ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 26, 2009

26/12/2009. Sabtu.

UMNO MAKIN JADI SASAU, BUKAN NAK MEMIKUL AMANAH RAKYAT.

Mengapa dan kenapa umno terlalu sibuk pasal parti PAS bersama Pakatan Rakyat? Kenapa pulak umno mencampuru urusan PAS. Apakah selama ini umno, membantu rakyat disamping setiap kerusi yang dimenangi PAS? PAS yang begitu ramai penyokong dan tidak boleh dinafikan pada rumpun melayu, cina, india dan kaum orang asli.

Umno kononnya mempertahankan hak melayu untuk bersatu. Dimana prinsip umno yang selama ini, langsung tidak mencerminkan untuk semua kaum bersatu. 50 tahun umno memengang tampuk negara Malaysia, sudahkah melayu dilayan dan dimemertabatkan sepertimana Islam yang mejoritinya melayu, dan melayu itu menjadi sifat contoh yang baik pada semua bangsa serta dihormati?

PAS bukan parti kebangsaan songsang dan sempit macam Umno. Semenjak tahun 1990 sampai sekarang orang Melayu Kelantan terus dianaktirikan oleh Umno. Hanya kerana di sana PAS berkerajaan. Orang Melayu di negeri Umno berkerajaan juga tidak kemana pun.

Kalaulah di negeri Penang sekali pun, BN memerintah pada yang lepas, melayu dimana kedudukannya pada masa itu?

Umno tidak perlu menjadi sasau mempertahankan melayu kerana PAS itu melayu. PAS bukan parti melayu, tetapi PAS adalah parti untuk semua iaitu Melayu, Cina maupun India serta orang Asli. Dan PAS itu adalah sebuah parti berperlembagaan yang mengikut garis panduan yang beretika. Penonjolan PAS yang telah dipersetujui dalam perlembagaan yang sah salah satunya “ keahliannya hanya penganut Islam sahaja boleh mendaftar keahlian.” Ini tidak bermakna PAS menidakkan hak bukan Islam.

Tidak perlulah umno nak menjadi hero untuk melayu, kononnya “ mempertahankan hak melayu”. Perlembagaan Malaysia sudah cukup memberi erti untuk melayu dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua kaum yang berada diMalaysia yang mengaku sebagai rakyat Malaysia.

Hanyar petit kata-kata dari bolger penyokong PR yan boleh memperkukuhkan minda kita yang MERDEKA iaitu;-

PAS tidak boleh mengikuti jejak Umno. Jejak yang memusnahkan, bukan sekadar masa depan PAS tetapi masa depan kepada harapan rakyat Malaysia.

Hayatilah 3 perkara yang bermakna untuk rakyat Malaysia.

Pertama, PAS tidak boleh menjadikan agenda Melayu sebagai asas perjuangannya, seperti Umno. Apabila PAS dapat tegak dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan, pasti tiada yang terpinggir dan teraniaya, baik Melayu atau sesiapa sahaja.

Keadilan melangkaui batas bangsa. Teras kepada keadilan ialah memulangkan hak kepada yang berhak. Orang Melayu ada haknya, sama seperti orang lain. Bukan membela namanya, apabila pembelaan itu dilakukan atas nama bangsa dengan mengenepikan nilai-nilai keadilan sejagat.

Paksi PAS adalah keadilan dan keadilan juga adalah paksi Islam.

Kedua, PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno. Mana mungkin PAS bekerjasama dengan parti yang memijak mahkamah, memperkosa sistem demokrasi, melontar jauh-jauh kemanusiaan rakyat.

Institusi utama negara yang mana satu yang tidak pernah dinodai oleh Umno? Sebut sahaja; SPR, SPRM, polis, mahkamah, parlimen atau mufti?

Negara ini hanya mampu menjadi baik apabila dikendali oleh golongan yang menjulang keadilan.

Benar, parti-parti sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat ada kelemahan dan kesilapan masing-masing. Namun kelemahan dan kesilapan mereka tetap ada batas sempadannya. Memang ada masanya mereka bercakap ‘lepas’, tetapi mereka tidak pernah menzalimi orang lain.

‘Say no to Umno’.

Ketiga, PAS tidak boleh curang terhadap Pakatan Rakyat. Dalam ungkapan lain, kesetiaan PAS terhadap Pakatan Rakyat tidak boleh berbelah bagi.

Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS, satu persetiaan yang harmonis terjalin seperti persetiaan yang terhasil semasa konvensyen yang lalu. Akui Anwar, BN sendiri tidak mempunyai dokumen persetiaan dasar seperti yang dimiliki Pakatan Rakyat.

Persetiaan itu bukan sekadar helaian kertas, tetapi persetiaan yang tersimpul harapan rakyat. Mencabuli persetiaan itu sama seperti mencabuli harapan mereka.

Agenda Melayu, bekerjasama dengan Umno dan curang dalam persetiaan dalam Pakatan pasti meruntuhkan PAS. Kita yakin, itu tidak akan berlaku kini dan akan datang juga.

PERINGATAN PADA PENYOKONG UMNO.

TIDAK PERLU MENJADI KAMBING HITAM UNTUK MENGHANTAR MEMORANDOM KEPADA PESURUHJAYA PAS SELANGOR. PAS TIDAK AKAN MENERIMA MEMORANDOM ITU. PAS TELAH MELALUI PENGALAMAN DAN TIDAK MAHU LAGI BAGAIKAN PISANG BERBUAH DUA KALI.

PAS sudah ada perlembagaan sendiri dan lebih kukuh dalam ikatan bersama Pakatan Rakyat. Umno tidak perlu seperti hidung tak mancong, pipi tesurong-surong untuk menjadi PENASIHAT kepada PAS.