ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 14, 2009

14/06/09. Ahad.

Isu Air Selangor : Kenyataan Najib Altantuya Dipersoal

Banyak pihak hari ini mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berkata isu air di Selangor lambat diselesaikan kerana nilai aset air yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri adalah tidak munasabah.

“Soalnya, masalah kelambatan ini ialah, nilai yang ditetapkan oleh kerajaan Selangor itu bukan nilai yang munasabah,” kata Najib.

Kerajaan Pusat telah memberi notis kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu ini, katanya.

“Kita nak menyatakan jika apa-apa berlaku, ini bukan kesalahan kerajaan pusat, kita dah bagi notis yang secukupnya kepada kerajaan negeri,” kata Najib.

Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berharap isu air di Selangor akan berakhir hujung bulan ini.

Menurutnya, matlamat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah untuk menjaga kebajikan rakyat, tanpa membebankan mereka.

Justeru, katanya kerajaan negeri telah mengemukakan tawaran untuk mengambil alih pengurusan industri air di negeri Selangor pada harga yang sangat berpatutan.

“Kerajaan Negeri mahu menawarkan harga yang terbaik untuk rakyat. Lebih rendah lebih baik kerana jika kerajaan negeri membeli pada kadar yang tinggi, ia sudah tentu akan membebankan rakyat.

“Kerajaan negeri mempunyai sikap yang sama dengan Perdana Menteri untuk berkhidmat untuk rakyat dan Najib pasti setuju jika tawaran itu tidak menyusahkan rakyat,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib pagi tadi di Subang yang mengatakan tawaran kerajaan Selangor untuk mengambil alih industri air daripada syarikat-syarikat konsesi tidak munasabah.

Tan Sri Khalid menegaskan, pembelian operasi air itu tidak akan merugikan syarikat-syarikat konsesi yang terlibat iaitu Puncak Niaga, Abbas, Syabas dan Splash.

“Harga yang dibeli tidak akan merugikan syarikat konsesi, tetapi mereka tidak untung banyak. Jadi ia adalah adil untuk kedua-dua pihak,” jelasnya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas merasmikan Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor 2009 di Kompleks PKNS, Shah Alam petang tadi.

Beliau berkata, jika kerajaan persekutuan bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan oleh kerajaan negeri, rundingan itu boleh berakhir semalam, tetapi ia akan diteruskan sehingga akhir bulan ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Menurutnya, dalam rundingan itu kerajaan negeri diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai Unit Perancangan Ekonomi Negeri, pegawai dari Pejabat Menteri Besar dan beberapa pakar pelaburan.

Manakala kerajaan persekutuan diwakili oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Pengurusan Aset Air Berhad dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Mac lalu, kerajaan pakaran rakyat Selangor menawarkan pembelian asset sebanyak 4.7 bilion ringgit dan 1.1 bilion ekuiti syarikat-syarikat konsesi yang dianggap sangat berpatutan.

Tawaran itu bagaimanapun dilihat oleh sesetengah pihak tidak memadai kerana belum cukup menguntungkan poket mereka yang tamak.

Kerajaan Selangor sepatutnya menamatkan rundingan pada 20 Februari lalu, tetapi kerajaan persekutuan melalui SPAN mencelah dan mengambil alih rundingan dengan syarikat konsesi.

Tindakan itu dilihat seolah-olah dilakukan dalam keadaan terdesak apabila ‘bail-out’ yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pesekutuan untuk syarikat konsesi air, menunjukkan kegagalan dasar penswastaan kerajaan Barisan Nasional.
14/06/09. Ahad.
KAHWIN PAKSA PAS+ UMNO "reactivated"???

Mungkin ramai yang dah baca posting gu kawe, Sheih yang bertajuk "Bila PAS Tertelan Racun Lipas Umno". Saya tak tekan pulak hari tu pautan yang dia bubuh pada nama Wan Abu Bakar dalam posting tu.

Tadi baru teringat nak tekan. Ia pautan kepada tulisan mendiang MGG Pillai.

Antara lain dalam tulisan itu, Pillai mendakwa:
The director of military intelligence, Lieut-Gen Dato' Wan Abu Bakar Omar, proved by his own words why he should be removed forthwith. In an irrelevant television and print interview with Bernama yesterday (19 April 2005), broadcast on all TV channels and reported in the newspapers today, he proved why military intelligence, at least in Malaysia, is an oxymoron.
Jika benar sebagaimana yang cuba didakwa oleh Pillai bahawa perisikan tentera di Malaysia adalah oxymoron, maka pengarahnya waktu itu ialah Wan Abu Bakar.

Malah, Pillai juga mendakwa Wan Abu Bakar ketika itu patut dipecat serta-merta.

Mission as director accomplished with flying colours, if Pillai was right in his writing.

Anda teringat seorang pemimpin sebuah pertubuhan berjubah berserban yang menjadikan Pak Mat di Kelang yang didakwa memakai seluar pendek sebagai tempat rujukannya?

Tidak ada pemimpin PAS yang menafikan persekongkolan mereka dengan orang seperti itu. Kalau ada, kita akan meminta mereka bersumpah dengan kalimah qasam waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa mereka tidak pernah bersekongkol dengan Wan Abu Bakar.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, benarkah agenda supaya PAS dikahwin paksa dengan Umno belum berakhir? Ada kawan dalam Umno kata, "reactivated". Itu perkataan yang digunakan. Saya harap beliau bercakap bohong.