ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 21, 2009

21/12/2009. Isnin.

KECIL TAPI PENTING

Bercakap Biar Benar sebagai Bangsa Melayu Islam.


CEO MAIWP, Tuan Hj Anan b Hj Muhamad

MAJLIS SUMBANGAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN UMNO WANGSA MAJU.

Pada 17-12-09 yang lalu telah berlangsung satu majlis bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Setia Jaya iaitu keluarga Pak Yusuf dan keluarga serta mangsa-mangsa pokok tumbang akibat kejadian angin ribut di sekitar Kuala Lumpur.

Dimaklumkan majlis tersebut adalah anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Umno Wangsa Maju. Sumbangan tersebut akan di lakukan sendiri oleh YB Datuk Major Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta para pegawai dari (MAIWP). Dimaklumkan juga majlis tersebut akan turut di hadiri oleh Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik kepada Perdana Menteri.

Tetapi malang nya kedua-dua VIP tersebut tidak hadir dan yang hadir hanyalah CEO kepada MAIWP. Iaitu Tuan Hj. Anan B. Muhamad.

Dalam ucapan beliau memberi alasan bahawa YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir ke majlis kerana beliau perlu mengulung perbahasan untuk Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri dan meminta beliau bagi mewakili menteri bagi meyampaikan sumbangan dan Datuk Shafie Abdullah ada satu perjumpaan dengan Perdana Menteri.

Kedua-dau alasan adalah tidak benar langsung. Untuk makluman umum, perbahasan Bajet semua jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diselesaikan dua minggu dahulu dan Perdana Menteri telah berlepas ke Copenhagen bagi menghadiri Conference Climate Change pada 15-12-2009. Ini adalah bukti yang jelas bahawa CEO MAIWP telah menipu para penduduk di Kg Setia Jaya dalam ucapannya.

Bagi CEO MAIWP yang menyampaikan berita palsu dalam satu perkara yang kecil ini adalah memalukan kepada kedudukannya dalam sebuah organisasi Islam. Namun sebagai seorang berugama Islam yang arif tentang ajaran Islam beliau seharusnya melaksanakan tuntutan agama Islam dan meletakan jawatannya kerana beliau tidak layak lagi menjadi peminpin dalam MAIWP.