkritik dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

Seperti kata seorang pemimpin Umno tempatan, BN harus mempertimbangkan kekuatan PAS di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN): Batu Burok, Ladang dan Wakaf Mempelam.

"Ruang untuk menang ada tetapi kena kerja kuat. Tetapi ketika ini peluang adalah 50-50," katanya.

Malah BN juga perlu memikirkan faktor lain seperti pengundi atas pagar dan pengundi Cina.

Paling menjelekkan mata pengundi pastinya personaliti Wan Farid yang dianggap "elit" menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.

Pengundi juga dikatakan mula membandingkan Timbalan Menteri Dalam Negeri itu dengan bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato' Razali Ismail, yang diibaratkan "langit dengan bumi".

INFO AGAMA

Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya...

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2.Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3.Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia


Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan tadi:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab : " Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab : ' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


Dec 24, 2008

AKU PUN BUKAN BUGIS MUDAH LUPA..........

Aku bukan melayu mudah lupa .ko orang ??????












Foto ini khas untuk mereka-mereka yg baru berjinak dengan parti keadilan.ingat di mana kamu ketika pemimpin kamu di perlakukan sebegini dulu.
Adakah ahli keADILan lupa?
Adakah pemimpin keADILan lupa?
Adakah reformis lupa?
Adakah orang umno lupa?
Adakah polis lupa?
Adakah orang melayu lupa?
Adakah keluarga DSAI lupa?
Adakah Dato Seri Anwar lupa?
Tetapi-tetapi tidak jk. BUGIS NI PUN SAMA GAK.
Tak ketinggalan juga, adakah orang cina, india, asli lupa?

Eh... yang lepas jangan di kenang, kepala bapak ko orang, atok laki mak kau. Dia kena hentam teruk sorang-sorang senang je suruh lupakan. Sampai matipun tak akan jamil lupakan. Aku pun.

............................KESIANNYE,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Dec 24, 08 10:48am

Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Abu Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - menyertai PAS hari ini.

abu zahar hashim umno pasBeliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.




RUMAH KE RUMAH MEMBAWA FITNAH....

-- Jentera Pemuda UMNO Terengganu akan menggunakan pendekatan kempen “rumah ke rumah” bagi mendekati pengundi bagi memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kekal milik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangannya, Razali Idris berkata melalui pendekatan tersebut pihaknya bukan sahaja dapat menerangkan misi dan visi BN malah menceritakan kisah sebenar Pas yang selama ini berselindung di sebalik perjuangan Islamnya.

Jelas beliau kempen tersebut bukan berbentuk fitnah atau tuduhan liar sebaliknya bersandarkan kepada banyak fakta dan bukti.

"Pas tidak perjuangkan negara Islam. Mereka hanya mengabui mata rakyat di kampung-kampung sedangkan di dalam Parlimen mereka tidak sedikit pun memperjuangkan negara Islam."

Aku cukup-cukup setuju dengan pendakatan yang cuba diambil oleh pemuda UMNO Malaysia. dekati pengundi dengan fakta dan bukti.

Cadangan aku untuk Pemuda UMNO :-

Terangkan jugak pada para pengundi dengan fakta dan bukti bahawasanya yang menghalang PAS dari menegakkan undang-undang Islam di Kelantan dan juga Malaysia selama ini ialah KERAjaan yang diketuai oleh UMNO.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana Kerajaan PAS Kelantan diugut oleh KERAjaan pusat pimpinan UMNO akan diambil tindakan dibawah akta Darurat sekiranya Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana wang royalti yang sekian lama dinikmati oleh Negeri Terengganu sejak lama dahulu dirampas oleh KERAjaan pusat pimpinan UMNO sebaik sahaja tampuk pemerintahan bertukar pada PAS pada tahun 1999.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti kemana dan bagaimana wang royalti milik negeri Terengganu dibelanjakan selepas ianya dirampas dari rakyat Terengganu.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti kemana hilangnya wang royalti milik negeri Terengganu hilang semasa pemerintahan KERAjaan UMNO pimpinan Idris Jusoh.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana tindakan bodoh KERAjaan menaikkan harga minyak telah membebankan rakyat golongan sederhana dan bawahan.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana keadaan rakyat sekarang selepas 7 kali penurunan harga minyak. adakah semakin baik atau tidak berubah, masih terbeban?

Sebenarnya, kebodohan KERAjaan UMNO menaikkan harga minyak secara mendadak pada pertengahan tahun tempohari dah banyak merosakkan kehidupan rakyat Malaysia terutamanya golongan sederhana dan rendah.

Bagi aku, penurunan harga minyak sebanyak 7 kali sikit pun tak membantu. masa harga minyak naik, harga barangan pun naik mendadak. bagi hangpa yang ada motosikal & kereta, kira ringan la jugak (walaupun sikit) sebab hangpa dapat jugak rebet.

Aku yang tak dak kenderaan ni dapat apa? aku macam jugak rakyat Malaysia yang lain-lain yang tak dak kenderaan cuma dapat beban. sebab apa kami dapat beban?

Sebabnya ialah, bila harga minyak naik, harga barangan pun sama jugak naik mendadak. kami membeli barangan keperluan dengan harga yang tinggi lepas kenaikan harga minyak. belanja bulanan kami naik mendadak sebaik harga minyak dinaikkan oleh KERAjaan.

Korang pergi la dekat pasaraya atau pasar atau mana-mana kedai. bukan korang tak tau harga susu anak naik berapa RM lepas bulan 7? bukan korang tak tau harga barangan dapur naik berapa RM lepas bulan 7?

Kami yang tak dak kenderaan ni langsung tak rasa ringan walaupun harga minyak dah turun sebanyak 7 kali. apa yang KERAjaan buat untuk kurangkan beban kami? sdelama ni KERAjaan dok bangga sebab berjaya turunkan harga minyak sebanyak 7 kali tapi hakikatnya kalau harga minyak turun sebanyak 800 kali pun kesannya pada kami hanyalah pada "seronok harga minyak turun" tapi pada kos belanja bulanan, kami tak dapat apa-apa faedah pun.

Jadi UMNO tak payah la nak bangga sangat dengan cerita harga minyak ni. hangpa-hangpa yang ada kenderaan sendiri memang seronok bila harga minyak turun, tapi kami yang tak dak apa-apa ni cuma mampu "sakit hati" je.

Ramai yang fikir beban rakyat semakin berkurang dengan penurunan harga minyak tapi hakikatnya ialah, beban korang-korang yang ada kenderaan je yang berkurang. kami masih membayar harga yang tinggi untuk menanggung anak bini kami dan KERAjaan pusat yang ada sekarang tak pernah peduli dan tak pernah sedar kewujudan kami.

Setakat ni KERAjaan pusat cuma berlakon konon mendesak supaya harga barangan keperluan diturunkan sejajar dengan penurunan harga minyak, tapi itu cerita 2 minggu lepas. sekarang mana suara desakan-desakan tu? KERAjaan pusat lebih tertarik untuk bantu golongan berada di bukit antarabangsa daripada kami-kami yang berpendapatan "sikit" ni.

Apa yang kami nak seronok? apa yang orang Kuala Terengganu nak seronok? makcik-makcik ngan pakcik-pakcik boleh bagi tau pemuda UMNO yang nak kempen dekat rumah tu berapa kali dah harga barang dekat pasar turun... harga ayam berapa kali turun? harga ikan berapa kali turun?

Aku tak yakin Pemuda UMNO yang kononnya nak "dekati pengundi dan terangkan dengan fakta dan bukti" berani nak cerita pasai ni. kalau depa cerita pun aku 100% yakin bahawa cerita tu hanya penuh dengan auta... seperkara lagi, aku rasa depa tak kan pi dengan tangan kosong kerumah para pengundi...

Kurang-kurang pun aku rasa 2-3 ratus mungkin akan jadi "umpan" untuk para pengundi. juallah maruah korang kalau korang rasa korang tak de harga diri. mungkin 2-3 ratus tu boleh kurangkan beban korang selama sepenggal lagi. sape tau kan?

Kebenarannya ialah - UMNO tak pernah pedulikan nasib rakyat Malaysia golongan sederhana dan rendah, UMNO tak kan bercerita yang benar... apa yang benar dalam UMNO? yang benar tentang UMNO satu perkara je... UMNO benar-benar tak guna..!