ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jul 8, 2010

LIM GUANG ENG @ UMAR ABD AZIZ HE HE HE,,,PKR MAMPOS..........


Lepas Kg Pokok Asam, Kg Tengah pula kena di Penang

PAP /DAP style lebih kurang sama bagi memecahkan undi Melayu dengan menghapuskan kawasan-kawasan melayu mana-mana yang berkelompok termasuk Kampung melayu. Di Singapura, kampung melayu yang tinggal telah diberikan jalanraya yang baru mengantikan jalan kampung. Amatlah seronok penduduk melayu pada masa itu. Setelah jalanraya siap dibina maka kami pun menerima notis berpindah dan diberikan pampasan untuk keunit rumah flat yang berbeza kawasan antara jiran-jiran melayu. Barulah sedar bahawa jalanraya yang baru adalah senjata memecahkan undi kelompok undi melayu. Ini akan berlaku di Pulau Pinang. Undi kelompok melayu dipisahkan agar undi Melayu lemah.
Baca berita di bawah:

Belum pun selesai masalah kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini yang cuba diusir pemaju lima hari lalu, kini sebuah lagi kampung Melayu di kawasan sama bakal mengalami nasib serupa. Kira-kira 100 buah rumah yang dihuni kira-kira 450 penduduk di Kampung Tengah yang terletak bersebelahan Kampung Jalan Pokok Asam bakal dibangunkan untuk projek komersial oleh sebuah syarikat pemaju lain dalam waktu terdekat.

Pihak pemaju menawarkan pampasan wang tunai sebanyak RM70,000 bagi setiap rumah yang terlibat dan mengarahkan penduduk mengosongkan kediaman masing-masing serta keluar daripada kawasan tersebut. Seperti juga penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, mereka diberikan notis tiga bulan dan tawaran pampasan sebanyak RM70,000. Wang yang diberikan tidak mampu untuk membeli sebuah rumah pun di negeri ini. Tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 sebuah oleh pemaju dari Kuala Lumpur.

Katanya, ia jelas dapat dilihat menerusi nasib yang menimpa enam kampung lain di kawasan itu yang kini sudah dibangunkan dengan projek komersial sekali gus menindas penduduk asal Melayu yang sudah tinggal berpuluh tahun di kawasan itu. Kampung Melayu di kawasan Jelutong ada 13 dan enam daripadanya telah dimajukan untuk tujuan pembangunan komersial. Penduduk asal kampung tersebut telah disisihkan dan hilang begitu sahaja apabila wang pampasan yang diberikan tidak mampu membeli rumah yang dibina pemaju.

Maklumat yang diterima menunjukkan bukan hanya enam kampung sudah 'tergadai' dan dua bakal menerima nasib sama, tetapi terdapat lagi beberapa perbincangan sedang diatur pemaju di perkampungan lain. Mereka ingin memajukan kawasan ini, namun yang menjadi mangsanya adalah penduduk kampung itu apabila mereka diusir dari tanah sendiri.