- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah berjanji akan membawa rungutan dan masalah yang dihadapi oleh penghuni di sekitar kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan segera.
- Menurutnya, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai isu berkenaan.
- "Banyak masalah dan ketidakpuasan yang dilaporkan kepada saya selain permintaan khas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan selama sejam dengan Persatuan Penduduk Bukit Antarabangsa di sini hari ini.
TP - rungutan dan aduan dari penduduk Kampung berembang sape nak bawak ke pengetahuan Perdana Menteri?
Ni la nasib rakyat
Pendek kata serba-serbi diambik berat dek semua pemimpin hatta Pi EM sendiri pun rasanya tiap-tiap hari dok risau kot-kot ada orang kaya yang jatuh sakit.
Yang dekat Kampung Berembang? korang kene hurung dek semut ke, batuk sampai keluar urat tekak ke, penyek perut ke buatlah macam mana sekalipun... depa akan habaq...
Kita akan pertimbangkan... ko tunggu la depa timbang sampai mamposss...
No comments:
Post a Comment