ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 17, 2008

PAS, UMNO SAMA KUAT JIKA MUSTAFA ALI lawan WAN FARID...

Quot dari blog MSO dari artikel bertajuk Spekulasi Calon -

  • Justeru itu Umno kena letakkan calon yang dikira mempunyai peratus kemenangan tinggi. Dalam hal ini Wan Farid memiliki kelebihan itu berbanding dengan Nordiana Shefei atau seorang lagi nama iaitu timbalannya, Sabri Alwi ataupun ketua Peneranganya, Zumber Embong.
  • Pada hemat saya sekiranya BN tidak memilih Wan Farid parti itu kemungkinan besar tidak mudah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Selain Wan Farid adalah Timbalan Menteri beliau juga ada beberapa keistimewaan lain yang tidak ada kepada lain-lain calon.

Dan yang ni pulak -

  • Berbalik kepada Pas pula semakin hampir dengan pengumuman calon, nama Naib Presiden Pas Mohamad Sabu makin terpinggir. Seperti dikatakan sebelum ini petunjuk dari blog tidak menggambarkan petunjuk dari Kuala Terengganu dan dipedulikan oleh Pas Terengganu. Masalah orang luar orang dalam terus menjadi isu dan mengenepikan nama Mohamad Sabu.
  • Dalam pemerhatian saya Mustafa Ali masih mempunyai kelebihan kerana kedudukannya sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu. Dari risikan beliau tidak ada menghadapi apa-apa masalah di Kuala Terengganu kecuali dengan seorang individu yang sedang mencari populariti dan menatahkan diri untuk menjadi pemimpin di situ. Setakat ini tidak ada apa-apa protes daripada mana-mana pihak Pas Kuala Terengganu.
  • Semua Dewan Pemuda, Ulama, Muslimat tidak kedengaran menimbulkan apa-apa isu di sekitar diri Mustafa. Walaupun Mustafa tidak popular di luar Terengganu ekoran beberapa tindak tanduk dan kenyataan politiknya yang songsang dalam beberapa perkara, namun tokoh veteran itu masih dihormati di Terengganu. Suasana ini cukup baik kerana selalunya dalam pilihan raya kecil tumpuan kepada isu setempat menjadi utama.

Maknanya MSO bersetuju jika Mustafa Ali bertemu dengan Wan Farid...

Hmm... betul ke analisa tu? Mustafa Ali bertemu dengan Wan Farid...

PAS Terengganu jangan silap buat percaturan buat kali ke-3...

Silap percaturan PAS Terengganu yang pertama ialah pada PRU-11. PAS Terengganu ingat dapat pertahankan Terengganu dengan adanya serba makneka isu-isu panas yang dilihat "menyebelahi" PAS Terengganu. jadi teguran-teguran dari "luar Terengganu" tidak diambil kira sebab PAS Terenganu "selesa"... akibatnya? PAS Terengganu "berjaya" mengembaikan Terengganu kepada UMNO/BN - tahniah

Silap percaturan PAS Terengganu yang kedua ialah pada PRU-12 tempohari. dengan adanya isu-isu terkini dan ditambah pula dengan kebangkitan sokongan kepada Pakatan Rakyat, PAS Terengganu sekali lagi mencipta sejarah tersendiri bilamana parti-parti gabungan Pakatan Rakyat di 5 negeri masing-masing menikmati kemenangan mudah, PAS Terengganu pula memberi kemenangan mudah kepada UMNO/BN dan hampir-hampir berjaya di TKO (bukan Tranungkite Online) kan oleh UMNO/BN pimpinan Deris Natang.

Kesilapan kedua juga berlaku kerana "salah percaturan". PAS Terengganu jarang bersama dengan PAS "luar Terengganu" dalam menyusun strategi atau membuat percaturan dalam apa-apa perkara dalam negeri Terengganu. seolah hanya PAS Terengganu je yang betul.

PAS Terengganu membina tembok yang memisahkan diri mereka dari PAS luar Terengganu dan semua suara-suara dari luar Terengganu "dok ppaka" bagi mereka.

Berbohong ke aku bila aku buat kenyataan tu?

Buktinya lihat berapa banyak teguran dari para penyokong PAS dibuat terhadap PAS Terengganu lepas PRU-12 tempohari dan berapa banyak teguran yang diambik perhatian?

Aku rasa dari 20 teguran yang penyokong-penyokong PAS beri pada PAS Terengganu, cuma 1 je yang PAS Terengganu terima. teguran yang lain hampas... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Bila orang bagi fakta sebab-sebab kekalahan PAS Terengganu, PAS Terengganu sanggah, dikata PAS Terengganu kalah sebab "undi hantu"... ikut suka hangpa... tapi cuba hangpa (PAS Terengganu) fikir balik... antara Kelantan dengan Terengganu, dekat mana dikatakan paling ramai pengundi hantu dihantar?

Aku cakap pengundi hantu paling ramai dihantar ke Kelantan.

Tapi di Kelantan yang jumlah pengundi hantunya paling ramai dihantar, berapa banyak BAS pengundi hantu ditahan dek PAS Kelantan berbanding di Terengganu? hangpa pikiaq dekat situ... dekat Kelantan aku rasa tak de dengar pun penyokong-penyokong PAS dok tahan bas.semua depa lepas... nak masuk, masuk... nak mengundi, pergi.

Semuanya dah ikhtiar buat sembahyang hajat mintak bantuan Allah s.w.t dan akhirnya tanpa perlu tahan-tahan bas, PAS Kelantan menang bergaya... kerusi betambah... UMNO/BN lingkup terus. Awang Adek tersungkur sebelum Maghrib.

Berbeza pulak di Terengganu... tahan bas pengundi hantu sampai nak berperang, kalau tak silap aku, PAS Terengganu tahan bas hantu dekat 10 bijik dan akhirnya PAS Terengganu berjaya memberi lebih banyak kerusi kepada UMNO/BN berbanding PRU-11... tahniah.

Strategi pelingkup yang ke-2 berjaya dengan bergaya.

Jadi lepas 2 kali silap percaturan, PAS Terengganu masih tak nak terima suara dari luar Terengganu?

Terpulang... bagi aku senang je... sekali orang panggil tersilap, 2 kali orang panggil tak dak rezeki, masuk kali ke-3 kalau out jugak aku panggey "BODOH SOMBONG"!!!

Pada aku, kalau Mustafa Ali lawan Wan Farid sama dengan saje-saje nak bagi P-036 dekat UMNO/BN.hangpa nak dengar ka, tak nak dengar ka, aku tak kisah... sape pun jadik calon aku tetap sokong & aku tetap turun ke P-036.

Tapi aku kalau turun (termasuk semua sukarelawan) bukan untuk tengok PAS kalah... PAS Terengganu kena rancang betul-betul... jangan buat silap sampai 3 kali..!

No comments: