ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 12, 2010

BEBAS KRITIK DAN SANGGUP DIKRITIK....

Friday, February 12, 2010

Kenyataan Media

KENYATAAN MEDIA

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN

PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) NEGERI PULAU PINANG

Selepas kritikan yang tidak berasas kepada Ketua Umum parti iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, kita memang menjangka Dato Seri Zahrain akan keluar dari parti. Justeru keputusan ini tidak sesekali mengejutkan kita walaupun kita kesal dengan kenyataan yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh Dato Seri Zahrain.

Sebenarnya cabang beliau sendiri telah menghantar surat untuk berjumpa dengan beliau tetapi beliau tidak berani bersemuka dengan anggota-anggota cabangnya sendiri. Ini bermakna beliau tidak mempunyai pengikut di cabang beliau sendiri. Malah cabangnya sendiri bercadang untuk membuat undi tidak percaya kepada beliau. Ini sekaligus membuktikan beliau tidak mempunyai pengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang malah di cabangnya juga.

Dato Seri Zahrain sekarang bebas untuk membuat kritikan kepada Pakatan Rakyat kerana beliau tidak lagi terikat dengan permuafakatan Pakatan Rakyat namun Dato Seri Zahrain mesti ingat bahawa ahli-ahli parti juga kini bebas membuat kritikan kepada beliau tanpa sebarang sekatan.

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN

12 FEBRUARI 2010


Sent from my iPhone

DIMANA SILAPNYA DSAI?

INI LAH MUKA YANG DIPUJA-PUJA OLEH SEMANGAT PENANG AKHIRNYA ALLAH SAJA YANG TAHU!!!!!!!!!!

Bukan senang nak menempuh dugaan untuk memerintah Malaysia dengan berbagai kerenah ahli-ahli Parliman. Walau apapun, hakikat sebenar perlu DSAI terima dengan redha dan bersabar. Lebih-lebih lagi dalam siri vidio ini terkelihatan mantan setia agong PKR. Mengapa ia terjadi begitu?
Kepada semua penyokong-penyokong PKR janganlah merasa mengelabah dan jika mendengar berita-berita yang tidak sahih serta perlulah rujuk pada pucuk pimpinan dibahagian masing-masing.