Tiga negeri di bawah Pakatan Rakyat telah membuat cadangan tidak akan menggunakan kereta Proton V6 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri kerana mendakwa kos penyelenggaraannya tinggi. Mereka ingin memastikan kerajaan negeri memperoleh nilai sebenar bagi setiap pembelian dibuat. "Toyota Camry adalah pilihan tetapi apabila tiba masa untuk menukar kereta, kami akan mendapatkan kereta yang paling ekonomikal dan syarikat mana yang boleh memberi pilihan terbaik," kata salah seorang pemimpin dari PR sambil menyifatkan kereta nasional sebagai teruk.
Sebenarnya rakyat negara ini ramai lagi yang tak tahu bahawa kereta Toyota Camry boleh diperolehi jauh lebih murah harganya dari sebuah kereta Produa Kancil. Baru-baru ini difahamkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dari Selangor, Perak dan Kedah telah berlepas ke Vietnam untuk membeli Toyota Camry jenis santai dan sekarang mereka ke sana untuk membuat ujipandu mengikut kesesuaian cuaca dan jalanraya di Malaysia.
ERTI BERMARTABAT
Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
Dec 20, 2008
ALANGKAH BAIKNYA KERETA SANTAI UNTUK EXCO PR
KULAT: Kelihatan kereta Toyota Camry sedang dipandu uji kesesuaiannya sebelum dibawa masuk ke negara ini pada tahun hadapan. Nampaknya pihak kerajaan BN/UMNO perlulah menutup mulut dan isu tidak perlu diungkit lagi apabila kerajaan Pakatan Rakyat benar2 menjaga kepentingan wang rakyat dengan hanya membeli separuh sahaja badan kereta Camry.
No comments:
Post a Comment