ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 21, 2009

Nyahkan Sivakumar?: Pakatan Rakyat buat aduan polis

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Pakatan Rakyat membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar hari ini - "nyahkan Sivakumar" - dipercayai dilemparkan ekoran keputusannya menggantung Menteri Besar Perak dan enam Exco Kerajaan Negeri lain daripada menghadiri sidang Dewan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ugutan 'nyahkan' Sivakumar telah digunakan oleh www.mykmu.net hari ini, laman web yang digerakkan oleh penyokong-penyokong Umno.

"Perkataan 'nyah' boleh membawa apa juga maksud... ia boleh membawa makna menyembunyikan, menghilangkan, malah membunuh," jelas Nizar di Ipoh hari ini.

"Jika apa-apa berlaku ke atas Speaker (Sivakumar), ini adalah tindakan mereka (Umno)," kata beliau sambil menambah, Sivakumar telah mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk melindungi keluarga beliau.

Dalam tulisan muka depan laman web itu, editornya berkata:

"Adalah menjadi harapan patik-patik sekalian rakyat jelata agar Tuanku Sultan Perak mengambil tindakan segera ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan mereka yang bersama beliau menggantung Menteri Besar Perak dan Barisan Exconya dari menghadiri sidang DUN Perak.

"Tidak pernah ada dalam sejarah orang Melayu ada manusia bukan Melayu boleh membuat keputusan bawa barang sesiapa yang hadir Majlis Tuanku Raja Melayu sebagai satu tindakan menghina negeri jajahan takluk tuanku sendiri.

"Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor.

"Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Diampun

"Sejak April 2008, cacing sudah menjolok mata. Apakah Tuanku ingin membiarkan cacing ini terus bermaharajalela tanpa batasan?

"Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak.

"Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.

"Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan.

"Apakah guna seorang rakyat negeri tuanku jika majlis tuanku pun dianggap haram dan hina? Cukuplah orang Melayu menjadi bacul jangan sampai penaung orang Melayu pun dilihat tiada bertaring.

"Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun!

"Sembah dari Rakyat MarhaenEDITOR MYKMU."

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Sivakumar masih boleh menarik balik keputusannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN kerana keputusan itu dibuat secara unilateral dan timbang tara.

Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), Datuk Liew Vui Keong, yang merupakan lulusan undang-undang berkata daripada segi perundangan, Sivakumar jelas membuat keputusan di luar skop bidang kuasanya.

"Daripada segi undang-undang dan perlembagaan, keputusan itu salah kerana penggantungan itu dibuat ketika Dewan Undangan Negeri tidak bersidang dan tiada undian dibuat dan tiada kelulusan diberikan majoriti anggota DUN Perak.

"Pada pandangan saya, Speaker masih boleh menarik balik keputusannya tanpa perlu merujuk kepada DUN kerana ia dibuat secara unilateral dan timbang tara," katanya.

Liew, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga berkata, tindakan Sivakumar, yang mempengerusikan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak untuk menggantung Zambry selama 18 bulan dan enam Exco itu selama 12 bulan jelas menghina Dewan.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup pula berkata, tindakan Sivakumar dan jawatankuasa itu adalah "keterlaluan".

"Speaker DUN Perak telah bertindak keterlaluan dalam menangani isu ini... ini boleh dilihat sebagai cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) Perak (yang baru mengambil alih daripada pakatan pembangkang)," katanya.

Menyokong kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini bahawa keputusan itu perlu diluluskan oleh sidang DUN, Kurup berkata, keputusan itu tidak sah kerana dilakukan di luar sidang dewan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun pula berkata, terserah kepada Zambry selaku Menteri Besar untuk mengendalikan perkara itu.

"Kita serahkan kepada kerajaan BN negeri Perak, kepimpinan Zambry yang tentunya akan tahu dengan kebijaksanaannya bagaimana untuk mengendalikan (perkara ini)," kata Azizah yang juga lulusan undang-undang sambil enggan mengulas lanjut.

Naib Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan Sivakumar itu adalah berat sebelah.

"Beliau tidak menghormati DUN dan beliau gagal menjalankan tugas sebagai seorang speaker.

"Jelas dengan menggantung Zambry daripada menghadiri sidang DUN menunjukkan yang beliau ada agenda politik terhadap pentadbiran kerajaan negeri Perak yang baru. Sebagai seorang speaker, beliau tidak boleh menyebelahi manamana pihak," katanya.

olih mStar

2 comments:

Anonymous said...

kpd pemimpin rakyat....inilah kerja BN/UMNO tak nok bg depa berkerja dgn lancar...
(provide or contribute our service to the citizens..)

so dinasihatkan pemimpin pakatan rakyat jadikan perkara dan kandungan ini berada pada muka surat 2 dlm sebuah buku...jadikan masalah rakyat dulu di muka pertama...

citizen come first,then the problem...

lawan tetap lawan....

Anonymous said...

Melihat kemelut politik yang menjadi2 serta serangan ganas umno/BN terhadap PR aku tertanya2 ke mana perginya ketua AMK dan anak2 buahnya..


sehingga minit2 ini tiada kenyataan 'menggugat' dari mereka..




Kes lompat, ugut dan yang terbaru Elizabeth Wong sepatutnya hanya ditangani oleh Anak2 muda, tak perlu tunggu Anwar..


setakat nak dedahkan kes skandal pemimpin Umno sesama dalam parti,huh! kan dulu dah bongkar tapi la ni senyap je..




Khir Botox masih belum cukup dimalukan sebab tu dia masih berani menyalak lagi..Azmin bagi tempoh seminggu dari Jumaat lepas supaya Khir minta maaf, jika tidak dia akan telanjangkan Khir..


Ahhh!! Azmin ..anak muda mana?




Bukan tak boleh jumpa YB atau mana2 ahli majlis untuk meninjau kontrak dan projek...(haha)..tapi seperti yang aku kata dulu, "kita belum menang semua!"..


Perjuangan belum tamat malah makin susah!




Percayalah,


Sehebat mana pun perjuangan Anak muda PKR hari ini masih belum dapat menandingi sehelai bulu hidung perjuangan ketuanya dahulu biarpun mereka menganggap Mat Ezam sudah sesat dan khianat!

kulupsakah.blogspot.com