ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 17, 2009

KALAU DULU KAN CANTIK.....


Berita »
TI akan selidik kewangan parti-parti politik

KUALA LUMPUR: Transparency International (TI) Malaysia akan menjalankan projek penyelidikan bertujuan mewujudkan mekanisme untuk menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti membabitkan kewangan parti-parti politik, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang di negara ini.

Presiden TI Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam, semasa melancarkan inisiatif itu hari ini berkata projek itu akan menyelesaikan kebimbangan rakyat Malaysia mengenai fenomena politik wang, penyalahgunaan dana semasa pemilihan parti dan pilihan raya umum.

Dikenali sebagai Projek Crinis Malaysia, ia akan menjalankan penyelidikan terhadap kewangan parti-parti politik, mencadangkan pembaharuan berdasarkan diagnosis pengagihan dana dalam semua kempen pilihan raya serta membuat perbandingan berhubung amalan di antara negara-negara.

"Ia juga akan menjalankan aktiviti bagi mewujudkan kesedaran untuk menggalakkan ketelusan dalam pembiayaan politik dengan bekerjasama dengan parti-parti politik, pihak berkuasa pilihan raya, penyumbang korporat, pengundi dan pemegang amanah utama di dalam negara dan antarabangsa dalam bidang itu," kata Navaratnam pada sidang akhbar di sini.

Projek Crinis dilaksanakan di seluruh dunia oleh TI.

Ia bermula di Amerika Latin dan kini dijalankan di Asia dengan pengubahsuaian untuk disesuaikan dengan rantau ini, dengan fokus di Bangladesh, Nepal, Indonesia dan Malaysia.

Crinis bermaksud pancaran cahaya dalam bahasa Latin.

Dua objektif utama Projek Crinis Malaysia ialah mengenal pasti kelemahan dalam sistem sedia ada dalam parti dan pembiayaan kempen berdasarkan penyelidikan terhadap pembiayaan politik dan mencadangkan pembaharuan untuk meningkatkan ketelusan.

"TI Malaysia percaya peraturan berhubung pembiayaan parti politik tidak dipatuhi, manakala peranan wang dalam politik memberikan ancaman serius terhadap prinsip pilihan raya yang bebas dan adil.

"Amalan politik wang juga membenarkan mereka yang menguasai ekonomi untuk menikmati pengaruh politik yang lebih besar dan menggalakkan rasuah antara penderma dan wakil rakyat yang dipilih.

"TI Malaysia dengan ini menggesa semua pihak yang relevan menyokong projek ini bagi memastikan pilihan raya dijalankan secara adil," kata Navaratnam.

Katanya TI Malaysia akan melaksanakan penyelidikan intensif meliputi pembiayaan politik dengan membuat penilaian terhadap pembiayaan parti politik di dalam dan luar negara, menyemak perundangan untuk mengenal pasti kelemahan institusi dan menilai keberkesanan mekanisme parti dan pembiayaan pilihan raya umum.

Ia juga akan mengenal pasti tahap pendedahan dan akauntabiliti ahli politik dalam semua kempen politik mereka dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai petunjuk untuk dimasukkan dalam indeks kuantitatif, yang boleh digunakan untuk menilai pembiayaan parti dan kempen pilihan raya.

Bagi mendapatkan data yang diperlukan, TIMalaysia akan mengeluarkan soal selidik kepada pihak relevan dan selepas soal selidik dianalisis, temuramah akan diadakan dengan ahli politik, birokrat, ahli perniagaan, ahli akademik, wartawan dan aktivis badan bukan kerajaan.

Keputusan awal Projek Crinis Malaysia dijangka siap menjelang Julai tahun ini dan akan dikeluarkan kepada media.

Mengenai parti politik yang enggan memberikan kerjasama, beliau berkata: "Jika itu berlaku, laporan itu akan mendedahkan yang parti politik terbabit enggan memberikan kerjasama, dengan itu membolehkan orang ramai mendesak mereka mendedahkan jumlah kewangan mereka.

"Jika mereka enggan memberikan kerjasama, dengan itu jangan undi mereka."

Navaratnam berkata TI Malaysia juga akan mewujudkan blog bagi mengumpulkan maklum balas daripada orang ramai dan menyiarkan semua penyelidikannya dalam laman blog itu bagi membolehkan orang ramai membincangkannya.

Anggota majlis TIMalaysia Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, akan mengetuai Projek Crinis Malaysia.

No comments: