ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 5, 2009

NAJIB PEGANG SARUNG JE!!!!!!

POK LAH KEKAL PM@ANWAR MAC 09/PRU13?????? atau ??? X






Politik ialah Teori Serba Mungkin.

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jangan pekakkan telinga jika kita dengar sesuatu yang baru tetapi apa yang perlu ialah kita menghalusi dan menyiasatnya.

Saya ingin berkongsi pandangan dengan pembaca apabila seorang rakan saya yang merupakan penyokong kuat Pak Lah menghantarkan mesej pesanan ringkasnya sebagai ucapan selamat tahun baru kepada saya. Katanya, “Tahun baru yang kini tiba adalah satu transformasi perubahan kearah kebaikan, bergerak ke hadapan serta menggapai harapan tinggi untuk tamadun sebuah bangsa,"

"Semoga Allah yang Maha Esa memberi kekuatan, kesabaran dan Perlindungan kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi agar terus mengangkat tamadun ini ke persada lebih terbilang, rakyat kembali meyakini beliau, bersatulah kita untuk membantu beliau kearah transformasi ini, kita ketepikan pemimpin yang rakus, haloba, tidak mengenang budi serta…..Ayuh Malaysia, beri peluang kepada Pak Lah meneruskan cabaran tersebut..”

Berpeluangkah Pak Lah terus sebagai Perdana Menteri sehingga pilihanraya yang ke 13 ? Dan beliau menjawab Insya Allah jika Allah izinkan, itulah yang akan berlaku. Maka saya terus mendapatkan penjelasan lanjut dengan bertanya bagaimana prosesnya?.Maka kawan rapat saya senarai yang mungkin ada lojiknya.

Menurut beliau;
1) Akan ada perkara yang mengejutkan akan berlaku pada sidang parlimen bulan januari 2009 nanti, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen Pakatan Rakyat akan membuat usul menyokong kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berkemungkinan ‘separuh’ dari BN akan menyokong. Menurut beliau sebenarnya ianya hanya untuk menunjukkan yang PR tidak boleh terima Najib sebagai PM. Disitu, tambahnya lagi mana-mana ahli parlimen khususnya dari UMNO yang tidak menyokong akan terlibat dengan rombakan kabinet sebab ia ada kaitan dengan pemilihan MCA yang lepas.

2) Menurut beliau, sekiranya di Kuala Terengganu calon BN tumbang, itu merupakan mesej jelas dari UMNO, PR dan rakyat yang mereka tidak boleh terima Najib sebagai PM.

3) Katanya, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan lebih menguatkan Pak Lah.

4) UMNO dan Rakyat telah lihat kerakusan Najib dalam isu Eurocopter, Nombor ekor dan pembelian Institut Jantung Negara selainnya Altantuya.

Setelah mendengar huraikan panjang lebar beliau saya bertanya satu soalan kecil, iaitu bagaimana Pakatan Rakyat mempunyai seramai 82 wakil di parlimen? Agak lama beliau menjawab, bukankah ahli parlimen PR seramai 82 orang? Saya balas, “Ibrahim Ali bukannya dari Pakatan Rakyat”. Semua orang tahu bagaimana pendirian beliau di Dewan Rakyat yang lebih cederung membela ISA, Polis, pelonggaran Akta Universiti dan Kolej 1975 dan bertelagah kasar dengan Karpal Singh dan wakil-wakil DAP yang lain.

Terganggu fikiran kawan saya ini agak lama baru beliau membalas, “dah tolak, jika masuk Ibrahim Ali jumlahnya 83 orang..” jawabnya lemah. Saya membalas menyatakan jumlah ahli parlimen 222, BN 140 orang, Bebas 1 dan Pakatan Rakyat masih 82?. Cuba kira betul-betul itu 'simple mathematic', kata saya. Sebenarnya Ibrahim Ali bertanding di atas tiket PAS di Pasir Mas, tetapi semua maklum beliau tidak menyokong Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Beliau lantang dalam isu-isu Islam, Melayu, Raja dan Bahasa. Ini empat perkara yang menjadi asas perjuangan beliau. Soal "katak" adalah merupakan satu 'political swing' yang berlaku dalam seni mendapatkan kuasa, terutama di Kelantan. Pernah dalam satu sidang media dirumahnya pada hariraya yang lalu Ibrahim sempat bergurau, “Siapa ahli politik yang namanya berakhir dengan Ibrahim itu bahaya..”. Wartawan tergelak kerana mengingatkan beberapa nama kontroversi seperti Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim. Tetapi Ibrahim Ali namanya di pangkal awal.

Berbalik kepada cerita kawan saya ini apabila beliau menyatakan jumlah yang salah maka saya membetulkannya dengan menegaskan jumlah ahli parlimen adalah 222 dan jika PR 82, BN 140 dan bebas 1 akan berjumlah 223. Pengajarannya adalah, periksa maklumat kita dengan betul walaupun ianya nampak mudah.

Beliau senyap, tetapi saya terus berdiplomasi dengan menyatakan bahawa pandangan politik selalu subjektif dan terdedah pelbagai tafsiran, pandangan dan tanggapan yang tidak semestinya betul. Saya nyatakan pada beliau, kalau saya berada di tempat Anwar Ibrahim, saya mahu BN menari ikut rentak politik saya dan itulah yang Pak Lah lakukan.

“Yang penting biarlah yang memimpin Negara ini bukan yang ‘terlalu rosak’ moralnya, tak gitu Dato?”, Tanya beliau lagi. Saya tegas menjawab ya, “moral, amanah dan kebijaksanaan memimpin”. Saya tak tahu samada beliau faham jawapan saya.

Perbualan sms ini bukan dari orang yang berpengaruh dan berjawatan tinggi dalam parti, tetapi cukup untuk saya merenung jauh mengenai apakah debaran yang akan berlaku sehingga Mac 2009, tempoh yang seharusnya merupakan perletakan jawatan Pak lah selaku PM.

Sebenarnya saya pernah mendengar kebimbangan ini dari orang-orang kuat Najib beberapa bulan dahulu dan kebimbangan ini semakin kedengaran. Ini terbukti lagi apabila Malaysiakini yang merupakan laman web yang menyokong kuat Anwar Ibrahim menyatakan dalam kepala beritanya: “Najib, KT is a do-or-die battle”:

“Deputy Prime Minister Najib Razak couldn’t have made it any clearer - the upcoming Kuala Terengganu by-election is crucial for Umno. Indeed for him, Kuala Terengganu is the key to reversing Umno’s fortune.”


Ahh, ini merupakan satu lagi percubaan baru dalam perlumbaan ke Putrajaya. Malang bagi Najib kerana mewarisi suatu suasana politik yang tidak menentu walaupun sarung keris sudah ditangan.

Ramai penyokong Najib dan Anwar berdebar-debar siapakah yang akan sampai dahulu ke Putrajaya sebelum Mac 2009. Ini kerana peristiharan ‘gempaq’ Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang belum berjaya.

Saya percaya, Anwar Ibrahim akan menggunakan langkah maksimum bagi mempastikan Najib tidak akan menjadi PM. Caranya dengan membina tanggapan buruk rakyat terhadap peribadi Najib dalam pelbagai isu yang dibangkitkan. Tarikh akhirnya adalah Mac 2009. Betul atau tidak belum tahu tetapi tanggapan atau persepsi sudah cukup untuk seseorang itu disokong atau dihukum rakyat.

Saya ulangi, tanggapan dan persepsi rakyat dan bukannya mahkamah. Hakim mahkamah adalah hakim konspirasi sekiranya membuat keputusan yang tidak menyebelahi sesuatu pihak. Buatlah Suruhanjaya Kehakiman macamana sekalipun. Inilah trend politik baru sekarang. Yang penting strategi politik ialah orang yang menyerang bertalu-talu tak kan sekalipun tak masuk gol?.

Menyedari hakikat inilah kumpulan Pak Lah bersiap sedia untuk menghadapi suasana baru ini. Bukan untuk Najib dan Anwar, tetapi untuk dirinya sendiri. Begitu juga Anwar yang berkemungkinan membuat sokongan terbuka kepada Pak Lah, bukan untuk menyokong Pak Lah tetapi untuk menyekat kemaraan Najib yang semakin diserahkan taming sari.

Ini kerana Kelemahan ketara kepimpinan Pak Lah merupakan ‘lauk’ kepada Anwar Ibrahim, seperti yang terbukti dalam persaingan mereka baik semasa dalam UMNO mahupun Pakatan Rakyat.

Apapun, ketidaktentuan suasana politik yang panjang tidak menguntungkan rakyat sama sekali. Para pelabur dan ahli perniagaan sukar untuk membuat keputusan perniagaan. Kita mengharapkan debaran ini akan cepat berakhir. Kalau Anwar Ibrahim mempunyai jumlah yang cukup untuk menubuhkan kerajaan buatlah sekarang dan saya percaya rakyat serta pemimpin yang tidak menyokong beliau akan membuat penyesuaian dengan cepat. Jika tidak hentikanlah 'gempaq' yang tidak berkesudahan dan tunggulah peralihan kepimpinan pada Mac nanti atau Pilihanraya Umum yang ke 13 yang akan datang.

EYEKE CERITA NI????050109??????????

No comments: