ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 26, 2009

26/05/09. Selasa.

RAMPASAN KUASA DI PERAK; PEMIMPIN UMNOLAH MENYUSAHKAN, MELAYU SENDIRI.

"Menebus Maruah Bangsa ATAU Menggadai Meruah Bangsa"?



CERITA PASAL TEKUN

Bila sesuatu perkara yang betul kita harus mengatakannya betul, dalam usaha membantu Bumiputera melalui pinjaman TEKUN yang di asaskan setahun yang lalu adalah satu usaha positif dari Kera…jaan bagi membantu peniaga bumiputra meneruskan perniagaan yang di usahakan.

Tetapi apabila bantuan pinjaman yang diberikan tidak mendapat pembayaran balik seperti yang diharapkan maka ianya akan menjejaskan kelancaran tabung itu untuk menyalurkan pinjaman kepada orang lain pula. Jadi persoalannya siapa yang susah…?
KLIK BERITA SETERUSNYA...

May 24, 2009

24/05/09. Ahad.
PRINSIP HAKIM YANG ADIL DAH DITONG SAMPAHKAN

Benarkah tidak ada rampasan kuasa di Perak? UMNO menafikan adanya rampasan kuasa, kerana menurut para pemimpin UMNO semuanya dilakukan menurut prinsip-prinsip demokrasi dan mengikut undang-undang. Tetapi rakyat nampaknya tetap menolak ketetapan UMNO dan sekutunya, kerana menurut rakyat terdapat unsur samseng dalam menentukan prinsip demokrasi tadi. ..KLIK BACA SETERUSNYA...

May 22, 2009

22/05/09. Jumaat.

AHLI UMNO SANGGUP MENTALKINKAN PARTI SENDIRI.

Umno Ditalkinkan Di Sabah

Menggemparkan! Menggerunkan! Bayangkan ahli Umno sanggup mentalkin parti mereka sendiri!

Perkara ini berlaku di sebuah kampung di Semporna, Sabah apabila penduduk kampung yang tidak puas hati terhadap Umno berhubung isu tanah telah bertindak berbaring di atas lantai dan diselubungi dengan bendera Umno sebagai simbol bahawa parti tersebut telah mati.

Kematian tersebut boleh ditafsirkan sebagai kegagalan parti tersebut untuk memperjuangkan hak penduduk kampung berkenaan mengenai tanah milik mereka.

Penduduk kampung juga berdiri dihadapan “mayat” Umno sambil melakunkan bacaan doa untuk parti yang terkujur dipembaringan.

Gambar tersebut diperolehi daripada blog Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin atau dikenali dengan nama Chegu Bard.

Ketika dihubungi Chegu Bard berkata beliau agak terkejut dengan keberanian ahli-ahli Umno tersebut yang telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Umno melalui perbuatan simbolik tersebut.

“Ini menunjukkan Umno telah mati di hati orang Melayu,” komen ringkas beliau.

Semporna merupakan kawasan Parlimen bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

22/05/09. Jumaat.

Keputusan Mahkamah Petang Ini antara Menyelesaikan Krisis di Perak!

Saya yakin ramai yang menunggu dengan debaran Keputusan yang bakal dibuat oleh Mahkamah Rayuan yang dijangka akan dibacakan keputusannya pada 3.30 petang ini. Apakah implikasi keputusan ini kepada Pakatan Rakyat dan Umno@BN? Mampukah keputusannya yang diumumkan menjadi penamat krisis politik di Perak. Kepada Pakatan Rakyat, sekiranya keputusan ini memihak kepada Dato Seri Ir Nizar Jamaludin ia akan membuka laluan untuk memohon mandat serta perkenan Istana untuk membubarkan Dun Perak. Ini dilihat penting untuk menyerahkan hak dan pilihan kepada rakyat Perak untuk menyelesaikan krisis yang berlaku sejak Febuari lalu. Sekaligus keputusan yang mengekalkan Nizar sebagai Menteri Besar akan meningkatkan momentum sokongan serta simpati rakyat bukan sahaja di Perak tetapi juga seluruh Malaysia kepada Pakatan Rakyat. Ia sekali gus member petanda dan membuka laluan pembentukan kerajaan baru selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Sebaliknya jika Umno@BN memenangi kes ini mereka hanya ibarat menang sorak tetapi rakyat bakal menolak mereka dalam pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Rakyat akan tambah meluat dan bakal memberi pengajaran untuk 'membalas jasa' Umno@BN merampas kerajaan Perak secara kudeta. Sistem perundangan Negara akan terus menjadi perdebatan.Rakyat tidak boleh disalahkan dalam hal ini kerana apa yang berlaku dalam sistem kehakiman Negara bermula daripada Isu Pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbbas dan hakim –hakim kanan sehinggalah isu tape Linggam kepercayaan rakyat kepada ketelusan dan keadilan sistem kehakiman dan perundangan Negara semakin terhakis.

Sudah pasti mereka tidak akan membubarkan Dun Perak. Bermakna kerajaan Perak kekal tidak stabil memandangkan pertikaian dan pelbagai kes yang sedang dibicarakan di mahkamah termasuk yang melibatkan Speaker S. Sivakumar.Ini bermaksud walaupun Umno@BN menang atau kalah dalam keputusan Mahkamah Rayuan akan tetap membawa kepada kejatuhan Umno dalam penguasaan senario politik dan pentadbiran dalam kerajaan.

Justeru itu, saya mendoakan agar Allah SWT memberi kemenangan kepada Nizar kerana ia boleh menyelesaikan krisis politik di Perak serta bakal membawa era baru kepada politik baru Malaysia yang lebih adil, demokratik dan berkebajikan.

P/S: Saya mungkin tidak dapat mengulas keputusan Mahkamah Rayuan petang ini kerana sekarang ini berada di Semporna Sabah sehingga 26 Mei ini. Rangkaian broadband di sini agak kurang memuaskan. Mungkin saya akan ulas sebelah malam nanti dengan menggunakan kemudahan wifi di hotel penginapan.

22/05/09. Jumaat.

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
SELANJUTNYA KLIK JE.....
22/05/09. Jumaat.

INNA LILLAHI WAINNA LILAHIRAJIUN


Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah.....
22/05/09. Jumaat.

KALAH ATAU MENANG, SERAHKAN PADA RAKYAT PERAK


Di dalam sesuatu pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Begitu juga keputusan kes YAB Ir.Nizar berkaitan kemelut politik negeri Perak yang akan diumumkan esok, pasti ada yang menang dan ada yang kalah.

Yang kalah akan membuat rayuan dan sebagainya. Menang atau kalah tidak dapat menyelesaikan pertikaian atau kemelut yang berpanjangan semenjak bulan Februari lagi.

Lupakan dulu segala kepentingan diri. Lupakan dulu segala 'maruah'. Lupakan dulu segala dendam kesumat. Lupakan dulu segala ego. Campakkan ia jauh-jauh. Kasihanilah rakyat jelata. Buktikan rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.

Rakyat memberi mandat bukan untuk bersengketa. Mereka memberi undi bukan untuk 'melompat' sesuka hati. Mereka memberi kuasa bukan untuk menyeret manusia seperti menyeret biawak hidup.

Mereka memberi mandat untuk menjaga segala kebajikan mereka. Mereka mengharap mereka yang bergelar Yang Berhormat akan memberi khidmat kepada mereka.

Maka apabila semua ini berlaku, molek sangat, cantik sangat mandat ini dikembalikan semula kepada rakyat agar mereka dapat membuat atau pun memberi mandat baru secara mutlak kepada siapa yang mereka suka dan kepada siapa mereka percaya untuk membangunkan negeri Perak ini.

Pakatan Rakyat telah membukRAKYAT tikan mereka berjaya mentadbir negeri Perak selama lebih kurang 11 bulan dan dapat membuktikan mereka berjaya melakukan apa yang UMNO gagal lakukan selama 50 tahun lebih.

May 19, 2009

19/05/09. Selasa.

SIKAP KOSMETIK BN YANG DITERAJUI 1 MALAYSIA.

Sikap Najib adalah seperti ahli politik bertongkat. Beliau suka membuat kenyataan politik kolot. Politik 1 Malaysia akan memusnahkan pemikiran rakyat atas pagar dan akan menjadi lebih parah lagi jika tidak dibendong.

Rakyat Malaysia harus berpegang pada perinsip asal yang berslogankan, iaitu “bersatu teguh, berpecah roboh”. Pada masa kini semua rakyat kerdil mengalami cabaran hidup dan dugaan ekonomi yang semakin menyempit.

Pada Najib dan konco-koncu beliau, mereka bukanlah memikirkan bagaimana membentuk agar merakyat ekonomi rakyat yang bolih menyatukan berbagai bangsa kepada bangsa yang berdisiplin dan berpelembagaan.

Berbalik kepada pilihanraya kecil di Penanti, sewajarnya pemimpin politik seperti Najib tidak perlu bercakap tentang ekonomi. Rakyat yang waras lebih faham rentak permainan Najib yang bertongkat itu.

APA YANG JELAS IALAH PENGISTIHARAN MEREKA TIDAK BERTANDING IALAH KERANA MAHU MELEKAKAN PR SUPAYA TIDAK MEMBUAT PERSEDIAAN YANG RAPI TERHADAP PILIHANRAYA KALI INI DI SAMPING ADA TUJUAN SUPAYA BERLAKU RAMAI PERSAINGAN DARIPADA CALON BEBAS, DAN PADA SA'AT AKHIR NANTI MEREKA AKAN MASUK JUGA BERTANDING, DENGAN ITU MEREKA MENGHARAPKAN BAHAWA PENGUNDI ATAU PENYOKONG CALON PR AKAN BERPECAH, ATAU KITA AKAN MELIHAT NANTI SALAH SEORANG DARI CALON BEBAS NANTI MENDAPAT SOKONGAN PENUH DARI BN/UMNO, BERERTI JIKA CALON BEBAS MENANG MAKA IA AKAN MENYERTAI UMNO.

LAWAN TATAP LAWAN, PENTING RAKYAT MALAYSIA TERBELA DAN JANGAN MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN. PAKATAN RAKYAT BOLEH!!!.