ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 20, 2008

Sebahagian maksud yang ada pada lambang PDRM.

POLIS TIADA KUASA.....

1. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis tidak dapat mengambil tindakan terhadap Ayah Pin setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya. "Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa Hassan. sumber:malaysiakini:92993.
2. Manakala Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pula menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada pihak polis supaya jangan menahan Ayah Pin yang dikesan pulang ke negara ini, dari Selatan Thai, baru-baru ini. Sehubungan itu, JHEAT berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai laporan yang mengatakan jabatan tersebut tidak membenarkan polis menahan Ayah Pin. sumber:malaysiakini:92991.
3. Sementara itu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini membidas Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) yang disifatkannya tidak proaktif dan lemah dalam bertindak.
"Kenyataan di atas menimbulkan polimek di kalangan masyarakat berkaitan dengan pihak-pihak berwajib menangani isu yang melibatkan kesongsangan agama Islam di negara ini. Dua pihak berwajib yang menangani isu Ayah Pin ini mempunyai kuasa dan diberi kuasa yang cukup untuk bertindak. Namun hal ini tidak dapat dilakukan atas sebab2 dua kuasa yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu 'membanteras'. Sekiranya kedua2 pihak ini saling bekerjasama, masalah isu Ayah Pin sudah lama berakhir."
Kulat: Dalam hal ini, kita bukan nak mempersoalkan kuasa yang ada pada PDRM. Nanti komen lebih2, tak pasal2 kena seret pulak ke balai macam rakan2 blogger kita yang dah merasa pengalamannya. Namun sebagai rakyat Malaysia 'hak' bersuara dan 'pandangan' tidak boleh diketepikan begitu saja. Cuba kita sama-sama fikirkan di sini, siapa kuasa paling berkuasa sekali dalam menguatkuasakan undang2 di negara kita ini? Sudah tentu pihak polis kerana ianya diletakkan dibawah atas "Perintah Yang DiPertuan Agong". Manakala JHEAT hanya di bawah kuasa kerajaan negeri. Jadi kuasa polis boleh diperluaskan untuk kes-kes tertentu khususnya melibatkan kesonsangan Agama Islam negara ini. Jadi kesimpulannya polis sepatutnya boleh bertindak mengatasi kuasa JHEAT serta bertepatan dengan lambang yang ada pada pihak polis itu sendiri iaitu "sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah".



Maksud Bulan dan Bintang

Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Maksud Mahkota
Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.



No comments: