Sime Darby dilaporkan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memperoleh pegangan dalam syarikat yang mengendalikan Institut Jantung Negara (IJN) yang kini merupakan pusat perubatan jantung utama di rantau ini. Pihak kerajaan pula dilaporkan tidak menghalang hasrat Sime Darby Bhd untuk menguasai pegangan dalam IJN. Namun begitu ada juga beberapa pihak yang tidak bersetuju terhadap cadangan Sime Darby untuk membeli kepentingan dalam IJN, yang dimiliki 99.99 peratus oleh Kementerian Kewangan. Cadangan Sime Darby itu menimbulkan banyak polemik dari berbagai pihak sekiranya pusat itu dijadikan milik swasta, bayaran perubatan akan menjadi lebih tinggi dan tidak akan dapat dinikmati lagi oleh golongan miskin.
Apakah nasib golongan miskin seperti ini akan terus menikmati faedah hasil penswastaan IJN?
KULAT: Umumnya di negara ini telah banyak projek yang diswastakan telah mengakibatkan bayaran perkhidmatan terus meningkat dan hari ini memang terbukti di mana tidak ada satupun projek yang diswastakan perkhidmatan bayarannya menurun malah semakin meningkat. Jadi ini sudah tentu ianya akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah apatah lagi bagi mereka yang tergolong dari miskin tegar. Akhirnya mereka (golongan miskin) ini nanti semakin jauh terpinggir dari tanggungjawab sosial pihak pemerintah dan degup jantung merekapun terus semakin lemah.
No comments:
Post a Comment