Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kini menyambut 'Hari Lahir' nya yang ke 83. Semoga beliau terus sihat sehingga ke akhir hayat. Rakyat terus menyanjung (Bapa Pemodenan) beliau yang telah banyak meninggalkan jasa untuk negara. Namun disebalik jasa beliau, hati ini terusik jua bila kenangan lalu kembali menyapa. Peritiwa MEMALI menyayat hati, lantaran kesedihan menusuk kembali. Peristiwa pahit menjangkau 23 tahun berlalu. Yang terkorban mempertahankan agama. Tidak kurang juga di pihak keselamatan arahan atas orang yang berkuasa. Apa yang pasti wanitanya kini menjadi balu. Anak-anak mereka terus yatim hilang tempat mengadu. Akibat kuasa, sehingga kepada berbunuh. Kesalnya tidak terhingga, serangan dilakukan di sebuah kampung yang dihuni oleh majoritinya SEBANGSA dan SEAGAMA.
1. Memali: Kebenaran Yang Samar, Pendustaan Yang Tersembunyi (sila baca di sini)
2. Peristiwa Memali 1985 (sila baca di sini)
2. Peristiwa Memali 1985 (sila baca di sini)
KULAT: Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas mereka yang terkorban mempertahankan Agama Allah SWT. Tidak dilupa juga kepada anggota keselamatan yang terkorban atas arahan tugas dari kerakusan kuasa pemimpin yang mengaku menjunjung agama yang sama. 23 Tahun sudah berlalu, namun kes MEMALI masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment