ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 19, 2008

MB Selangor dijadual umum tindakan susulan Ahad ini


Tanah runtuh: Majoriti penduduk dibenar pulang

KUALA LUMPUR: Majoriti daripada lebih 3,000 penduduk membabitkan lima kawasan, yang dipindahkan ekoran tanah runtuh Bukit Antarabangsa, akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Ia diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor tengah hari tadi.

Bagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ijadual mengumumkan tindakan susulan kerajaan negeri ketika melawat tapak tragedi Ahad ini.

Penduduk kawasan terbabit:

- Keseluruhan blok kondominium Impian Selatan

- Jalan 6A Taman Bukit Jaya

- Keseluruhan Taman Bukit Mewah

- Keseluruhan Jalan 9, Taman Wangsa Ukay

- Jalan 11 Taman Wangsa Ukay

Ketika ditemui wartawan selepas menerima laporan awal di sini sebentar tadi, Khalid berkata, penemuan awal itu adalah berdasarkan siasatan kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Laporan itu diserahkan kepada Khalid pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Khalid berkata, beliau belum lagi meneliti keseluruhan kandungan laporan berkenaan.

Pun begitu katanya, kebanyakan daripada penghuni di lima kawasan sekitar Bukit Antarabangsa itu akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Majlis Daerah Gombak dan Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan meneliti laporan tersebut.

"Saya akan membuat pengumuman apabila melawat kawasan kejadian Ahad ini," katanya di Shah Alam.

Pegawau Daerah Gombak dan Presiden MPAJ akan pergi ke Bukit Antarabangsa esok untuk mengenal pasti rumah-rumah yang akan diklasifikasikan sebagai tidak sesuai untuk diduduki.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

Hasil kajian JKR dan Ikram sebelum ini mendapati kawasan tanah runtuh meliputi 14 unit rumah banglo seluas empat hektar itu tidak selamat untuk orang ramai.

'Drama' serah laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Yang dijangkakan proses penyerahan laporan geoteknikal berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa hari ini akan berjalan 'lancar'.

Sebaliknya, banyak pihak termasuk wakil media terkejut dengan 'drama' yang disaksikan di pusat media di tapak operasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa pagi ini.

Sdiang media yang dijadualkan berlangsung pukul 10 pagi tidak diadakan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Dipercayai ini kali pertama suasana sedemikian dialami dan disaksikan wakil media walaupun kawasan Bukit Antarabangsa pernah dilanda tanah runtuh beberapa kali sebelum ini.

Wakil media yang sudah menunggu sejak awal pagi hairan kerana setelah hampir sejam menunggu tiada pihak yang muncul untuk mengadakan sidang media mengumumkan laporan status keselamatan kawasan kediaman yang dikosongkan.

Apa yang lebih menghairankan Unit media Jabatan Penerangan juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang sidng media oleh mana-mana pihak selepas mereka dimaklumkan sidang media yang sepatutnya diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dibatalkan.

Kira-kira pukul 11.15 pagi, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abd. Jalil Hassan berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah Gombak telah menerima laporan status keselamatan tanah tersebut daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada pukul 10.45 pagi tadi.

Ir. Kamar Kassim, pegawai dari JKR menyerahkan laporan berkenaan kepada Abd. Jalil.

"Saya difahamkan kini Pegawai Daerah Gombak, Husaini Samsi sedang dalam perjalanan ke pejabat Menteri Besar di Shah Alam untuk serahkan laporan tersebut.

"Bagaimanapun saya tak pasti bila sidang media untuk mengumumkan startus itu akan diadakan," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, mStar Online yang menghubungi Pejabat Menteri Besar Selangor dimaklumkan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menerima laporan daripada Pegawai Daerah, Huzaini Samsi tengah hari tadi.

KOMEN MB SELANGOR SEMALAM

Semalam, Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan JKR yang tidak menyerahkan laporan siasatan berhubung tragedi tersebut.

Menurut Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tindakan tersebut amat mengelirukan kerana akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri untuk membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan segera.

"Hal pengurusan tanah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh dan diharapkan agensiagensi kerajaan bersikap lebih profesional dalam mengendali perihal tragedi ini," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan berkenaan dan bersedia untuk mengguna pakai setiap kaedah yang dirasakan perlu.

Kenyataan itu turut menyebut kerajaan negeri dan semua agensi terlibat juga akan terus memantau keadaan kawasan tanah runtuh serta memberi jaminan untuk meneruskan usaha supaya nasib mangsa kejadian tanah runtuh akan terbela.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

No comments: