Sedapat mungkin saya tidak mahu menderhaka kepada raja. Tetapi, tolonglah Tuanku, berlaku adillah kepada rakyat. Rakyat bertanggungjawab kepada raja. Raja juga mesti bertanggungjawab dan adil kepada rakyat.
Rakyat tidak akan menderhaka kepada raja selagi raja tidak menderhaka terhadap sumpahnya untuk membela rakyat berlandaskan keadilan, kesucian dan keagongan Agama Islam.
Tuanku, ramai rakyat yang miskin, susah dan menderita. Apalah ertinya seorang raja hidup mewah kaya raya dan penuh bergaya, kalau rakyatnya ramai yang derita hidup sengsara.
Ingatlah wahai pemimpin dan ke bawah Duli Tuanku. Hang Tuah bukan pembela rakyat jelata kerana dia menurut kehendak raja yang menderhaka dan menzalimi rakyatnya. Hang Jebat bukan penderhaka kerana dia pembela rakyat jelata.
Tuanku, jadikanlah negeri Melaka sebagai iktibar. Hilang kesultanan angkara kezaliman raja dan pembesarnya. Raja berfoya-foya, rakyat menderita. Pemimpin merompak harta, rakyat hidup melata. Akhirnya sultan entah ke mana, negeri tergadai jua. Melaka menerima bala, perogol dan perompak menjadi ketua.
Tuanku,
Saya, Mohd Sofi, bertanggungjawab terhadap titipan saya ini dan mohon penjelasan. Kenapakah penjenayah ini Tuanku bela?. Apakah hanya kerana raja maka Tuanku boleh berbuat sesuka bicara? Lupakah Tuanku kepada kekuasaan ALLAH Yang Maha Esa?
KUALA LUMPUR, Dec 18 - Former police chief Tan Sri Rahim Noor is getting paid an allowance based on his last drawn salary despite his pension being forfeited after he was convicted of assaulting Datuk Seri Anwar Ibrahim in 1998, Datuk Seri Nazri Aziz revealed in Parliament today.
Nazri, who is Minister in the Prime Minister’s Department, said Rahim began receiving the alimentary allowance after appealing to the Yang DiPertuan Agong.
“The allowance is the prerogative of the Crown and is based on the IGP’s last drawn salary,” Nazri told reporters after debating the Pensions (Amendment) Bill 2008.
His shocking revelation came after Pakatan Rakyat lawmakers objected to Datuk Ismail Abdul Muttalib’s (BN-Maran) claim that Anwar is drawing a pension for his service to the country. Anwar was assaulted on Sept 20 1998 after he was detained under the Internal Security Act. He was earlier sacked as deputy prime minister on charges of corruption and sodomy.
Anwar, who made his parliamentary comeback in August after a thumping victory in the Permatang Pauh by-election, angrily refuted Ismail’s statement by saying that he had not been paid a sen “while in jail”.
M. Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) then stood up and declared that “man who beat the former Deputy Prime Minister was paid a pension but the victim did not receive a sen”.
Tuanku, salahkah sekiranya RAKYAT rasa tertipu dan bangkit memberontak?.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Rasulullah sallallahu aleihi wassalam, kaum keluarga serta para sahabat.
Ya ALLAH, dikesunyian dan hening malam ini hamba MU bermunajat kepada MU, wahai ALLAH.
Ya Rabb, sesungguhnya pemimpin dan raja-raja kami dibentengi oleh peraturan dan undang-undang yang mereka tegakkan sendiri tanpa menuruti hukum yang telah ENGKAU amanahkan dalam kitab suci MU, AL-Quran Nur Karim.
Sesungguhnya kudrat kami tidak mampu menentang kezaliman yang dilakukan terhadap kami tanpa bantuan dan redha MU, Ya ALLAH.
Wahai ALLAH, bantulah kami dengan kekuasaan MU yang tidak pernah pudar. Amin Ya Rabbal Alamin
:::
December 19th, 2008 at 2:53 am
Salam sdr. ku.
YDP Agong manakah yang begitu bangap? Masih tidak mengenal yang mana najis yang mana susu? Bukankah duit bayaran untuk si anjing kepala busuk itu datangnya dari rakyat yang dikatakan hina dina ini?
Apakah seluruh rakyat yang membayar cukai menghalalkan secara membuta tuli untuk dibelanjakan pada tempat yang tidak sepatutnya?
Maafkanlah, suasana semakin hari semakin meluat.
December 19th, 2008 at 4:49 am
Webmaster…tolong beri tahu para pembaca blog Kerajaan Rakyat berapakah sabenar nya elaun(ehsan) yang dibayar kepada Rahim Nor..olih rakyat Malaysia kepada sipuaka tua ini…salam !!
December 19th, 2008 at 8:59 am
aa.saya nak tanya adakah artikel di atas betul-betul di hantar ke Yang dipertuan agong…
saya rasa bagus juga dihantar kerana yang dipertuan agong mempunyai kuasa mutlak melantik perdana menteri yang beliau suka…sebab itulah saya tidak anwar ibrahim berjaya membuat undi tidak percaya ke atas umno dan seterusnya melayakkan dirinya menjadi perdana menteri…kerana sesungguhnya yang dipertuan agong berhak menolak permintaan anwar unuk menjadi PM dan seterusnya melantik siapa yang beliau rasa bertanggugjawab….
akhir sekali saya berharap artikel di atas benar-benar di hantar ke yang dipertuan agong setelah diedir sedikit supaya lebih sopan dan terus ke matlamat asal artikel tanpa belit-belit…maksud saya tambah sikit lagi isinya supaya lebih pertanyaan dan harapan dapat dipanjangkan kepada tuanku…jika berjaya ini adalah usaha yang baik kerana tuanku bebas dari politik dan mampu membuat keputusan yang adil dan harus diterima oleh rakyat….
December 19th, 2008 at 9:01 am
ohh lupa
lu pikir la sendiri
December 19th, 2008 at 10:42 am
Papahal pon bg saya Raja atau Sultan pon akan dapat pembalasan setimpal jika membela kezaliman dalam pengetahuan Tuanku. Sekiranya kita membaca sejarah realiti di blog2, pasti akan mengetahui kenapa Raja2 dan Sultan sekarang kurang bersuara membela nasib rakyat dan hanya menjadi puppet PM.
December 19th, 2008 at 11:57 am
saya sokong penuh artikel ini… tapi adalah lebig bagus kalau ia di hantar kepada majlis raja2 atau terus ke Tuanku Mizan
December 19th, 2008 at 3:09 pm
Kalau saya anak kepada raja-raja saya pun malas nak layan. Kenapa? kerana blog tidak boleh dipercayai. Ada masa boleh cari awek makan angin, buat anak, clubbing
December 19th, 2008 at 5:06 pm
salam sklian sahabat.
………
ape peduli…
December 19th, 2008 at 6:46 pm
Cayalah cikgu sofi…dulu hantar surat rayuan ke PM, yang ni pula ke YDA. Syabas. YDA pun celek IT gak..pasti utusan ini sampai kepengetahuan tuanku. Besarlah harapan rakyat jelata agar tuanku dapat menilai dan mengambil keputusan yg terbaik dalam permasalahan ini. Setakat ini rakyat jelata masih percaya dan hormat pada system beraja yg diamalkan dinegara ini. Diharap keadilan dapat diketengahkan untuk kebaikan semua.
TETAPI jika tuanku gagal berlaku adil..nescaya kepercayaan dan kesetian rakyat jelata akan sedikit terhakis dan terluka...luka yg kecil ini jika tak dirawat akan membesar, bernanah dan berkuman yang mana akan menjangkiti rakyat yg lain dan akan mengakibatkan ketidak senangan rakyat jelata….jika lambat dibendung ditakuti penderakhaan terhadap tuanku akan berlaku..
RAJA ADIL AKAN DISANJUNG
RAJA ZALIM PATUT DITENTANG.
December 19th, 2008 at 8:37 pm
Lazimnya tindakan Agong adalah berdasarkan nasihat PM. Persoalannya ialah sama ada PM memberi nasihat atas pertimbangannya sendiri atau atas desakan ’seseorang’. Jika atas desakan ’seseorang’, siapakah gerangannya ’seseorang’ itu?
Apapun, bayaran kepada Rahim adalah sejajar dengan undang-undang Malaysia yang sangat unik itu di mana pencuri tidak akan dihukum, yang dihukum ialah orang yang menangkap pencuri! Lihatlah dalam kes Lim Guan Eng yang dihukum 18 bulan penjara kerana cuba membela budak perempuan Melayu yang dirogol oleh Rahim Tamby Chik. Rahim Tamby Chik si-perogol bersiri itu pula terlepas kerana begitulah uniknya undang-undang Malaysia yang cenderong melindungi pencuri tapi menghukum mangsa pencurian!! Apa peliknya, kerana Malaysia adalah benda ajaib keenam di dunia selain dari 7 benda ajaib yang telah diiktiraf dunia. Ha…ha…ha…