Ahli Parlimen Kapar hari ini meminta Majlis Perbandaran Klang mengumumkan kepada Awam Perjanjian Pembinaan Terminal Bus Klang Sentral antaranya dengan pemaju atau pemegang konsesi.
Terminal Bus Klang Sentral yang dimajukan dengan anggaran kos RM 17 Juta di konsesikan kepada sebuah syarikat swasta untuk tempuh 30 tahun oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional sebelum ini.
Menteri Kerjaya
Manikavasagam juga berkata Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago juga berpendapat perjanjian tersebut tidak harus dirahsiakan lagi. Kita tidak mahu Spekulasi seperti ketidaktelusan pengurusan serta rasuah di tomahkan kepada Kerajaan Negeri Pimpina Pakatan Rakyat nanti.
Biar orang Ramai mengetahui fakta-fakta yang terrangkai dalam perjanjian tersebut termasuk sumber pendapatan pemegang Konsesi, siapa pemegang konsesi tersebut serta fungsi dan bidang tugas Majlis Perbandaran Klang.
Sebelum ini Manikavasagam mendesak Majlis Perbandaran Klang mendapatkan kelulusan bertulis daripada Petronas Gas bahawa Terminal Bus tersebut selamat untuk kegunaan awam memandangkan Saluran Paip Gas merentasi kawasan tersebut sebelum ianya beroperasi
No comments:
Post a Comment