ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 13, 2008

Laporan penuh tragedi Bukit Antarabangsa 3 bulan lagi


KUALA LUMPUR: Laporan penuh berhubung tahap keselamatan di kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa akan diketahui dalam tempoh tiga bulan manakala laporan awalnya akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata, laporan itu akan disediakan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) yang akan melakukan kerjakerja pemantauan pergerakan tanah di kawasan tersebut dan mengenalpasti punca terjadinya tanah runtuh selain mengesyorkan beberapa kerja pembaikan.

Mohd Zin berkata, CKC sedang menentukan kaedah kerjakerja pembersihan yang akan dilaksanakan setelah operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan Khamis lepas.

"Namun, kerja-kerja pembersihan ini agak rumit dan sukar kerana terdapat takungan air pada cerun yang runtuh.

"Ia berpunca daripada hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lepas," katanya kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat kejadian tanah runtuh itu, hari ini.

Tragedi tanah runtuh Sabtu lepas itu telah meranapkan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa serta mengorbankan empat nyawa.

Zin berkata, kerjakerja siasatan tapak dan pemetaan kerosakan akan bermula minggu depan.

Beliau juga berharap penduduk di taman-taman terlibat bersabar bagi memudahkan siasatan dijalankan sebelum sebarang notis sama ada kediaman mereka selamat didiami semula dikeluarkan.

"Kerja-kerja ini mengambil sedikit masa kerana ia memerlukan siasatan dan kajian terperinci.

"Ia tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana jika tersalah perhitungan kejadian yang sama boleh berulang," katanya.

Beliau turut meminta agar spekulasi atau andaian mengenai tahap keselamatan cerun di kawasan itu dihentikan.

CKC melibatkan 30 anggota JKR dan turut dianggotai beberapa agensi dan pakar lain termasuk Jabatan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPs), Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tiga pakar luar. BERNAMA

Larangan ditarik, kakitangan awam Melaka boleh lawat Kelantan

11 dec 2008. JUMAAT.

KOTA BAHARU: Kerajaan Negeri Melaka hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan April 2000 yang melarang semua kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara itu berkata, larangan itu ditarik balik berikutan beliau berpuas hati dengan sikap pemimpin PAS yang tidak lagi menuduh anggota Umno sebagai tidak Islam.

"Bermula hari ini agensi kerajaan negeri Melaka boleh mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan tanpa sebarang masalah dan berpuas hati tidak ada lagi kenyataan orang Umno tidak Islam.

"Bukan itu sahaja Ketua Menteri Melaka sendiri telah datang ke sini hari ini, sebelum ini ada kita ada datang tetapi bukan atas nama kerajaan negeri tetapi parti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Pada April 2000, Mohd Ali mengeluarkan arahan semua kakitangan agensi kerajaan negeri Melaka dilarang mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan berikutan isu kafir mengkafir ketika itu. BERNAMA