ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 12, 2009

12/12/09. Sabtu.

BERSIFAT JUJUR SEMASA MEMERINTAH @MENERAJUI JAWATAN DALAM KERAJAAN

Hanyar menghormati kenyataan terbuka MB Kedah yang berbunyi "MEMINTA RAKYAT TEGUR KESILAPAN KERAJAAN NEGERI". Inilah sikap kerajaan klik sini , Dari Rakyat Kepada Rakyat. Rakyat memberi undi kerana yakin pada parti itu, dan rakyat juga berhak menegur jika kesilapan pemimpin yang lakukan.

Inilah lesen yang dikeluarkan oleh MDKLgt selepas berlaku kebakaran dan telah melakukan terang-terang kerja salah. Lesen dikeluarkan pada 1 jan 2009 hingga 7 julai 2009. Bayar lesen 8 julai 2009. Lesen ini dilihat bersama penguatkuasa MDKLgt pd 9 Des 2009. Tiada pula lesen sambungan 8 julai 2009- 31 Des 2009 diajukan. Agaknya tiada lesen kut? Klik pd 2 gambar dibawah untuk zoom dan teliti dimana tarikh lesen itu boleh dipertikaikan.

Inilah produk yang dimaksudkan pada lesen diatas. Hanya orang yang tidak mengenali semen sahaja berkata benar semen. Perlesenan dan penguatkuasa tak kenal, dan siapa yang kenal ini bukan semen? YDP kut sahaja yang kenal. Diingatkan YDP perlu bertanggungjawab.



Apa yang Hanyar nak katakan disini, di Kuala Langat amat berlainan sepertimana MB Kedah berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman.

Di Kuala Langat, ada segelintir pimpinan parti politik yang tidak cerdik, takut pula bila rakyat mengherdik apabila kesilapan mereka ditegur. Oleh kerana kelembapan mereka sebagai pemimpin, ketua-ketua jabatan langsung tidak menghormati kedudukan jawatan mereka. Baik dari wakil rakyat, peng. JKK, ahli majlis dan yang lain. Bukan semua pimpinan. Tetapi kerana nila setitik, rosak air dikuala.

Bersejarah dan perlu menjadi iktibar untuk lebih tegas dalam menjawad jawatan dengan kesungguhan menerajui tanggungjawab mengendalikan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.

Perkara ini berlaku di Kg Tg12, yang ahli majlis kurang perihatin dengan tanggungjawab. Mengakibatkan masaalah pencemaran alam sekitar, tercemar akibat kilang yang beroperasi secara haram sejak awal tahun 2008. Kilang itu bermaharaja lela beroperasi, akibat ahli majlis tidak tegas dan kaki tangan kerajaan negeri (MDKLgt) cuba terlepas pandang masaalah aduan penduduk.

Mengikut fahaman Hanyar kilang itu memang tidak boleh langsung beroperasi selagi kerja-kerja pembinaan tidak siap sepenuhnya.

Kesalahan yang nyata nampak, ciri-ciri keselamatan pada penduduk berdekatan dan pekerja yang bekerja dikilang itu amat tidak selamat.

Kesalahan-kesalahan itu seperti berikut;-
1- Kontraktor binaan masih tidak siapkan kerja binaan sepertimana dlm pelan yang sah.
Oleh kerana tidak mengikut kehendak pelan, hanya ada rumah paip bomba, tetapi tidak boleh diguna. Buktinya telah berlaku kebakaran seperti Klik sini tetapi tidak ada tindakan dari pihak berkuasa tempatan(PBT).
2- Boleh pula pihak berkuasa berkuasa tempatan(PBT) mengeluarkan lesen yang tidak berkenaan dengan apa yang kilang itu beroperasi.
3- Dan banyak lagi kalau dicari kesilapan/ kesalahan. Yang Hanyar nampak, penguatkuasa hanya mengeluarkan beberapa saman sahaja kepada kilang itu.

Beberapa hari yang lalu, salah seorang ahli majlis zon 11, memikul tanggungjawab membantu keluhan penduduk, walaupun bukan kawasan zon beliau. Dan tindakan itu menjadi kelan kabut apabila penduduk hendak berpiket. Oleh kerana kebijaksanaan beliau, hasrat penduduk menyambut baik atas nasihat ahli majlis itu. Pada malam itu juga majlis dailog bersama penduduk berlangsung, tetapi kilang tetap beroperasi. Padahal hari lawatan bersama ahli majlis dan ketua jabatan yang bertanggungjawab telah menarik semula lesen yang diberi. (ketua jabatan membuat pengakuan pada hari lawatan itu).

Kalau direnung mengapa boleh terjadi begitu? Bagaimana pula, kalau Hanyar berkata telah berlaku korap disini.

Pandai-pandailah anda yang membaca berita ini dan membuat keputusan.