ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 24, 2009

TERIMA EMAIL YANG MENGEJUTKAN!!!!!

Semalam seperti tertera dibawah hanyar menerima email yang sangat merasa kesal, sikap kepimpinan Khir Toyo dari umno semasa memerintah dulu. Walau apa pun perlulah AMKS serta Bahagian keADILan K.Lgt, menyiasat kebenarannya dan jangan ada kekeliruan sesama kaum yang bolih memecah belah Pakatan Rakyat. Apa pun diucapkan terima kasih pada pengirim Karim Majid dan Yan Ibrahim. Jika ada kebenaran yang bolih mengaitkan rasuah perlulah TSKI bongkar perkara ini.

1-From:
Saya ingin beritahu anda pasal sebuah bangunan di Taman Seri Medan yang menjadi pertikaian sekarang. Bangunan tersebut telah lama terbiar, sedangkan bangunan lain di Taman Perwira dan Taman Seri Medan Jaya yang serupa dan seangkatan dengannya telah lama berfungsi sebagai balairaya. Mengapa terjadi begitu? Ini semua angkara umno yang berketuakan Mazlan Selamat yang mengaku bangunan tersebut adalah milik partinya tambahan pula beliau adalah ketua taman yang tak berapa berfungsi. Yang lucunya beliau mengaku bangunan tersebut milik partinya tetapi pada PRU 11 2004 apabila SPR mengarahkan tidak boleh menggunakan bangunan awam sebagai bilik gerakan, beliau dan kuncu-kuncunya mencicit lari dan menjadikan tempat letak kereta di rumahnya sebagai bilik gerakan. Begitu juga pada PRU 12 tempat letak kereta itu juga dijadikan bilik gerakan. Malah sewaktu mesyuarat agong partinya juga tidak menggunakan bangunan tersebut. Tidakkah ini lucu dan menghairankan. Umpama orang yang mengaku perempuan cantik tu bini dia tapi tak dianukan. Penduduk taman tidak boleh berbuat apa-apa terhadap bangunan itu. Maka terbiarlah kosong, menjadi tempat pocong bersukaria. Ini lah kerja umno. Lanun duit rakyat, buat bangunan dan mengaku dia punya. Mazlan mazlan moga-moga selamat kau dunia akhirat.
ATK_klgt


Posted by: "Yan Ibrahim" yan1810@yahoo.com yan1810

Mon Feb 23, 2009 4:53 am (PST)

saya rasa daripada AMK ni berkumpul nak berarak nak serah replika lembu pada badan pencegah rasuah tu... ada baiknya kamu semua ni berkumpul, buat memorandum.. . berarak pergi jumpa MB tu tanya dia pasal kawasan perkuburan tanah wakah di shah alam ni yg dah diceroboh oleh penganut agama lain...cuba jadi anak jantan sikit tegakkan keadilan utk anak bangsa dan agama sendiri dulu baru nak perjuangkan keadilan utk seorg individu saja yg belum kita tahu betul ke tidaknya lagi. u all berkumpul berpanas berhujan dia tetap pergi mana-mana naik LEXUS! bukan naik proton or kapcai mcm kamu...

ini dah sah tanah WAKAF... ingat tu wakaf... TANAH MASJID, TANAH PERKUBURAN YG DAH DIWAKAHFKAN TAPI alih-alih penganut agama lain senang2 ceroboh, suap bina bangunan, siap tanam org mereka kat situ. Mana pergi kamu semua ahli AMK ni?! Pergi tanya ahli kariah masjid dan tanah wakaf tu apa yg dah jadi? Pergi selidik even kerajaan negeri pun mcm membenarkan tanah wakaf tu kena ceroboh. Ape perlunya ahli kariah tu disuruh usul kat mahkamah sedangkan tanah wakaf tak termaktub dalam undang2 sivil... dah sah ia di bawah undang2 syariah. Apa kesnya ni? Is this rasuah jugak nak jaga hati penganut agama lain sampai gadai maruah agama sendiri? APA DAH TAK INGAT MATI KE? Itu kan tanah wakaf org islam... tahu tak apa hukumnya?

Ini yg dok sebuk nak bela kesilapan seorg individu sedangkan kat kawasan tersebut ada berapa ramai individu islam yg perlu dibela... yg dah sah berada dalam kelompok BENAR DAN SAHIH... NAK BERPOLITIK PUN BERPADA-PADALAH. .. JGN GADAI AGAMA SENDIRI, JGN GADAI HUKUM HAKAM AGAMA SENDIRI... PERGI BELA ORG YG BENAR2 PATUT DIBELA DULU...

4 comments:

Anonymous said...

diberi pandangan bhw eloklah YB A sani berjumpa dgn tim amk k.klgt En zali bg menyelesaikan masalh balairaya itu....lg pun en zali org disana.

demi kepentingan rakyat dan kelesesaan rakyat, masalh begini harus ditangani dgn segera.

balairaya banyak gunanya.

penduduk kg medan.

Anonymous said...

inilah yg mengecewakan kita kerana sikap kepimpinan yang gila kuasa, tetapi tak tahu buat kerja.
laksanakan tanggungjawab yang lebih efisen, malah belajarlah dari kawan2 yg bolih membantu menangani masaalah2 spt ini. janganlah sibok dgn projek2 yg bolih membawa kpd kroni untuk kehancuran.......

Anonymous said...

cakap pasal kubur, macam mana pula masaalah kubur org india yang telah diperkosa olin mic? tlg tengok sama kepentingan masyarakat orang lain.

Anonymous said...

saya sgt setuju dgn email kiriman Yan. Saya mmg setuju sgt. Kalau betul perjuangan tu, x pyh ler berjuang utk individu. Trend mcm ni, dah lama jadi dlm umno. Org2 bwh berpanas berhujna, berkempen utk seseorg, yg kita ni tetap mcm tu gak. Yg di perjuangkan, kesana kemari bermewah2.. apa bezenya dgn org UMNO? bila dpt kuasa je, sume nak merasa mewah.. buktikan lah hala tuju AMK mmg utk perjuangkan agama,bangsa dan negara. Saya rasa, klu mmg itu niat sebenarnya, mmg ramai yg akan menyokong. Tetapi klu sebaliknya, percayalah, Tuhan lbh mengetahui. Hari ni kita boleh mengaburi mata org ramai, tapi ingat, Tuhan itu ada. "kun fayakun"