ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 5, 2009


Polis Membenarkan Perhimpunan Membantah;-PPSMI (bersyarat)


3.52pm. 5.3.09. Khamis. - Polis membenarkan perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Bagaimanapun perhimpunan hanya dibenarkan diadakan di Masjid Negara jam 2 petang, sementara dua lokasi lagi yang dirancang - Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo - tidak jelas.

Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Hasni Abas memberitahu Malaysiakini sebentar tadi, polis bagaimanapun melarang perarakan ke Istana Negara seperti dirancang.

"Kami dimaklumkan boleh berhimpun di Masjid Negara tetapi perarakan (ke Istana Negara) tidak boleh," katanya.

Beliau dimaklumkan, tambahnya, perarakan itu tidak dibenarkan setelah polis mempertimbangkan faktor keselamatan.

Bagi menyerahkan memorandum gabungan itu kepada istana, polis menawarkan khidmat menghantar pemimpin GMP ke lokasi itu menggunakan kenderaan pasukan keselamatan itu, kata Hasni.

Kebenaran itu dimaklumkan oleh polis sewaktu pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad, timbalannya Dr Shahrir Mohd Zain dan beliau sendiri ke ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pagi tadi.

Keputusan terbaru ini membayangkan polis mengambil sikap bertolak ansur selepas amaran diberikan kepada orang ramai semalam agar tidak menyertai perhimpunan itu.

Ditanya tindakan lanjut GMP setelah mendapat kebenaran polis itu, Hasni berkata, gabungan itu akan bermesyuarat petang esok di ibu pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) bagi memutuskan perkara itu.

Semalam, Istana Negara dilaporkan bersedia menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera.

Satu salinan memorandum pemansuhan PPSMI telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong kelmarin, kata Dr Hassan.
LAKSAMAN DOREME:- NAJIB ADALAH MENTERI PASOLA
Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P.Ramlee 'Laksamana Do-Re-Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir yang bersidang di bawah pokok.

-
-
Skot-skot saya dalam bilik bujang pun turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, yang dialognya menyebut: "Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato' yang bikin." Langkah 'rampasan kuasa' di Perak memang patut dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam filem 'Musang Berjanggut' semuanya menjadi HALAL. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Maknanya, P.Ramlee telah lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an lagi, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap 'akulah aku' dengan tidak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, mencemuh & mencerca. Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato' yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: Mesyuarat Bawah Pokok tinggallah di bawah pokok".

Menteri Fasola tidak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah 2 ekor kambing meniti titan lapuk. Apabila kedua-dua ekor kambing tidak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah. Sekarang Najib yang terlalu ghairah dengan kerusi Perdana Menteri juga secara rasional di atas kertas memang 'takkan lari gunung dikejar'. Tetapi William Shakespear ketika menghasilkan drama popularnya 'MacBeth', sukar menggapai harapan sekadar bersandarkan ramalan tukang-tukang tilik yang setia berkhidmat dengannya. Hingga si tukang tilik mempengaruhi Lady MacBeth, mengenai pokok-pokok akan bergerak sebagai tanda kejayaan matlamatnya.
-
Justeru, kebencian rakyat Perak khasnya & seluruh rakyat Malaysia amnya sekarang bukan hanya kepada parti UMNO yang tinggal nyawa-nyawa ikan, tetapi Najib yang jelas terbabit dalam segala insiden dari kes 'rampasan kuasa' di Perak, cubaan 'rampaan kuasa' di Selangor, kes 'Altantunya' dan macam-macam lagi kes sekarang ini sehingga menyebabkan ekonomi negara menjadi semakin huru-hara.
DAH TERJAWAB CERITA-CERITA TUDUHAN TAN KUDA/BUAH/DAGING TERINAYA!!

Sudah dijawab sendiri dari Sdr Tan Kuda Ketua Bhg keADILan B. Serai. Petikan ini adalah dari blog beliau sendiri
sila klik:http://tankuda.blogspot.com/

Tahniah sdr, kerana berani menjawab tohmahan yang bolih mengelirukan penyokong.

Thursday, March 5, 2009

HARAMJADAH LAH AKU KALAU SOKONG HARAMJADAH


Aku bukan takut bergaduh sebab aku pun biasa dok dalam 3 bulan pasai katok orang UMNO(tangan dia patah).Aku keluar 30HB Ogas 2004 sehari sebelum DSAI dibebaskan.Kawan-kawan kata aku yang masok pi bincang pasai pembebasan DSAI.DSAI keluar 1 Sept 2004(31 Ogas-Hari Kebangsaan).Pendek kata bukan soal takut atau soal belot,cuba pikiaq kalau waktu tu terjadi pergaduhan.Rapatlah PR di kutuk.Aku cuba nak cari jalan supaya puak benggong ni tak rapat dengan budak kita.Aku sekat sambil tolak depa ke belakang sehingga pecah sekatan depa tu,barulah ADUN-ADUN kita masuk ke depan,jumpa sekatan Polis pulak.Dalam dok kelam-kabut tu akau dapat juga singung 3~4 kali diperut berok yang pakai kopiah hitam tu.Aku tak kenai sapa dia ni.Puak takada teloq ni berani pasai dikelilingi SB yang bagi aku SB ini sebahagian dari komponen BN.Seperkara lagi,aku nak bagitau bukan semua pekida boleh di beli macam depa ni,bagi aku slogan"AMAL MAKRUF NAHI MUNKAR" hendaklah di tegakan dan diamalkan dan bukan juga untuk dijunjung saja tapi untuk dihayati dan menjadi pegangan hidup.

Kalau depa ada ayah,aku pun ada ayah tapi ayah aku pesan jangan sokong orang-orang yang melakukan kerja-kerja munkar,tak selamat hidup,mati jadi hantu.Aku akan jaga pesanan ini sampai mampuih.Wasallam

1 comments
VIDEO-VIDEO PATUT DITONTON.....5.mac. 2009









Notis perintah larangan sidang diserah kepada Speaker




Ahli Parlimen Taiping memfailkan usul berhubung tindakan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan ketua polis Daerah Ipoh menghalang 27 Adun bersidang.









VIVEO-VIDEO INI AKAN DIGUNA PAKAI SEMASA KEMPIN PILIHANRAYA NANTI...........



Dari blog sahabat wak si raden,
Selepas menonton video pada 3 Mac lepas, terima kaseh wak ucapkan kepada samseng samseng yang membantu UMNO menghalau ADUN dan Speaker dari masuk ke Dewan.

Ada ADUN yang di kasari dan MB sendiri hampir terkena batu. Terima kaseh pada polis kerana berikan kuasa yang lebih pada samseng. Terima kaseh juga pada polis kerana buat buat tak tau masa wartawan dan rakyat minta bantuan leraikan pergelutan. Insiden maki berpunca dari situ dan terima kaseh polis kerana nak cari sapa yang maki tu pulak.

Rangkuman insiden menarik untuk bekalan pilihanraya.
Apa yang berlaku pada hari itu boleh di baca di sini
Video di tonton,
Video Samseng
Video Samseng

Siapa samseng tu? .. klik sini

Pengundi bukit gantang dan selambau di khabarkan sedang menanti video ini untuk tontonan.
Terima kaseh samseng.

TAMBAHAN !
Penerangan tentang krisis
Video 1
Video 2
Video 3
Video 4
Video 5

Ketua PKR Bagan Serai Khianat..? - malaysiakini

Dekat sebelah ni ialah gambar Mohd.Nasib Rahim atau lebih dikenali sebagai Tan Kuda. Bekas calon bagi DUN Alor Pongsu PRU-12 merangkap Ketua KeADILan Bahagian Bagan Serai.

Pertama kali aku jumpa Tan Kuda masa program Dato' Seri MB dekat Bagan serai 25hb, Februari, 2009.

Masa dekat Bangunan SUK aku tak perasan sangat Tan Kuda ni ada ke x de, tapi bila aku dapat gambar dekat bawah ni dari blog ANAK SENGAT...

Erm... padahal aku tak perasan pun Tan Kuda ni... tapi sorang geng yang tengok gambar ni terperasan.

Aku pun pelik jugak bila member cakap... apasal Tan Kuda boleh berdiri mengadap sebelah kita sambil senyum je? padahal dekat belakang dia geng PEKIDA dok provoke orang kita.

Dua ni dok belah kita ke dok belah PEKIDA? Tunggu apa Tan nak jawab... kalau hang belot... masak hang..!

Tan Kuda yang berbaju putih membelakangkan Ayahanda Lajin...