ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Aug 27, 2010

AlFatihah untuk Isteri Sdr Nasrom Tan Abdullah

Sudah Jatuh Ditimpa tangga. ALLAH LEBIH MENYAYANGI BELIAU.


Hari ini Sdr Nasrom Tan diselubungi sedih atas kematian Isteri tersayang yang lama telah sakit. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi 26 ogos 2010 dikampong tanah air asal di Tanjong Balai Indonesia.
Malangnya pula, Sdr Nasrom Tan juga sakit dan tidak dapat melihat mayat Isteri buat kali terakhir. Kini sdr Nasrom Tan tinggal bersama Hanyar sejak beliau keluar dari Hospital. Beliau masih lemah dan kini bergantung kekuatan dengan bekalan ubat hospital.
Beliau juga kini sebatang kara tanpa keluarga. Sakit beliau untuk berjalan perlu dipimpin, mandi, buang air perlu dibantu.
Pada sesiapa yang ingin melawat saudara Nasrom Tan bolehlah datang dialamat, Vila Penawar, Bt17, Jln Banting Klang, Kg Sg Sedu. 42700 Banting Sel.

Aug 19, 2010

TANGGUNGJAWAB AHLI MAJLIS YANG TERLEPAS PANDANG JUGA PERLU DIPANTAU.

Sepertimana kenyataan MB Selangor hari, adalah amat baik tetapi perlu diperhalusi lagi untuk lebih memantapkan PBT. Banyak Ahli-ahli Majlis yang tidak faham tugas-tugas dan t/jawab mereka. hanyar difahamkan kursus begitu kerap bagaikan cendikiawan. Tetapi bila menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis langsung tidak tahu apa sebenar tugas/tanggungjawab mereka.
Contoh seperti diKuala Langat, harta Majlis Daerah tidak dipantau oeh mereka.Bangunan kedai MDKLgt banyak terbiar tanpa disewa kepada yang benar-benar ingin berniaga. Ada penyewa yang tertunggak hingga beribu-ribu RM, seperti tutup mata. Juga ada penyewa memberi sewa kepada orang ketiga(3). Dimana silapnya Ahli Majlis ini?. Ketua jabatan pula seperti lebih berkuasa daripada Ahli Majlis.
Pendapat Hanyar, perlulah Ahli Majlis ini dipilih dengan teliti dan benar-benar iklas untuk kepentingan rakyat.
Bagi Hanyar, peranan Ahli Majlis kepada PBT, amat besar dan tinggi martabat mereka kepada Kerajaan pemerintah itu.
Ingat.... Jangan sehingga rakyat berkata, " Ahli Majlis PBT dari Kerajaan PR sama macam BN, memaksa untuk dapat jawatan dan salah guna kuasa". Pada dua(2) penggal yang lalu banyak kesan yang tidak baik nampak dimata rakyat marhain. Dan masih KEKAL pula memiliki jawatan itu. Bila nama tersingkir, guna TANGAN-TANGAN HITAM diperingkat atasan. (jelas dan ada fakta).
Surat Sokongan Dikeluarkan Ahli Majlis PBT Akan Diaudit - MB Selangor

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berkata surat sokongan yang dikeluarkan oleh ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan diaudit bagi memastikan tiada kes salah guna kuasa berlaku.
Beliau berkata audit berkenaan akan dijalankan oleh Jabatan Audit Negeri bermula di Majlis Perbandaran Klang (MPK) minggu ini.
Laporan lengkap mengenai audit itu juga akan disiarkan kepada orang awam bagi memberi peluang kepada mereka menilai sendiri mengenai surat sokongan yang dikeluarkan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, Rabu.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata sesi dialog bersama rakyat akan diadakan di semua 12 PBT bagi mendapatkan respons, cadangan dan pandangan orang ramai berhubung Pelan Hala Tuju Selangor bagi tahun 2011-2013.
Sesi dialog itu akan bermula pada 21 Ogos ini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan berakhir pada 6 Sept depan di Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Aug 15, 2010

JANGAN JADIKAN MEREKA SEBAGAI MEMALUKAN ISLAM


Mualaf Cina Terbiar Di Beri Pembelaan.

Wajah terbaru seorang Mualaf Berbangsa Cina bernama Nasrom Tan bin Abdullah, 53 tahun mengalami sakit sejak 2 tahun yang lalu. Telah memeluk Ugama Islam sejak 6 tahun lalu. Berkahwin dengan wanita Indon. Dan Isteri beliau balik keNegeri asalnya kerana sakit dan tidak mampu hidup bersama  sejak beberapa bulan lalu. Tiada pekerjaan dan daif.
Tinggal dikawasan perumahan mejoriti kaum cina yang bukan Islam sejak memeluk Islam dan mendapat penghinaan dari mereka. Dimaklumkan juga biasa dibaling daging babi didpn rumah. Beliau selalu bersangka baik dan mengadu kpd Hanyar untuk kebaikan pegangan Ugama barunya. (Hanyar baru mengenali beliau dari rakan pada sebulan yang lalu).
Hari ini 15 0gos 2010 bersamaan 05 Ramadzan 1431H menjadi sejarah kepada beliau tinggal dikampong  mejoriti kaum melayu. Untuk tindakan menyenangkan hati semua, tindakan terbaik Hanyar bersama rakan membuat keputusan untuk pindahkan beliau kerumah sewa baru di Lot 3753, D4, Jalan Murai, Batu 9, kebun baru Sejangkang. Kadar sewa rumah sebulan RM 300.00.
Permohonan untuk bantuan Zakat, beliau memohon sejak beliau sakit. Dan  baru sebulan mendapat bantuan bulanan RM 400.00 dari Zakat Selangor setelah didesak.
Diharap dapatlah penduduk di DUN Sejangkang menerima kehadiran beliau untuk bermastautin disitu. Jadikanlah beliau  keluarga baru kepada penduduk Kebun Baru serta berilah tumpuan perhatian kebajikan . Kini beliau hidup sebatang kara dan tidak mempunyai isteri dan anak.




Aug 11, 2010

KAMERA TANPA PENGETAHUAN MB, APA MAKSUDNYA?

Kamera tersembunyi dijumpai di pejabat MB S'gor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.

Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.


Aug 7, 2010

X PKR BERSAMA YB SENATOR EZAM SEMPENA LAWATAN DI KARANGKRAF&SINAR.

KUNJUNGAN MESRA DAN SESI DIALOG.

Lawatan Hanyar bersama YB Senator Ezam dan rakan rakan XPKR amat bermakna dan semasa sesi dialog  berbagai soalan yang diajukan, dapat merungkai permasaalahan politik dimomokkan oleh orang orang politik baik berparti dan yang tak berparti.
Turut hadir bersama dalan lawatan itu Kak Min dari Penang, Datin Saidatul dari Sabah serta rakan-rakan lama dalam keADILan.

Prinsip Hanyar adalah ;-

Manusia lumrah melakukan kesalahan
dan sebaik-baik orang yang melakukan
kesalahan ialah mereka yang cepat-cepat
bertaubat
~ Riwayat Ahmad & Tarmizi


Datuk memberi penerangan prinsip makalah sinar harian adalah Telus dan Neutral


Gambar sebelah kiri sdr Shahharuddin bersama Pegawai grafik Selangor(Sdr Zul) yang telah bayak memberi penerangan bagaimana setiap berita diterima dan disunting.


Gambar-gambar kiri dan kebawah, semua kawasan lawatan dalam operasi Akbar Sinar Harian yang di beri taklimat oleh pegawai Sinar/karangkraf sdr Hashim serta pegawai pegawai yang lain.






















Aug 6, 2010

Membezakan di antara Dasar Ekonomi Baru (DEB, atau NEP dalam bahasa Inggeris) dan Perkara 153.

Apakah yang dimaksudkan dengan “hak-hak Melayu” dan dimana termaktubnya hak-hak ini?

Adakah ianya adil dan sah sekiranya sesuatu kaum mengapropriasi “hak” yang melebihi daripada apa yang diperuntukan dalam Perlembagaan?

Baru-baru ini, terdapat cadangan untuk memansuhkan diskaun bumiputera bagi hartanah mewah. Dan seperti biasa, hero-hero Melayu akan menggoncang pedang dan menghentakkan kaki kerana kononnya “hak-hak istimewa” Melayu telah sekali lagi tergugat.

Saya faham politik. Politik adalah seni membohong dan menipu, seni mengkritik dan menepis kritikan. Apa yang ahli politik luahkan adalah tidak lebih dari retorik dan janji-janji manis, yang menjadi topeng kepada agenda tersendiri ahli politik tersebut. Tetapi apa yang saya tidak boleh terima adalah politik perkauman, lebih-lebih lagi yang jauh terpesong daripada kedudukan sebenar. Maka apabila ahli politik atau hero-hero ini berdegar-degar bercerita tentang “hak-hak Melayu,” saya rasa terpanggil untuk menjawab.

Retorik “hak Melayu” ini semakin menjadi-jadi sejak akhir ini. Malahan, jika diteliti, ia mula mendapat sambutan sejak pilihanraya umum 2008. Sesetengah pihak, dalam usaha mereka untuk terus menjadi releven, telah memilih untuk menggunakan retorik ini sebagai bahan politik mereka. Selalunya ahli politik sedemikian adalah ahli politik picisan yang tidak mempunyai nilai-nilai yang mencukupi untuk mengangkat mereka daripada gred C atau B kepada gred A. Dengan memainkan isu seperti yang penuh emosi seperti ini, mereka akan lebih mudah mendapat sambutan.

Dikatakan bahawa hak orang Melayu kian terhakis. Tergugat. Cauvanis Cina sedang bersengkol dengan agen asing untuk menawan negara dan menjadikan Malaysia sebagai Singapura. Orang Melayu perlu bersatu untuk menghadapi ancaman ini. Orang Melayu perlu bersatu untuk “mempertahankan hak-hak Melayu.”

Tetapi apa itu “hak-hak Melayu”? Rakyat semakin cerdik. Meraka mahukan dalil jika berhujah tentang sesuatu perkara. Tidak cukup untuk berkata bahawa “Melayu ada hak.” Orang akan bertanya, di mana datangnya hak itu? Untuk memberi legitimasi kepada hujah mereka, pelopor retorik ini mencekup “dalil” mereka daripada Perlembagaan Persekutuan.

“Hak-hak Melayu seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan!” jerit mereka. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjadi peruntukan keramat kepada mereka. Ia menjadi selimut luas yang melingkupi segala apa yang mereka katakan sebagai “hak Melayu.”

Malangnya, rakyat masih belum celik Perlembagaan. Rakyat mungkin mahukan dalil, tetapi masih tidak menyemak samada dalil yang disajikan adalah benar. Apabila ahli-ahli politik ini menggunakan Perkara 153 sebagai dalil mereka, ramai yang percaya. Lagipun, sudah terbukti bahawa sekiranya sesuatu perkara itu diulang berkali-kali, orang ramai akan mempercayainya lama kelamaan. Propaganda 101.

Saya tidak ingin menyelami Perkara 153 di sini. Saya percaya ramai komentar dan penulis di luar sana yang telahpun menukil rencana tentang peruntukan ini. Cukuplah di sini bahawa Perkara 153 memperuntukan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak dalam perizaban quota dalam beberapa perkara seperti perkhidmatan awam, lesen dan biasiswa. Perkara 153 ini tidak boleh dimansuhkan atau dipinda dengan sewenang-wenangnya oleh Parlimen dan perlu persetujuan daripada Majlis Raja-Raja. Maka momok bahawa Perkara 153 ini adalah dalam bahaya jika Melayu tidak bersatu adalah tidak lebih daripada bohong yang dicanang oleh sesetengah pihak.

Lebih penting lagi, kita harus membezakan di antara Dasar Ekonomi Baru (DEB, atau NEP dalam bahasa Inggeris) dan Perkara 153. Ramai orang telah keliru atau sengaja mengelirukan antara keduanya, walhal satu hanyalah dasar nasional dan satu lagi adalah peruntukan Perlembagaan. Menukar, memansuhkan atau meminda DEB tidak bermakna mencabar Perlembagaan.

Berbalik kepada pemansuhan diskuan kepada bumiputera dalam pembelian rumah. Banyak pihak berhiruk dan berpikuk yang kononnya ini adalah salah satu daripada “hak istimewa orang Melayu” yang “tidak harus dicabar.” Tetapi adalah terang lagi bersuluh bahawa diskaun ini adalah dasar yang diperkenalkan oleh DEB dan tidak ada kena-mengena dengan Perkara 153. Tidak langsung terlakar dalam Perlembagaan bahawa orang Melayu berhak mendapat diskaun dalam membeli rumah.

Samalah juga pemberian tender kepada kontraktor Melayu bukanlah sesuatu peruntukan Perlembagaan yang menjadi hak tetapi sesuatu dasar di bawah semangat DEB. Dan walaupun Perkara 153 mempunyai peruntukan tentang perizaban kuota dalam biasiswa dan pendidikan, ia tidak pula menyatakan bahawa mana-mana universiti atau kolej hanya boleh membawa masuk pelajar bumiputera. Hujah sesetengah pihak bahawa universiti tertentu adalah “benteng terakhir” kaum bumiputera tidak boleh dipertahankan dengan merujuk kepada Perlembagaan.

Inilah masalahnya. “Hak Melayu” telah dipesongkan untuk meliputi pelbagai perkara yang langsung tidak berlandaskan Perlembagaan. Ada ahli politik, dalam membantah pemilihan hakim-hakim melalui suruhanjaya, berhujah bahawa ini akan membolehkan seorang bukan Melayu untuk menjadi Ketua Hakim Negara. Ada pula ahli politik yang berkata bahawa pemindahan kuil Hindu kepada kawasan majoriti Melayu adalah bertentangan dengan Perlembagaan. Bahkan, ada juga mengatakan bahawa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah serangan ke atas “institusi-institusi Melayu.”

Sejak bila pula perlantikan Ketua Hakim Negara, penentuan tempat-tempat ibadat dan PDRM menjadi sebahagian daripada “hak-hak Melayu” yang terkandung di dalam Perlembagaan? Dan jika Perlembagaan tidak mempertukannya, dari mana pula datangnya apa yang disebut sebagai “hak”?

Secara dasarnya, saya tidak mempunyai masalah dengan usaha memartabatkan orang Melayu. Tidak salah sekiranya bantuan diberikan kepada orang Melayu yang memerlukannya. Sekiranya tidak bersetuju dengan pemansuhan diskaun bagi rumah mewah, berikan alasan mengapa tidak bersetuju secara rasional dan telus. Jangan bersandarkan retorik “hak Melayu” yang tidak mempunyai asas. Jangan membakar sentimen perkauman demi agenda politik yang sempit.

Perlembagaan kita telah mencapai keseimbangan di antara kepentingan pelbagai kaum di dalam negara ini. Oleh itu, tidak adil dan tidak sah sekiranya sesuatu kaum mengapropriasi “hak” yang melebihi daripada apa yang diperuntukan dalam Perlembagaan.

Sudah tiba masanya kita, sebagai rakyat biasa, mencelikkan mata kita kepada Perlembagaan. Kita harus memperkukuhkan diri kita dengan konsep keperlembagaan, tentang hak dan tanggungjawab. Kita tidak boleh biarkan ahli politik dan pihak-pihak berkepentingan untuk memperalatkan kita, melaga-lagakan kita dan memperbodohkan kita dengan omong-omong dusta. Hanya apabila kita mempunyai pemahaman barulah kita boleh bezakan yang hak dan yang batil.

Aug 5, 2010

MENGAPA TAKUT MENGHADAPI PERBICARAAN.

 MERDEKA SEBAGAI MP SAH, TETAPI TAKUT KEPADA PERBICARAAN DI MAHKAMAH.

Peguam Azhar Azizan Harun yang mewakili Zaid berkata beliau kecewa dengan keputusan itu.

Katanya, beliau juga mempunyai senarai nama-nama penerima rasuah berkenaan tetapi berpendapat untuk mendedahkannya apabila perkara itu dibawa ke perbicaraan sepenuhnya.


Mahkamah Pilihan Raya hari ini membenarkan permohonan ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bagi membatalkan petisyen yang difailkan oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Hakim mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed, yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya berkata petisyen yang difailkan itu adalah cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori. Beliau sehubungan itu mengisytiharkan Kamalanathan sebagai ahli parlimen Hulu Selangor yang sah.

Aug 4, 2010

PROGRAM PEMUTIHAN MASAALAH SOSIAL


AHLI PARLIMAN BERSAMA HANYAR MELAWAT SERTA MENYELESAIKAN MASAALAH YANG TERLEPAS PANDANG

Lawatan yang telah dirancang dan hari ini, di sekitar Kampong Sungai Sedu Kuala Langat amat bermakna. Dan beberapa perkara dapat diselesaikan. Masaalah utama iaitu sosial ekonomi serta berbagai telah diketahui sendiri oleh Ahli Parliman serta Penguasa Tadbir Pejabat Ugama Islam.















Bergambar bersama pengadu yang diberhentikan kerja tanpa dibayar pampasan dan EPF tidak dibayar setelah gaji dipotong.(bekerja sejak lebih 15 tahun).

Gambar bawah, bersama pegawai pej ugama K.Lgt melihat sendiri masaalah ibu tunggal yang menumpang dirumah usang serta terbiar. Turut serta bersama mantan Ketua AMK Cabang K.Lgt (sdr Shahharuddin)
Sumbangan juga dapat diberi dan semua masaalah yang diperlukan telah dapat diambil tindakan.







Aug 3, 2010

Kerajaan Negeri Pimpinan Pakatan Rakyat Sedia Berdepan Dengan Tindakan Mahkamah

KHIR TOYO DAN SYABAS, RAKYAT SELANGOR MENDERITA.

Kerajaan Selangor mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM8 bilion berikutan kecuaian bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr  Mohamed Khir Toyo dalam merunding perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Sebaliknya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedia berdepan dengan tindakan mahkamah  berikutan keengganan memenuhi perjanjian konsesi yang memerlukan tarif air dinaik hingga membebankan rakyat.

Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Dr Khir Toyo sebelum ini menandatangani perjanjian konsesi  air dengan Syabas yang membenarkan syarikat itu menaikkan tarif mengikut tempoh tertentu.

Mengikut perjanjian, Syabas dibenar menaikkan tarif sebanyak 37 peratus pada 2009,25 peratus (2012), 20 peratus (2015), 10 peratus (2018) dan lima peratus (2021).

Akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang melampau jika kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air.

Malah, kerajaan negeri tidak gentar berdepan ugutan saman 1 bilion ringgit yang difail Syabas walaupun syarikat ini mendapat sokongan kerajaan Pusat.

Ini kerana kerajaan Selangor lebih mementingkan rakyat yang layak, mampu menikmati hasil dari dasar termasuk pemberian diskaun, insentif dan sebagainya.

Dalam kenyataan media, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin menganggap Dr Khir Toyo patut berasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat keranan kecuaiannya menghalang rakyat menikmati perkhidmatan air yang lebih baik.

"Rakyat Selangor berhak mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir Toyo seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam tatacara mentadbir negeri ini," kata Faekah.
Faekah  juga mengulangi gesaan supaya dokumen perjanjian air dan laporan audit didedah kepada umum supaya rakyat tahu hal sebenar dan hal ini wajar dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Langkah wajar bagi mendedahkan penganiayaan Umno BN terhadap rakyat melalui  pemberian konsesi ini kepada syarikat kroni, akan diteruskan bagi memberi kefahaman kepada rakyat.

Aug 1, 2010

AMANAH YANG DITUNTUT OLEH ISLAM

ABDULLAH SANI? YA ABDULLAH SANI BERSAMA HANYAR

Pada 4 ogos 2010, Hanyar bersama MP Kuala Langat akan menemui penduduk Kg Sungai Sedu yang mengadu berbagai masaalah tertunda dan Insyallah akan dapat dirungkai apabila A/Parliman turun padang. Masaalah yang menjadi perhatian adalah soal sosial yang sebelum ini terlepas pandang.
Hanyar mengharapkan apa saja yang dilaksanakan adalah t/jwb sebagai pemimpin serta lebih-lebih lagi beliau adalah ahli Parliman diK.Lgt. Amat rugi jika rakyat memilih beliau utk melaksanakan amanah dan ada pula, tangan-tangan kotor merosakkannya. Hanyar tidak merasa bersikap berdendam, malah terbuka untuk beribadah utk rakyat marhain khasnya utk K.Lgt. Prinsip Hanyar adalah ;-

Manusia lumrah melakukan kesalahan
dan sebaik-baik orang yang melakukan
kesalahan ialah mereka yang cepat-cepat
bertaubat
~ Riwayat Ahmad & Tarmizi

 Sebelum ini telah beberapa kali MP ini bersama Hanyar melakukan kerja amal dan mendapat kejayaan dan berhemah. Alhamdulillah.