ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 2, 2009

ISU ROKOK! MEMBAZIR WANG RAKYAT DAN KERAJAAN.

Isu rokok bukanlah satu polimik baru untuk diperdebatkan.Pelbagai langkah telah di ambil bagi menyelesaikan perkara ini namun kebanyakan darinya tidak berhasil. Mengapa?

Pihak kerajaan sendiri tidak pernah jemu dalam menghadapi kemelut ini.Sejajar dengan itu,larangan penjualan rokok kurang daripada 20 batang akhirnya berkuatkuasa pada 1 Jun tahun hadapan sebagai satu lagi usaha.

Bukanlah kerana 20 batang berada dalam kotak remaja yang masih bersekolah tidak dapat membeli. Berbagai cara untuk mereka dapatkan. Memantau dikedai-kedai runcit yang menjual secara buka dan jual sebatang-sebatang adalah tidak munasabah, kerana ia boleh diputar belitkan dengan berkata terlepas pandang.

Pendapat Hanyar untuk selesaikan isu rokok ini kepada tidak terus menjadi kesukaan kepada remaja merokok, amat mudah dan lebih berkesan adalah, turunkan saja harga rokok serendah-rendahnya. Barulah pengusha kilang rokok akan tutup kilang.

Daripada itu juga ada risikonya kepada kerajaan pada hari ini , pengusaha kilang rokok perlu dipantau sehalus-halusnya. Kilang-kilang ini perlu berada dizon Kastam. Rakyat nampak benar pengusaha kilang rokok ini tidak jujur kepada kerajaan. Iaitu pengeluaran yang banyak tidak sama dalam rekod. Isunya cukai kepada kerajaan tidak dapat dipungut.

Kerajaan wajib teliti cara pengeluaran penghantaran kegedong-gedong rokok. Kerajaan sekadar mengeluarkan kenyataan lapok dan menghabiskan wang kerajaan kerana hendak nasihat rakyat tidak merokok. Pada masa yang sama kerajaan dan kesihatan rakyat terabai dan hanya menguntungkan pengusaha kilang rokok sahaja.

Rakyat marhain rata-rata tidak bersetuju dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak jujur menangani isu ini.