ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 17, 2009

6/ LAPORAN POLIS TERHADAP PM DAN PENGERUSI SPR

IPOH, 17 Feb. :- Dua Laporan Polis telah dilakukan sebentar tadi oleh ADUN Titi Serong atas nama Pengerusi kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengenai dua kenyataan berasingan oleh Pengerusi SPR dan Perdana Menteri sebentar tadi di Balai Polis Pekan Baru Ipoh sebentar tadi.

Beliau ditemani oleh ADUN Pakatan Rakyat , Wong Kah Woh (Canning), Lim Phek Her (Menggelebu),dan Siva Subramaniam (Buntong) serta penyokong Pakatan Rakyat Lain.
CERIA... Reaksi Elizabeth Wong di pekarangan Ibu Pejabat PKR selepas selesai mengadakan sidang media pagi tadi.

5/YB DINASIHATKAN BERCUTI

[DIKEMAS KINI, 7 PETANG] PETALING JAYA: Elizabeth Wong, yang telah memutuskan untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan ekoran tersebarnya gambar separuh berbogel sejak beberapa hari lalu, diambil keterangan oleh polis sebentar tadi.

Beliau memberikan kenyataan di pejabat peguamnya di sini kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan yang pihaknya telah mendapatkan keterangan daripada wakil rakyat berkenaan.

Wong telah membuat laporan di Balai Polis Damansara Ahad lalu.

Beliau menemui polis kira-kira enam jam selepas muncul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah "menolak" hasrat Wong untuk meletakkan jawatan.

Sebaliknya mereka meminta beliau memikirkan semula sambil mengambil cuti selama satu tempoh yang belum ditetapkan.
sumber mStar

4/Wakil Rakyat yg kerusi bernama BUKIT membawa masaalah.....









Adun Bukit Lanjan mengesahkan akan meletak semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia mengadakan pilihan raya kecil serentak di kerusi bernama "Bukit" - termasuk Bukit Lanjan di Selangor jika ada kekosongan.

Sambil tidak menolak kemungkinan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya boleh mempertimbangkan pilihan raya kecil di ketiga-tiga kerusi Bukit Lanjan, Bukit Selambau dan Bukit Gantang serentak awal April ini.

"Kemungkinan jika wujud kekosongan... tetapi sehingga kini belum ada kekosongan (secara rasmi)," kata beliau

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Dublin Unting (gambar) 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai meninggal dunia awal pagi tadi.


3/Elizabeth Wong meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.
bm version bukit lanjan state seat 170209


Selepas dua hari didedahkan penyebaran gambar dan video separuh bogel, Elizabeth Wong hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Keputusan itu dijangka membuka laluan kepada pilihan raya kecil ketiga tahun ini selepas Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Pendiriannya itu, pada sidang media pukul 11.40 pagi tadi di Ibu Pejabat PKR di sini.

"Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pengundi kawasan, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sahabat dan masyarakat umum".

Demi kepentingan parti, saya menawarkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan," katanya dengan nada sebak manakala penyokong-penyokongnya pula mendesak beliau menarik balik keputusannya.

Beliau akan berbincang dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) untuk mengaturkan penyerahaan tanggungjawab dengan penuh hemah.

Berjanji terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan di Malaysia," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Menteri Besar Selangor memohon menghadap Sultan Selangor hari ini untuk membincangkan permohonan perletakan jawatan Adun Bukit Lanjan yang juga Exco kerajaannya, Elizabeth Wong.

Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, beliau akan memaklumkan perkara ini kepada Sultan dan memohon pandangan baginda mengenainya.

Wong, 37 tahun dan masih bujang, di Ibu Pejabat PKR kelihatan ceria, tetapi sebak ketika membacakan kenyataannya.

Penyokong beliau membawa sepanduk dan poster menyatakan sokongan moral kepada beliau sambil berulang kali menggesa agar tidak meletakkan jawatan.

Naib Presiden PKR, R. Sivarasa pula berkata, pihaknya menerima keputusan Wong dengan berat hati tetapi bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.

Dimaklumkan telah menerima surat penawaran untuk meletakkan jawatan sebagai Exco dan juga Adun dari Eli pagi ini.

Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin(Cik Gu Lee) dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth.

PR bersedia menghadapi pilihan raya kecil di Perak, di Kedah dan juga di sini di Selangor".Wong membacakaan halaman kenyataan dan tidak menjawab sebarang soalan daripada wartawan.

2/JALAN KELUAR UNTUK SULTAN PERAK DAN ISTANA

Dalam setiap kesempitan tentu ada jalan keluar....

Baginda Sultan Perak sememangnya sangat dihormati rakyat dan disegani dikalangan Raja-raja Melayu. Akan tetapi tindakan DYMM Tuanku dalam isu perlantikan MB Perak yang terbaru ini nampaknya kelihatan seperti DYMM Tuanku 'berpihak' kepada BN walaupun DYMM Tuanku pada hemat saya cuba mengambil keputusan terbaik untuk menstabilkan pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Dalam isu ini samada DYMM Tuanku memihak kepada BN atau PR tidak timbul. Apa yang berlaku ialah DYMM Tuanku kelihatan 'seolah2' memihak kepada BN walaupun saya yakin DYMM Tuanku tidak bermaksud begitu. Sebagai rakyat biasa saya juga akan nampak 'seolah2nya' begitu dan itulah yang menjadikan rakyat kecewa dan sebahagiannya menyatakan kekecewaan mereka dengan peristiwa perhimpunan di masjid itu. Perlu diingat bukan semua yang kecewa dengan keputusan itu hadir kerana masih ramai lagi yg kecewa dengan keputusan DYMM Tuanku tidak menyatakan bantahan secara jelas tetapi meyimpan perasaan itu sehingga satu masa yang sesuai untuk diluahkan..... Klik...


1/BERAPA BUKIT LAGI DAAAAAA.
PERMAINAN POLITIK KOTOR MEMERENCATKAN EKONOMI NEGERI.
ADAKAN PERATURAN BERTANGGUNGJAWAB DARI SPR MENANGANI POLITIK KOTOR YANG DIPERMAINKAN OLIH UMNO.

Elizabeth Wong adakan sidang media 11 pagi ini

Pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan dua pertemuan penting - peringkat negeri dan pusat malam tadi - bagi membincangkan nasib Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa skandal pengedaran gambar bogel.

Satu mesyuarat diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam, dihadiri wakil-wakil rakyat negeri itu manakala pertemuan susulan dipengerusikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

Kenyataan berupa "memikul tanggungjawab" akan dikeluarkan oleh PKR hari ini.

Difahamkan Wong juga hadir dalam pertemuan dengan Anwar dan menjelaskan isu berkenaan.

SMS yang diterima awal pagi ini memaklumkan Wong akan mengadakan sidang media khas di Ibu Pejabat PKR pukul 11 pagi ini.

Susulan kedua-dua pertemuan tersebut, difahamkan Wong yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor diberikan opsyen untuk dipertimbangkan termasuk melepaskan kedudukannya itu.

"Mesyuarat mengambil kira bahawa isu tersebut merupakan soal peribadi beliau, tetapi kini ia menjadi isu umum.

"Oleh itu, dan memandangkan beliau mengakui gambar-gambar itu adalah diri beliau, maka pemimpin PKR merasakan beliau wajar mengambil tanggungjawab dari sudut moral.

"Justeru, kepimpinan PKR dijangka akan mengeluarkan kenyataan 'bertanggungjawab' hari ini,"