ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 8, 2011

AGONG BERTITAH UNTUK SIAPA????

Adakah pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kerajaan serta pimpinan akar umbi dan rakyat jelata boleh MENGHORMATI dengan titah Tuanku Agong?


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah dan memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara yang tidak sepatutnya.
Menurut baginda, soal kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hak kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak harus dipersoalkan bagi mengelak perpecahan.

LAGI. beliau bertitah..
"Beta menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan," titah baginda semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen hari ini 7 feb 2011.
Tuanku Mizan menyeru semua pihak agar memberi sokongan padu dan keyakinan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di negara ini
Seri Paduka turut menyeru semua pihak agar sentiasa mengekalkan keharmonian serta maruah negara dengan menjadi warga yang bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama. Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah," titah baginda.

Kepada ahli Parlimen, Tuanku Mizan mengingatkan mereka sentiasa mempamerkan tingkah laku terpuji dan berbahas dengan tertib dengan menyumbangkan pemikiran yang bernas serta sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Ingatlah rakyat sentiasa menuntut perkhidmatan yang terbaik dari setiap pemimpin yang mereka pilih," titah baginda