ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 17, 2008

Ibrahim Ali bantah keanggotaan Majlis Peguam dalam SPRM


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali hari ini menyatakan beliau tidak bersetuju sekiranya keanggotaan ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah di kalangan wakil Badan Peguam dan Majlis Peguam Malaysia.

Beliau merujuk kepada Fasal 5 (1) yang memperuntukkan empat orang terkemuka yang bukan merupakan anggota eksekutif atau perkhidmtan awam boleh dilantik sebagai anggota suruhanjaya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun Majlis Peguam bertanggungjawab dalam soal undang-undang negara tetapi kadangkala, tindak-tanduk mereka dilihat mencampuri urusan politik.

Ibrahim berkata, forum 'Memeluk Islam' contohnya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam telah menyentuh perasaan banyak pihak.

"Mereka boleh mengemukakan cadangan dengan cara yang lebih profesional. Sebab itu saya berasa berbelah bagi untuk memberi sokongan terhadap undang-undang ini. Macam mana hendak tentukan bahawa mereka tidak bising lagi. "Oleh kerana sifat politik itu ada, saya bimbang juga nanti, kerahsiaan soal calon yang bakal menjadi hakim, maka nama ini akan dihebah keluar dalam lama web. Siapa yang boleh jamin ia tidak akan berlaku," katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 di Dewan Rakyat di Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, disebabkan Majlis Peguam suka mengkritik, adalah lebih baik mereka berada di luar Suruhanjaya seperti beberapa NGO lain yang begitu ekstrem dalam memberikan pandangan.

Ibrahim turut mencadangkan supaya diwujudkan kuota dalam Majlis Peguam yang melambangkan kepelbagaian kaum bagi memperjuangkan hak sama rata kerana pada masa ini, ia dilihat dikuasai oleh satu kaum sahaja.

"Ramai ahli Majlis Peguam yang pelbagai kaum tetapi kaum saya tidak begitu aktif dalam majlis ini dan saya lihat dikuasai oleh kaum lain yang besar (keanggotannya) yang tidak menggambarkan semua kaum," katanya.

Terdahulu, Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Hakim 2008 dibacakan buat kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri berkata, rang undang-undang ini adalah langkah pertama kerajaan kepada cara pemilihan hakim-hakim mahkamah atasan, di bawah rangka yang diberika n Perlembagaan Persekutuan.

"Dalam menyediakan rang undang-undang ini, kerajaan telah berusaha untuk menstruktur Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang berupaya untuk bekerja dengan bebas di bawah peraturannya sendiri, yang harus melaporkan aktiviti serta keputusannya kepada kerajaan dan Parlimen, yang perlu memilih calon-calon hakim berdasarkan kriteria yang telus lagi menyeluruh dan yang perlu sama-sama mendukung prinsip kebebasan kehakiman," katanya.

No comments: