ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 2, 2009

02/06/09. Selasa.

TAK BOLEH SALAHKAN SESIAPA, TETAPI ADA SEBAB-SEBABNYA.


Gambar dari Malaysiakini.

Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini. Lapor Malaysia kini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancil dan empat buah motosikal tertimbus.


Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya. Malaysiakini.
02/06/09. Selasa.

SIKAP SPR... KOMPONEN BN15

SEMASA PILIHAN RAYA BATANG DAN BUKIT SPR BERTEGAS MENEGAK BENANG BASAH DGN MENGATAKAN TARIKH PILIHAN RAYA PERLU JUGA MELIHAT KESESUAIAN PIHAK YANG BERTANDING , KALAU ADA MESYUARAT KITA CARI TARIKH LAIN AGAR TIDAK MENGANGGU PIHAK ATAU PARTI YG BERTANDING......

ITU KALAU UMNOLAH.

PRK MANEK URAI MEMECAH TEMBELAN SPR SEBAGAI KONPONEN BN15. HARI PENAMAAM CALON ADALAH PADA 6/6 2009. PADA TARIKH ITU PAS SEDANG MUKTAMAR DI SHAH ALAM.