ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 24, 2009

Tuesday, February 24, 2009

Gempar: UMNO Semakin Kemaruk Kuasa, Terkini Pemimpin Kanan PKR Pahang Pula Di Tawarkan Ganjaran Lumayan Jika Bersetuju Lompat Parti !!

KUANTAN - Selepas digegarkan dengan berita perletakan jawatan Ketua Penerangan AMK Pahang, kini politik PKR Pahang bergegar lagi dengan satu berita tidak rasmi yang kami terima. Biarpun maklumat ini "panas" namun ia tidak dapat disahkan lagi selagi belum menjadi kenyataan. Kami difahamkan ada beberapa pihak dalam UMNO kini sedang cuba melobi salah seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang untuk kembali melompat ke UMNO. Mungkin ia bertujuan untuk menjaga nama baik bakal PM yang berasal dari Pahang iaitu Najib Razak. Operasi "pembersihan dan pemutihan" ini terpaksa dilakukan, biarpun Pahang bukanlah negeri yang boleh menggoncangkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya. Menurut maklumat, usaha melobi kini sudah ke peringkat "final" dengan tawaran ganjaran mencecah jutaan ringgit. Kami difaham pemimpin terbabit masih belum memberi "kata putus" dan "lampu hijau" kepada mereka berkenaan perkara ini. Namun begitu kami yakin "pemimpin" yang dimaksudkan itu tetap akan setia bersama PKR dan tidak sama sekali akan meninggalkan parti itu. Daripada sumber risikan yang kami terima, pemimpin terbabit telah diekori ke mana sahaja beliau pergi termasuk ke Kuala Lumpur sekali pun. Cuma kami belum menerima info apakah beliau "turut diugut dan diancam" untuk berbuat demikian. Pihak yang melobi pula katanya melibatkan pemimpin tertinggi UMNO peringkat negeri dan pusat sendiri. Apapun tunggu pendedahan seterusnya dalam masa terdekat ini.

[Terkadang kami naik hairan dengan trend politik wang yang berlaku dalam UMNO rupanya kini telah merebak ke luar parti itu. Jika dulu politik wang diigunakan sebagai senjata untuk membeli undi oleh pemimpin tertentu. Kini politik wang atau rasuah digunakan pula untuk membeli wakil rakyat dan pemimpin pembangkang supaya menyokong mereka. Apakah ini budaya baru yang meresap dalam parti karat itu agaknya. Jika inilah caranya, maka kami yakin bahawa UMNO sudah menuju ke arah kehancuran sekarang. Mereka sudah hilang sokongan rakyat maka itu terpaksalah mereka membeli wakil rakyat pula untuk terus berkuasa].

pahangdaily

2 comments:

Anonymous said...

mana pegi GERAK....tak nak siasat ke...

Anonymous said...

Najib dah nazak. dgn kebodohan jib ,rakyat tunggu rpu 13.