ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 6, 2009

Mutakhir »
MB baru angkat sumpah(MB KERAJAAN RASUAH)

KUALA KANGSAR: Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (gambar) dari Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak baru - yang ke-11 - di Istana Iskandariah sebentar tadi.

Zambry mengangkat sumpah di sebalik kegawatan politik yang melanda negeri itu sekarang.

Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, wakil Pakatan Rakyat dan PAS, pula sehingga majlis angkat sumpah itu masih menganggap sebagai Menteri Besar Perak.

Beliau menerima watikah lantikan daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan seterusnya mengangkat sumpah di hadapan baginda kira-kira pukul 4 petang tadi.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor semalam diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pelantikan beliau itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak, semalam.

Sementara itu, ribuan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di luar istana membantah upacara tersebut.

No comments: