ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 14, 2009

14-12-2009. Isnin.

HEBAT SANGATKAH SUK PERAK NI....

SUK Perak Hina Student di London

Dewan kuliah di King's College London agak penuh. Zambry Kadir sebagai ahli politik, membentang dan menjawab persoalan secara politik. Maknanya susahlah nak cari salah dia. Semua jawapannya sudah ada.

Dari rumah lagi aku plan tak nak tanya kat majlis. Entah mengapa, tangan aku gatal angkat tangan. Jadi, aku cakap; kalau pasal pengalaman cross over ahli politik, pihak lain tak boleh challenge UMNO yang banyak pengalaman. Dari tahun 1959 (Terengganu), 1967 (Kelantan – gagal), 1969 (13 Mei), 1985 (Sabah) dan 2008 (Perak). Samada nak terima atau tidak, UMNO memang hebat babini. Anwar Ibrahim tak boleh lawan. Ini bukan kes Perak atauMalaysia. Banyak lagi pemimpin negara lain di dunia yang senafsu dengan pemimpin UMNO.

Aku tak setuju pandangan Zambry yang menyebut, `sudahlah jangan banyak politik sangat.....'. Kenyataan ini menggambarkan agar rakyat jangan sibuk berpolitik. Biarlah rakyat bangang politik. Senang orang politik kawal. Macam setengah ulama jahat yang menasihatkan agar umat Islam menjauhi politik. Politik itu kotor. Kita orang baik-baik ini tak payah campur. Ohh.....senang Sultan,penguasa, British berkuasa. Jangan elitkan politik menjadi milikahli politik. Rakyat kena patuh dan ikut. Mana boleh! Ehh… lepas itu, baru Zambry mengiakan kata aku.


Zambry duduk tengah di meja depan. Kirinya, Dato Fairuz Penasihat Undang-undang Perak. Kanannya, Dato Abdul Rahman SUK Kerajaan Negeri Perak. Dato Fairuz bagi kuliah undang-undang yang membosankan. Semuanya untuk melegitimasikan tindakan politik. Macam sesetengah ulama yang mencari hujah menghalalkan langkah haram.


Yang aku nak cerita ialah episod Dato Abdul Rahman yang merendah-rendahkan pelajar UK.


Tuan Penasihat Orang Kaya Sadek Sigeragar ni cakap budak-budak UK ni tak cukup maklumat, mendengar pandangan sebelah pihak, saudara kena begini, begitu dan bla bla bla......kenyataan yang betul-betul memperlekeh kita orang. Betul-betul layan macam budak sekolah menengah!


Telinga aku berdesing. Aku bangun minta dia tarik balik. Ini satu kenyataan yang menghina. Macamlah pariah sangat. Ramai yang tepuk sorak kasi sokongan kat aku. Aku ingat telinga aku je yang berdesing, rupa-rupanya ramai yang lain pun bukan setakat berdesing, berasap beb!


Lepas majlis tamat, aku sound sekali lagi mamat tu. Tak puas hati sudahlah tak tarik balik, minta maaf jauh sekali. 'Apa Dato' cakap macam tu?' Dia jawab, `Sheikh, I bukan cakap tentang you…ni untuk dia orang yang tak faham ni…..bla bla….. '


Seelok-eloknya dia diam. Tapi bila dia cakap, maka sahlah ………. (tak sopan nak tulis).