ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 12, 2009

BERITA VIDEO.12 March 2009

Pengakuan nyata oleh Timbalan Menteri Kebajikan Masyarakat mengenai diskririminasi BN terhadap PR yang mengakui wakil BN diberikan peruntukan khas.


sumber - greenboc

Polis Didesak Jangan Double Standard



Malaysiakini.tv

Azmin provokasi lagi Dr Khir Toyo (video) - Malaysiakini



Lagi..

“Ceramah Pun Kena Bergaya” - Akhil Hayy





Ahli Parlimen Ranau digantung sidang



LAgi..
Seloka Tok Guru Nik Aziz Ke Batang Ai



Kuala Terengganu

'Altantuya' Gamatkan DUN Selangor



Kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.
KOS TAMBANG UDARA KHAIR TOYO LEBIH RM 300.000.00

SHAH ALAM: Kos tambang perjalanan udara bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ke luar negara dari September 2001 hingga Januari tahun lepas berjumlah RM349,134 yang melibatkan 21 perjalanan.

Antara destinasi luar negara yang dikunjungi oleh beliau ialah London, Bangkok, Beijing, Los Angeles, Dubai, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata statistik itu berdasarkan rekod waran perjalanan udara yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar.

Bagaimanapun jelas beliau, jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta lain-lain kos yang berkaitan masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar, katanya menjawab soalan Mohamad Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Azmin bertanyakan jumlah kos perjalanan Menteri Besar ke luar negara yang ditanggung oleh kerajaan negeri bermula dari tahun 2000 hingga sekarang dan siapakah ejen yang menguruskan hal perjalanan Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, ejen yang terlibat bagi menguruskan perjalanan udara Khir ialah Green Adventure Holidays Sdn Bhd manakala ejen-ejen lain yang terlibat masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar.

Semasa menjawab soalan tambahan Mohamd Azmin sama ada terdapat hubungan kekeluargaan antara Dr Mohamad Khir dengan Green Adventure, beliau berkata pihaknya tiada bukti untuk mengaitkan bekas Menteri Besar itu dengan syarikat ejen perjalanan itu.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri telah membuat satu keputusan melantik syarikat pelancongan Tourism Selangor Sdn. Bhd untuk menguruskan perjalanan bagi pihak kerajaan negeri.

Bagaimanapun bagi mengelakkan amalan monopoli dalam hal ini, kerajaan negeri juga mengalualukan ejen-ejen perjalanan lain untuk turut serta.

Namun, Abdul Khalid berkata:"Tapi setakat ini kita dapati kebanyakan Exco lebih berminat untuk membeli tiket secara dalam talian terutama syarikat penerbangan AirAsia kerana kos yang tinggi jika melalui ejen."

Mstar.

WAHAI PANGLIMA RASUAH.. KENAPA PERLU MENYOALSIASAT PARA BLOGGERS JIKA ANDA DI PIHAK YANG BENAR?

"Walau seberapa banyak sekalipun Askar, Polis atau pengawal Istana digaji untuk melindungi & menjaga Tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak & aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan Aspirasi Rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari Istana ke Muzium Seni & Budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.
-
Walau seberapa ramai mana sekalipun Pegawai Risik 'dikerah' oleh PAT & konco-konconya untuk menyoalsiasat para Bloggers serta Pegawai/Anggota ATM yang kononnya mempunyai hubungan dengan WIRA DAMAI, namun tiada satupun yang akan dapat mengatasi semangat serta aspirasi Warga ATM untuk melaksanakan REFORMASI. InsyaAllah, cahaya serta semangat perubahan yang ditunjangi Aspirasi Rakyat pasti akan menerjah masuk ke segenap penjuru Wisma Pertahanan tidak berapa lama lagi.
-
Justeru WIRA DAMAI ingin mencabar Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat & konco-konconya yang dikaitkan dengan salahguna kuasa & jenayah rasuah agar mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dikehendaki oleh Pekeliling Kerajaan Persekutuan. Kita mahu mereka isytiharkan harta & jangan berdolak-dalih lagi. Ini penting untuk membuktikan pemimpin ATM bersih dari sebarang penyelewengan, rasuah & salahguna kuasa seperti yang telah menjadi bahan mulut semua orang.
-
PAT & konco-konconya tidak boleh sekadar bercakap kononnya mereka Mendokong Aspirasi Rakyat namun tidak berani untuk mengisytiharkan harta masing-masing.
Jika PAT & konco-konconya tidak berani untuk mengisytiharkan hartanya bermakna mungkin mereka bermasalah, sebab itu tidak berani untuk berbuat demikian. WIRA DAMAI mengikuti dengan penuh minat perkembangan yang berlaku hari ini termasuk dengan apa yang telah berlaku di Kem Sungai Besi semalam & hari ini.
-
WIRA DAMAI juga sangat tertarik dengan pengumuman Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini yang memaklumkan kepada umum bahawa Menteri Besar & EXCO-EXCO Kerajaan Negeri akan mengisytiharkan harta masing di dalam laman web Kerajaan Negeri Selangor bermula esok.
-
WIRA DAMAI ingin benar melihat sejauhmana kejujuran para Panglima yang ada di dalam ATM samada adakah mereka memiliki sikap "Kewajipan, Maruah & Integriti" ataupun tidak?. Jika PAT & konco-konconya tidak berbuat demikian, maka janganlah disalahkan tanggapan negatif rakyat yang membayar cukai kerana rakyat setiap hari melihat tindak-tanduk mereka.

Dato Seri Anwar Ibrahim kini berhadapan dengan pertarungan dan percaturan politik semakin sengit apabila SPRM 'membersihkan' Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Ghani Patail dari salah guna kuasa dengan memalsu bukti isu 'mata lebam' DSAI.

Perkara ini diumumkan oleh Datuk Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di parlimen hari ini.

"Setelah mengkaji dengan teliti dan mendalam, majoriti ahli-ahli panel memperakukan bahawa Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara dan Tan Sri Musa Datuk Haji Hassan, Ketua Polis Negara tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah sepertimana yang didakwa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim," kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM juga berpendapat tidak wujud sebarang kes jenayah terhadap kedua-duanya.

Menurut SPRM, panel tersebut terdiri daripada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan, yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguamcara Negara.

Mereka ialah bekas hakim Mahkamah Rayuan Dato' Abdul Kadir Sulaiman dan Dato' Mohamad Noor Abdullah serta bekas hakim Mahkamah Persekutuan Dato' Wira Mohd Noor Ahmad.

Ini bermakna kedua-duanya terutama Ghani kini 'bebas' dalam mengendalikan kes Liwat 2 yang melibatkan DSAI. sebelum ini Pak Lah telah mengarahkan Musa dan Ghani tidak terlibat dalam perbicaraan tersebut berikutan laporan salah laku keduanya yang dikemukakan oleh DSAI kepada SPRM.

Namun begitu, pada pandangan saya keputusan 'panel bebas' masih belum mampu mengikis tanggapan bahawa Musa dan Ghani tidak terlibat dalam memalsukan bukti isu 'mata lebam' DSAI.

Pertama panel ini dilantik oleh Peguam Cara Negara yang merupakan 'orang bawahan' kepada Peguam Negara. Walhal dalam kes ini yang sedang disiasat ialah Peguam Negara. Beranikah orang bawahan 'lawan tokey'? Sepatutnya dalam kes berprofil tinggi satu suruhanjaya diraja ditubuhkan dan bukannya 'panel bebas' ini.

Kedua, dalam situasi SPRM kebelakangan ini didakwa bersekongkol dengan BN dan UMNO seperti kes MB Selangor dan di Perak serta mewujudkan penyiasatan dan pendakwaan 'terpilih'maka pengumuman SPRM 'membebaskan' Ghani dan Musa sebenarnya akan menguatkan teori bahawa SPRM turut terlibat dalam konspirasi untuk memburukan dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.