MODUS OPERANDI NAJIB UNTUK MERAMPAS SELANGOR..
Kes yang berlaku di Selangor sekarang mempunyai modus operandi yang sama dengan kes yang berlaku di Perak. Menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan cara memohon restu Sultan Selangor untuk memecat MB Selangor sama seperti kaedah di Perak. Bezanya, difahamkan rombongan UMNO akan menemui Sultan Selangor untuk memecat MB kerana kononnya beliau terlibat dengan rasuah & salahgunakuasa.
-
Perancangan mereka adalah untuk memenjarakan Tan Sri Khalid sementara menunggu perbicaraannya. Keadaan menjadi kecoh & ADUN-ADUN Pakatan Rakyat akan ditahan di bawah ISA sehinggalah mereka bersetuju menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan negeri yang baru. Ketika ini juga UMNO mengharapkan Pakatan Rakyat Selangor berpecah & berselisih-faham di dalam soal memilih MB. Dr.Hassan Ali akan diajak oleh UMNO menyertainya melalui pujukan daripada pihak Istana dengan suapan jawatan MB Selangor. Akhirnya Selangor tumbang ke tangan UMNO-BN walaupun mempunyai majoriti 16 kerusi ADUN.
-
Langkah terbaik ketika ini ialah kawalan ketat terhadap kesemua ADUN, EXCO & MB Selangor. Jika boleh, percepatkan tarikh persidangan DUN Selangor & dedahkan segera penyelewengan yang dilakukan oleh Khir Toyo atau dedahkan melalui kesemua saluran media yang ada dengan segera. Andainya tiada pilihan & tekanan cukup kuat, bubar sahaja DUN Selangor & adakan Pilihanraya seluruh Selangor.
-
Najib memerlukan Selangor & Perak sebagai modalnya menjelang pemilihan UMNO Mac depan. Ketika ini beliau telah membentuk kem-nya sendiri di Pahang iaitu, Shakar Shamsuddin bakal menjadi MB Pahang. Difahamkan Ismail Said (MP Kuala Krau), Ismail Sabri (MP Bera), Saifuddin Abdullah (MP Temerloh) & Jamaluddin Jarjis (MP Rompin) akan dinaikkan menjadi menteri penuh sementara Zahid Hamidi bakal menjadi Timbalan Presiden UMNO setelah Najib menjadi PM. Rombakan kabinet akan diadakan sekali lagi ketika itu.
-
Karier politik Khairy Jamaluddin pula bolehlah dikatakan berakhir kerana Najib lebih cenderung menyokong Mukhriz sebagai Ketua Pemuda. Kehadiran sepupunya Hishamuddin & 2 pupunya Shahrir Samad juga akan menguatkan kedudukan Najib di dalam kabinet. Penasihat Najib, Dr Mahathir cukup risau & telah menjangkakan peralihan kuasa tidak akan berlaku kerana orang-orang kanan Khairy di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri sedang berikhtiar untuk menghalang peralihan kuasa daripada berlaku.
-
Rombakan kabinet & perbicaraan semula kes Altantunya boleh menenggelamkan karier politik Najib. Paling tidak pun Najib akan diarahkan meletakkan jawatan TPM & Menteri Kewangan dan dipersalahkan kerana kegawatan politik yang berlaku di Perak & pelan pemulihan ekonominya juga gagal kerana matawang Ringgit Malaysia jatuh jika dibandingkan dengan matawang serantau.
-
Begitu juga dengan kadar pengangguran rakyat yang tinggi & indeks komposit BSKL yang terus jatuh walaupun berbillion Ringgit wang KWSP milik rakyat dicurahkan kepada Value Capital. Sesungguhnya kini, nampak benar Najib Razak sudah semakin kemaruk untuk berkuasa. Bermula dengan Perak, kemudian Kedah & kini mereka mula merangka strategi untuk "merampas kuasa" di Selangor pula. Kami tetap dengan ulasan terdahulu bahawa kes yang melibatkan EXCO Selangor & juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong adalah satu "agenda khas" puak-puak UMNO untuk memulakan usaha tersebut.
-
Tidak syak lagi, mereka akan memulakan gerakan ini satu persatu untuk melemahkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Apakah Anwar Ibrahim harus berdiam diri dengan usaha jahat ini. Sesuatu perlu dilakukan mulai sekarang, jika tidak kami yakin 100% apa yang terjadi di Perak akan merebak ke Selangor.

INFO: RISIK TENTERA
4 comments:
memang patut pun khalid dimasukkan ISA.Khalid sebelum, masuk pkr dia umno yg mengerjakan orang melayu. aljuburi pun patut turut sama.
tengok apa akan jadi dgn cakap besar khalid.
podah dei....jilat kaki rakyat pemimpin selangor dan rakyat selangor pun tak bolih lak.....
kakakakaka!!!!!
kpd bukan najib shj tetapi kpd semua.....
jgn nak cuba usik ngr selangor dan rakyat selangor...
nak tengok rusuhan yg lebih hebat..mai cubalah..
sanggup kah menderhaka lagi srt di Perak?
Selangor adalah lubok umno. Lawan tetap lawan.
Kita tengok siapa dapat menawan ngr?
Post a Comment