ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 3, 2009


Status 2 ADUN sah, tiada pilihan raya kecil

"SPR tolak untuk buat PRK di 2 Dun itu. PKR kesal SPR tunduk tekanan politik BN & kembali ke era Rashid".?>>>>>>>>>>>


Pengerusi SPR: Wujud keraguan dalam surat letak jawatan

STATUS SAH... Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengesahkan status keda-dua ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan).

[DIKEMAS KINI, 1.30 TENGAH HARI] PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi yang dilaporkan telah meletak jawatan kelmarin, masih sah sebagai wakil rakyat.

Ia diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi selepas mengadakan mesyuarat lebih dua jam di sini hari ini.

Dengan itu pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

KOMEN

Dalam reaksi segera, Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi menyambut baik perkembangan tersebut.

"Bagi saya, saya terima apa juga keputusan SPR. Kalau kita tidak patuh undang-undang siapa lagi yang hendak mematuhi undang-undang," katanya.

Mohd. Osman masih tidak dapat dihubungi.

Al-Fatihah: Ustaz Ismail Mahmud - MEMALI - Kembali Ke Rahmatullah - malaysiakini

Saya menerima khabar berikut :

Bahawa Ustaz Ismail Mahmud telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.50ptg 2hb Feb 2009. Jenazahnya akan disempurnakan di Masjid Kuang pada jam 8.30 pagi 3hb Feb 2009. Semoga rohnya digolongkan dalam golongan para solihin.

Al-Fatihah..

BERITA DARI MB PERAK

"Tiada kemungkinan Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan," kata beliau di Ipoh sambil menambah bahawa pihaknya menerima simpati daripada rakyat dalam perkembangan semasa.

"Jika ada pilihan raya kecil sekarang, bukan sahaja membabitkan Behrang dan Changkat Jering, kita akan mencapai kejayaan," katanya lagi.

Pagi semalam beliau menghadap Sultan Perak di Istana Kinta.

Walaupun status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering belum diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah mula mengatur persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil dua kawasan itu.

Nizar semalam turut menerima kunjungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Ipoh dan agenda utama perbincangan adalah pilihan raya kecil bagi dua kerusi yang disandang oleh wakil daripada PKR.

Menurut sumber kerajaan negeri, Anwar dan Nizar mengadakan perbincangan itu selepas jamuan tengah hari.

"Kami percaya selain membincangkan perkembangan semasa, keduadua pemimpin itu turut membincangkan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil bagi mempertahan kerusi berkenaan," katanya kepada pemberita.

Sumber itu berkata turut serta dalam perjumpaan itu adalah Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Harun Din.

SPR mengadakan mesyuarat pagi ini - pukul 11 pagi dan disusuli dengan sidang media 12.30 tengah hari bagi menentukan status Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) yang dilaporkan telah meletak jawatan semalam. Namun keduadua ADUN itu menafikannya.

Kelmarin, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar mengumumkan telah menerima surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan Sivakumar adalah surat yang ditandatangani mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, kerajaan negeri "sangat stabil" buat masa sekarang.

"Di sebalik apa yang berlaku sejak seminggu lalu, kami masih stabil.

PERAK KEPANASAN.....

ANAK BUAH BERHARGA, DSAI MACAMMANA PULA?

Hari ini ada tiga perkara penting berlaku. 1, pertemuan MB Nizar dengan Sultan Perak. 2, sidang media Fauzi Muda, dan 3, Mesyuarat PKR.

Satu….

Aku cuba juga tunggu kot-kot ada berita dari Malaysiakini atau dari Bernama tentang apa yang dibincangkan oleh Nizar dengan Tuanku Sultan. Tapi tak dak. Saja aku tunggu pasai kalau aku dulu pecah lubang, orang kata aku saja buat cerita. Tapi pasai sapa pun tak cerita, dan aku pun dah tak larat nak beli top-up pasai masing-masing dok tanya…aku kena cerita jugak.

Semalam Nizar mengadap Sultan. Perkara utama yang dibincangkan ialah kesahihan (validity) surat perletakan jawatan dua ADUN PKR. Baginda Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara. Kalau baginda kata surat tu tak sah..melopong la Nizar. Tapi apabila baginda bersetuju bahawa surat itu sah dan boleh diterima….maka bersedia lah dengan pilihanraya kecil. Dan petang tadi, Anwar, Dr. Haron Din, Nizar ada bermesyuarat. Apa yang dibincang tak tau la, tapi berkisar dengan pilihanraya kecil. Dan apabila mesyuarat PKR petang tadi menyuruh semua jentera pilihanraya bersiap sedia…faham-faham la.

Sekarang ni, cuma tunggu apa SPR kata. Hari ini SPR akan bermesyuarat dan tunggu keputusanya. Dipihak PR, kita bersedia dengan pilihanraya kecil di Changkat Jering dan Behrang, TAPI KALAU SPR TIDAK MAHU MENERIMA SURAT PERLETAKAN JAWATAN ITU, DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK AKAN DIBUBARKAN.

Dua…

Malam semalam aku tulis pasai Fauzi Muda nak buat PC dengan Ezam untuk mengisytiharkan diri masuk Umno. Tup-tup, pagi ini dia buat PC tentang Najib nak bagi dia RM50 juta. Ha..ha….aku gelak sakan.

Pada aku, pendedahan Fauzi tu cuma sebagai nak jaga maruah Hj. Osman. Orang kanan dan kiri Hj. Osman, Jamaludin dan Kapt. Osman dah hilang. Cikgu Mat dah letak jawatan sebagai Setiausaha. Semua yang sokong kehadiran Hj. Osman sebagai Ketua PKR Perak semua dah tak dak…yang tinggal cuma Fauzi Muda. Hangpa percaya kat Fauzi Muda ni ka?

Betui! Dia kata Najib offer dia 50 juta untuk tarik ADUN PKR lompat masuk Umno sebaik saja Pilihanraya ke12. Tentang offer yang Najib buat tu aku percaya, tapi jumlah tu aku tak tau la, sebab memang dia salah sorang yang cuba suap ADUN kita suruh masuk Umno tapi tak berjaya. Duit punya pasai, memang dia boleh buat apa saja. Kalau dia berjaya hari tu, mungkin tambah lagi satu bini macam dua EXCO tu.

Kemudian lepas dua EXCO tu kena cekup BPR, Najib masih suruh dia buat kerja untuk tarik dua EXCO ni masuk Umno! kalau kali pertama Najib suruh buat dan dia terus tolak, hangpa ingat Najib boleh suruh dia untuk kali kedua ka? Lu fikir la sendiri.

Dan semalam, aku tulis pasai dia nak buat PC untuk keluar PKR. Hello brader, gua punya kabel sudah bagi tau…lu sudah setuju dengan SD Johari untuk keluar.Tapi pasai aku dah tulis, dan pasai surat perletakan jawatan dua EXCO ini sudah dikeluarkan, hang pusing 360 darjah. Masuk Umno pun tak guna, tak dak sapa nak bayar.

Kalau Fauzi keluar PKR, imej Hj. Osman terus jatuh. Ini lah orang terakhir yang boleh membela Hj. Osman. Tak percaya tanya Mamamat. Imej PKR tak jatuh, sebab orang kenai sapa Fauzi Muda.

Sekarang, AMK pulak nak sambut Akuan Berkanun tu dengan membuat laporan diPutrajaya hari ini. Kalau tanya aku, tok sah buang masa la. Pi susun jentera pilihanraya kat Changkat Jering dengan Behrang lagi baguih.

Tadi dia buat PC dan membuat laporan tentang rasuah Najib. Pehhh..kalau ada dokumen macam beli kapal selam pun BPR tak buat apa, hangpa ingat BPR boleh bertindak tanpa apa-apa bukti? Bagi aku, Fauzi saja nak jadi hero, untuk menyelamatkan Hj. Osman. Dan kalau dengar berita TV, Hj. Osman kata, dua EXCO ni masih ADUN PKR sebab dia tak terima surat perletakan jawatan. Bila dia kata dia tak tau menahu tentang surat yang telah tersedia, aku pun tak tau nak cakap apa. Pasai apa tak tanya? Orang lain semua tau, Ketua PKR Perak tak tau! Tak pelik ka?

Hangpa ingat, Nizar keluarkan surat tu tanpa merujuk kepada Anwar? Anwar yang bagi greenlight, tapi bila Ketua PKR Negeri kata dia tak tau….susah la. Kalau Anwar buat keputusan tanpa memberitahu Ketua PKR Negeri….faham-faham la.

Ketiga,

Petang semalam ada mesyuarat PKR. Yang dibincangkan ialah persiapan pilihanraya kecil.Tu biasa la. Tapi yang syok sikit bila YB Yunus dari Kuala Kurau dan YB Kesavan bagi tau depa ditawarkan oleh SD Johari untuk melompat kedalam Umno. Bukan setakat ditawarkan wang ringgit malah mereka diugut sekiranya tidak menyertai Umno.

Sepatutnya yang ni la buat laporan polis! Pasai apa tak buat kalau dah ada bukti?

sebelumni aku tulis,

Ada seorang lagi ADUN PKR yang hampir termakan pujukan Jamal untuk menyertainya melompat kedalam BN, dan nama ini telah disebut oleh SD Johari. Tetapi oleh kerana ADUN ni tidak turut melompat, aku tak sebut namanya dulu. Tapi kita tahu sapa dia.”

Semalam, dua ADUN muda ini telah mengakuinya dalam mesyuarat PKR Negeri .

Kenapa? tak percaya?

Posts Berkaitan:

  1. Najib auta lagi
  2. Kisah dua EXCO PKR
  3. Najib tawar RM50 juta untuk beli ADUN PKR.
  4. Krisis PKR Perak 2
  5. Krisis PKR Perak

Feb 2, 2009


KISAH 2 MANTAN DUN PERAK

Dah dua malam aku tak cukup tidor.Hari Sabtu…aku kena ikut Pak Nawi buat tazkirah politik kat Bukit Kinding Resort..antara Chemor dan Tanjung Rambutan. Nasib baik belum sampai Tanjung Rambutan..kalau tidak mungkin aku terjumpa dengan dua EXCO yang disorok tu. Aku tanya kat Pak Nawi kat mana dua EXCO ni disorok, tapi pasai malam tu ada amoi-amoi yang buat show tepi kolam renang tak pakai baju..mungkin jin Pak Nawi pun tak berani masuk. Pak Nawi pun tak boleh jawab.

Nasib baik jugak ada contact dengan sorang member MIO, dapat jugak korek sikit-sikit.

Macam yang aku kata semalam, perancangan untuk merampas Perak ni sudah dirancang sebaik saja pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Member MIO ni bagi tau, masa kat Terengganu, SD Johari..orang kanan Ezam pernah bercakap..” tak lama lagi, Perak akan jatuh.” Diantara yang ada bersama SD Jo masa tu ialah Gerakan Anti-PKR(GAP) a.k.a Medan-Info-Kita a.k.a Perak Bangkit. Ezam dan SD Jo mungkin tak sedar, Perak Bangkit ni tak boleh harap simpan rahsia. Sebab dia cukup suka glamer. Biasa la…blogger ni macam aku jugak…mulut capui.

Masa Ezam nak masuk Umno dulu pun, GAP yang pecah lubang. dan perancangan yang dibuat untuk merampas Perak ni pun, GAP yang pecah lubang. GAP a.k.a Perak Bangkit ni dulu Setiausaha PKR Shah Alam, tukang bawak beg Ezam. Mulut selalu capui sebab dia nak tumpang glamer macam Bos dia. Jadi…perancangan nak rampas Perak ni kita dah tau lama dah. Cuma..depa tak tau yang kita dah tau. Dan dua EKO ni pun ingat kita bodoh macam depa.

Dan masa di Kuala Terengganu, aku jumpa Jamaludin. Aku bagi salam..dia cuma salam saja..tak cakap pun. Dia dengan Haji Osman…berkepit kesana kemari. Sehari sebelum hari mengundi, kami makan sama-sama kat Batu Buruk. Tapi Hj. Osman asyik berkepit dengan Jamaludin..tak sembang dengan orang lain pun. Cuma bila kami tinggal bertiga dalam Bilik Gerakan PKR di Bukit Besar, baru Hj. Osman tegur aku. Masa tu…Ummi dan Sya tengah round pergi berkempen. Dan cara depa bersembang..macam sepasang kekasih sedang berkhalwat. Aku rasa semacam ja.

Aku bagi tau kat member MIO, Mejar XXX apa yang aku nampak, dan dia pun bagi tau..akan folow up. Tapi lepas tu…aku pun tak call dia. Cuma bila dua EKO ni hilang, baru la aku cuba dapatkan pertolongan dia.

Pergerakan Jamal dan Osman sudah diekori sejak pilihanraya KT lagi. Dan kemasukan Nasruddin juga diatur setelah mengetahui perancangan Umno, terutamanya Najib.

Ada seorang lagi ADUN PKR yang hampir termakan pujukan Jamal untuk menyertainya melompat kedalam BN, dan nama ini telah disebut oleh SD Johari. Tetapi oleh kerana ADUN ni tidak turut melompat, aku tak sebut namanya dulu. Tapi kita tahu sapa dia.

Jadi, pada awalnya, dua ADUN PKR yang melompat masuk ke Umno sudah cukup untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat Perak. Tetapi dengan kemasukan Nasrudin, rancangan mereka terbantut. Tetapi Jamal yakin, ADUN ketiga akan menyertainya, dan itulah sebab mengapa dia masih mahu meneruskan perancangannya keluar PKR. Tetapi..sekali lagi perancangan Jamal ini dipintas, apabila kita berjaya mengawal ADUN yang ketiga.

Najib masih mahu meneruskan konspirasi ini, tetapi dalam masa yang sama, dia juga tahu ada tiga lagi ADUN UMNO yang akan melompat masuk kedalam PKR. Apa yang aku tulis dulu dalam posting “Kerapu masuk pukat” bukan cerita kosong. Nizar sendiri mengesahkan perkara itu keesokan harinya.

Lantas, Najib perlu mengepung ADUN Umno dulu, sebelum meneruskan langkah seterusnya. Tapi malang, tiga ADUN Umno tidak hadir dalam pertemuan dirumahnya.. kebetulan? hangpa jawab sendiri.

Tapi ini belum tentu selamat. Macam mana kalau tiga ADUN Umno ini dapat diculik oleh geng Najib? Naya kita. Jadi, Jamal dan Osman perlu ditarik keluar dari tempat persembunyian mereka.

Pagi tadi, ada mesyuarat dirumah MB Nizar dan keputusannya ialah menghantar surat perletakan jawatan kedua-dua EKO ini. Surat ini memang sudah sedia dari dulu. Nak tau sapa yang buat surat ini?…Tanya Ngeh Koo Han. dan surat ini juga ditandatangani dihadapan Raja Nazrin.(yang ni aku diberitahu…aku mana boleh masuk istana.)

Kalau Jamal kata dia sain surat tu dalam keadaan dipaksa…dia kena mengadap Sultan dulu. Bagi tau…sapa yang paksa.

Sekarang Jamal dah mula bersuara. Dia kata dia cuma ada masalah dengan kepimpinan PKR dan tidak berniat untuk keluar PKR. Hangpa boleh percaya ka? Kalau jumpa ular, aku katok Jamal dulu. Dia ada masalah dengan sapa? Anwar dah ikut cakap dia. Jamal mau Hj. Ismail di singkir dari jawatan Ketua PKR Perak…Anwar ikut. Jamal mau Hj. Osman dilantik sebagai Ketua menggantikan Hj. Ismail…Anwar ikut. Bukan takat tu saja… dia juga dilantik sebagai Timbalan Ketua PKR Perak! Ada lagi…dia jugak jadi Bendahari PKR Perak!! Nak apa lagi?

So…la ni hangpa tau pasai aku marah sangat kat Anwar bila dia bawak Hj. Osman ke Perak? Baca balik posting aku dalam Krisis PKR Perak 1,2,3. Kat situ aku dah warning Anwar…orang yang dia percaya la yang selalu bawa bala. La ni…baru tau langit tinggi rendah.

Pada hari Sabtu, sekitar jam 7.30 petang, Jamal telah menalipon seorang rakan baiknya dari Batu Gajah dan memberitahu …”Pakatan Rakyat akan tumbang malam ini!” Dia cukup konfiden perkara ini akan berlaku kerana dia tak tau, kita dah bawak lari ADUN ‘ketiga’. Malam tersebut juga, Jamal sepatutnya hadir membuat sidang media, tapi bila ADUN ‘ketiga’ tak dapat di cekup, sidang media yang dijadualkan berlangsung dirumah Najib diPekan terpaksa dibatalkan.

Sekarang, Jamal tidak lagi berada diPekan tetapi dibawa kerumah seorang rakan baik Ezam diSelangor. Kalau tanya Ghani Haron, mungkin tau kot..sebab Jamal memang kamcing dengan Ghani Haron.

Tak tau la…pasai apa Najib percaya sangat kat Ezam, sedangkan semua rancangan Ezam gagal. Macam mana tak gagal, sebab orang-orang dikeliling Ezam semuanya mulut capui. Tapi nasib baik jugak la…ada orang mulut capui macam GAP a.k.a Perak Bangkit. Memang patut jugak depa ni masuk Umno…boleh jadi informer.

Apa langkah seterusnya? Ezam dah malu. Najib tok sah cakap la. Jadi untuk menebus kemaluan ini, Ezam terpaksa membuat satu lagi ‘media stunt’. Hari Selasa ini, satu sidang media akan diadakan dengan mengumumkan seorang pemimpin PKR akan menyertai Umno. Sapa dia? Fauzi Muda.!

Dia ni sorang lagi orang kuat Hj. Osman. Masa Hj. Osman jadi Ketua PKR Perak dulu, Fauzi Muda jadi Ketua Penerangan. Tapi banyak skandal. Dia dulu Ketua Bahagian Ipoh Barat. Bergaduh dengan Timbalannya..Arjunan. Dulu ada satu kes yang melibatkan Fauzi Muda dan Arjunan. Kat sini.

Sapa yang ada masalah…sapa yang ada kes…call Ezam. Dia boleh selesai dengan bantuan Najib. Lagi pun…Umno memerlukan orang-orang yang ada kes macam ni. Yang bersih dan tak dak kes…semua nak cabut.

Posts Berkaitan:

  1. Dua EXCO Perak: Apa yang berlaku?
  2. Hampir sah..dua EXCO Perak keluar PKR
  3. Kisah AJK JKKK Kampung Sekandang
  4. Dua Exco PKR Perak .. sesenpun tak laku
  5. ADUN PKR ugut keluar parti

Monday, February 02, 2009

Suara Changkat Jering Vol 1

Assalamualaikum, nampaknya Drama politik Malaysia terus panaz & bergelora. Sebagai penduduk Changkat Jering, aku tak sabar nak sambut Pak - Pak Menteri yang akan berkampung di sini tak lama lagi.

Pastinya Dato' Mat Taib yang sampai dulu, masuk kampung keluar kampung, emm ... harap mai kampung aku, jalan kampung baru di tar, mungkin ditar lagi selapis lepas ni.

Aku pun nak tunggu Menteri Kerja Raya, jalan raya kat sini banyak yang 2 lorong, harap2 ditambah jadi 4 lorong, ini baru kemajuan namanya.

Aku pun nak tunggu Menteri Pertanian mai, sawit & getah kitaorang murah sangat, harap dia bagi subsidi, insentif & segala bantuan yang wajar, duit kerajaan banyak lagi kan?

Aku teringin nak jumpa Pak Aji Zahid, nak minta cop dia untuk apply pinjaman bank, maklumlah cop JKKK PR tak laku, pakai cop dia gerenti lulus loan aku!

Untuk Kapten (B) Osman Jailu, aku bengang betul kat hang! Kami dalam PAS dengan berat hati serahkan kerusi DUN Changkat Jering kat hang. Changkat Jering adalah kerusi tradisi PAS & DUN ini mempunyai jentera PAS yang mantap di setiap UPU - UPU.

Kami tetap berjuang dalam PRU-12 yang lalu dengan bersungguh2, alhamdulillah Allah bagi menang, last2 hang buat macam ni.

Kali ini kami akan mengemukakan usul kepada pimpinan atasan supaya PAS diberi amanah bertanding di DUN Changkat Jering. DUN Behrang itu PKR & DAP boleh bincang, harap warga cyber beri komen cadangan aku ini.

Esok, PAS akan memulakan gerak kerja PRK N14 Changkat Jering 2009. Selamat Datang Ke Changkat Jering, buat tuan2 & puan2 & Bapak - Bapak Menteri !!!
Wassalam ... Allahu Akbar !

-abang din

PELANDOK MAIN POLITIK

STRATEGI PALING LICIK ANWAR IBRAHIM?

DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan.

Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” [di sini], memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’.

Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru. Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik.

Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.

Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS.

Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP. Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.

Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama. Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.

Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar. Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya.

Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini.

Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah. Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong.

Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR. Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan.

Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.

Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah.

Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.

Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO.

Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi. Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.

Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini]. Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.

Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.

Fikir-fikirkanlah.

Nur Aflah: Sebelum ini ada yang bertanya, kenapa Nasaruddin masuk PKR dan bukannya PAS? Jawapannya mudah. Pemimpin PAS tidak meminang Nasaruddin.
Dah sign, tapi tak ngaku letak jawatan

1Feb. 12.45pm.
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.

Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.


tu pasal la kalau nak tidur basuh kaki. Takut toyol sign borang. !!!