ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 6, 2009

06 Februari 2009

Jumaat membawa semangat baru kepada rakyat Perak.

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak Yang Mendapat Perkenan oleh DYMM Sultan Perak , hadir sama Tuanku Bainun serta Raja Muda Perak

Rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO dan BN di Negeri Perak dengan diketuai oleh Najib Tun Razak sehingga ini berjaya melantik seorang yang didakwa sebagai menteri Besar yang baru, Zamry Abdul Kadir.

Sebentar tadi saya mendengar dari Perak FM menyiarkan secara langsung majlis angkat sumpah tersebut, tanpa mereka sedikit mengulas sedikit pun mengenai suasana kecoh dan tidak menentu di sekitar mesjid ubudiah.

Zamri dilaporkan dalam berita jam 4.30 petang, memaklum akan menimbulkan ketenangan di Negeri Perak,beliau mengakui sekarang kita menghadapi cabaran, dan memang kita ada masalah dan yakin dapat membetulkannya.

Begitulah janji seorang Menteri besar yang naik secara kudeta dengan usaha terancang Najib yang hadir sama dalam majlis angkat sumpah tersebut. Gambaran sebenar yang berlaku juga tidak dilaporkan dalam Perak FM jam 4.30 petang tadi.

Semuga apa yang berlaku pada hari ini adalah gambaran awal betapa masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh Zamry tanpa memberi laluan kepada satu Pilihanraya bagi mengembalikan kepada rakyat menentukan siapakah yang mahu dipilihnya

No comments: