ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 20, 2008

Mereka melibatkan 188 rumah teres dan unit kondominium

Mutakhir »
Polis: 2,000 penduduk Bukit Antarabangsa dibenar pulang

SELAMAT... DATUK KHALID Abu Bakar menunjukkan kawasan Jalan Wangsa 11 - antaar kawasan yang selamat untuk penduduk Bukit Antarabangsa kembali ke rumah masing-masing mulai hari ini. Beliau mengumumkan laporan geoteknikal di Subang Jaya pagi tadi. - foto The Star oleh SAMUEL ONG

[DIKEMAS KINI, 1 TENGAH HARI] SUBANG JAYA: Dua pertiga daripada lebih 3,000 penduduk yang diarah berpindah ekoran tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa 6 Disember lalu dibenarkan pulang mulai hari ini.

Mereka melibatkan 188 rumah teres dan unit kondominium.

Kira-kira 100 rumah dan unit kondominium lagi masih belum selamat untuk diduduki.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan perkara itu di sini sebentar tadi berkata, kira-kira 2,000 penduduk terbabit boleh kembali ke rumah masing-masing.

"Mereka boleh kembali ke rumah masing-masing bila-bila masa mulai sekarang," katanya.

Senarai rumah yang selamat akan dipamerkan di Pusat Sementara Operasi untuk semakan orang ramai.

Pengumuman itu adalah berdasarkan laporan kajian geoteknikal yang dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) diperoleh semalam, kata beliau.

Laporan itu hanya memfokus tahap keselamatan rumah-rumah yang diarah dikosongkan ekoran tragedi itu, bukannya meneliti punca tragedu, kata Khalid lagi.

Oleh itu laporan itu memperincikan:

- Rumah-rumah yang boleh dimasuki semula mula hari ini

- Rumah-rumah yang masih tidak boleh dihuni untuk tempoh sebulan akan datang

- Rumah-rumah yang tidak boleh diduduki semula bagi tempoh yang lama, lebih sebulan akan datang.

"Daripada hampir 1,000 penduduk yang tidak boleh kembali ke rumah masing-masing, kira-kira 400 penduduk perlu menunggu lebih sebulan lagi bagi pihak jawatankuasa teknikal menentukan tahap keselamatannya," kata beliau.

"Saya jangkakan hampir 1,000 penduduk yang masih belum boleh balik lagi," kata beliau yang juga Pengarah Operasi Mencari dan Menyelamat Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa.

Penduduk yang dibenarkan pulang melibatkan rumah-rumah di Jalan Bukit Antarabangsa iaitu sebanyak lima unit, rumah No. 1 (di sebelah surau dan Bilik Gerakan PDRM) dan rumah No. 2, 3, 4, dan 5.

Rumah-rumah lain ialah:

- Jalan Bukit Mewah 2 (30 unit) - rumah bernombor 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37 dan 38

- Jalan Wangsa 11 (38 unit) - rumah bernombor 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20, 22, 24, 26, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 54, 56, 58, 60, 62, 64, 66, 68, 70, 72, 74 dan 76

- Kondominium Impian Selatan: keseluruhan Blok A (81 unit) dan Blok B (28 unit)

- Jalan BJ 6A, Taman Bukit Jaya (6 unit) - 1, 3, 5, 7, 9 dan 11

Dalam pada itu, rumah-rumah yang tidak boleh dimasuki semula untuk tempoh satu bulan akan datang ialah Blok B1 Kondominium Impian Selatan dan tiga unit rumah di Jalan Wangsa 11 iaitu rumah No. 78, 80 dan 82.

Kata Khalid, bagi kawasan ground zero iaitu kawasan tragedi tanah runtuh, jawatankuasa teknikal memerlukan masa lebih sebulan untuk menjalankan kajian lanjut.

KERJA-kerja memindahkan timbunan tanah yang menghalang laluan utama ke kawasan Bukit Antarabangsa sedang giat dilaksanakan ketika tinjauan fotoBernama di sini, hari ini. Laluan utama ke kawasan Bukit Antarabangsa itu tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut meranapkan 14 buah banglo pada 6 Disember lalu. -fotoBERNAMA

Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa, Datuk N. Muneandy yang turut hadir dalam sidang media itu berkata beliau berpuas hati dengan laporan yang dikeluarkan oleh JKR itu.

"Saya amat berpuas hati kerana JKR dan pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka dengan cepat.

"Dengan laporan terbaru ini dapat melegakan penduduk yang diarahkan pindah sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas sidang media berkenaan.

BERITA TERDAHULU

Tanah runtuh: Polis Selangor umum hasil laporan pagi ini

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar akan mengumumkan laporan keselamatan kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di Subang Jaya pagi ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijadual mengumumkan tindakan susulan kerajaan negeri ekoran laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) esok.

Ketua Polis Selangor ketika dihubungi mStar Online petang semalam mengesahkan beliau akan mengumumkan status keselamatan lima kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa yang diarahkan berpindah sebelum ini di Subang Jaya pagi ini.

Khalid yang juga Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat berkata, beliau akan mengumumkan berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan juga menyatakan demikian kepada pemberita di tempat kejadian apabila ditanya mengenai laporan JKR yang diserahkan oleh Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim kepada beliau di pusat operasi bencana alam taman itu pagi semalam.

Dalam pada itu, sebahagian besar daripada lebih 3,000 penduduk membabitkan lima kawasan, yang dipindahkan ekoran tanah runtuh Bukit Antarabangsa, dijangka akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Penduduk kawasan terbabit:

- Keseluruhan blok kondominium Impian Selatan

- Jalan 6A Taman Bukit Jaya

- Keseluruhan Taman Bukit Mewah

- Keseluruhan Jalan 9, Taman Wangsa Ukay

- Jalan 11 Taman Wangsa Ukay

Ketika ditemui wartawan selepas menerima laporan awal di Shah Alam tengah hari semalam, Khalid berkata, penemuan awal itu adalah berdasarkan siasatan kendalian JKR dan Ikram.

Laporan itu diserahkan kepada Khalid pada pukul 12.45 tengah hari.

Khalid berkata, beliau belum lagi meneliti keseluruhan kandungan laporan berkenaan.

Pun begitu katanya, kebanyakan daripada penghuni di lima kawasan sekitar Bukit Antarabangsa itu akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Majlis Daerah Gombak dan Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan meneliti laporan tersebut.

"Saya akan membuat pengumuman apabila melawat kawasan kejadian Ahad ini (esok)," katanya di Shah Alam.

Pegawai Daerah Gombak dan Presiden MPAJ akan pergi ke Bukit Antarabangsa esok untuk mengenal pasti rumah-rumah yang akan diklasifikasikan sebagai tidak sesuai untuk diduduki.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.

Hasil kajian JKR dan Ikram sebelum ini mendapati kawasan tanah runtuh meliputi 14 unit rumah banglo seluas empat hektar itu tidak selamat untuk orang ramai.

'Drama' serah laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Yang dijangkakan proses penyerahan laporan geoteknikal berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa hari ini akan berjalan 'lancar'.

Sebaliknya, banyak pihak termasuk wakil media terkejut dengan 'drama' yang disaksikan di pusat media di tapak operasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa pagi ini.

Sdiang media yang dijadualkan berlangsung pukul 10 pagi tidak diadakan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Dipercayai ini kali pertama suasana sedemikian dialami dan disaksikan wakil media walaupun kawasan Bukit Antarabangsa pernah dilanda tanah runtuh beberapa kali sebelum ini.

Wakil media yang sudah menunggu sejak awal pagi hairan kerana setelah hampir sejam menunggu tiada pihak yang muncul untuk mengadakan sidang media mengumumkan laporan status keselamatan kawasan kediaman yang dikosongkan.

Apa yang lebih menghairankan Unit media Jabatan Penerangan juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang sidng media oleh mana-mana pihak selepas mereka dimaklumkan sidang media yang sepatutnya diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dibatalkan.

Kira-kira pukul 11.15 pagi, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abd. Jalil Hassan berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah Gombak telah menerima laporan status keselamatan tanah tersebut daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada pukul 10.45 pagi tadi.

Ir. Kamar Kassim, pegawai dari JKR menyerahkan laporan berkenaan kepada Abd. Jalil.

"Saya difahamkan kini Pegawai Daerah Gombak, Husaini Samsi sedang dalam perjalanan ke pejabat Menteri Besar di Shah Alam untuk serahkan laporan tersebut.

"Bagaimanapun saya tak pasti bila sidang media untuk mengumumkan startus itu akan diadakan," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, mStar Online yang menghubungi Pejabat Menteri Besar Selangor dimaklumkan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menerima laporan daripada Pegawai Daerah, Huzaini Samsi tengah hari tadi.

KOMEN MB SELANGOR SEMALAM

Semalam, Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan JKR yang tidak menyerahkan laporan siasatan berhubung tragedi tersebut.

Menurut Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tindakan tersebut amat mengelirukan kerana akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri untuk membuat keputusan dalam menentukan nasib mangsa kejadian tanah runtuh dengan segera.

"Hal pengurusan tanah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh dan diharapkan agensiagensi kerajaan bersikap lebih profesional dalam mengendali perihal tragedi ini," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan langkah yang perlu diambil sebaik sahaja menerima laporan berkenaan dan bersedia untuk mengguna pakai setiap kaedah yang dirasakan perlu.

Kenyataan itu turut menyebut kerajaan negeri dan semua agensi terlibat juga akan terus memantau keadaan kawasan tanah runtuh serta memberi jaminan untuk meneruskan usaha supaya nasib mangsa kejadian tanah runtuh akan terbela.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada pukul 4 pagi 6 Disember itu, meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa serta meragut empat nyawa.




No comments: