ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 15, 2009

5/Siapa sebenarnya yang jadi boneka?

Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.

Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, kerana terlalu bijak atau bangang, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan.Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.

Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

Lihatlah bagaimana survival orang Melayu Pulau Pinang hari ini yang gagal di tangani oleh Umno sehingga terpinggir dan terpaksa lari ke luar kawasan seperti Kulim atau Selama.


Mana dia suara yang melalak dan melolong ketuanan Melayu itu? Apakah kerana Pulau Pinang tiada beraja maka Pulau Pinang boleh diserahkan kepada bukan Melayu sebagaimana Singapura dahulu? Siapa sebenarnya yang jadi boneka?

1 comment:

Anonymous said...

Di dalam UMNO dia orang tak panggil rasuah. Di dalam UMNO dia orang panggil Political Fund. Bila diistilah political fund dia orang boleh makan berapa banyak juga dan sewenang-wenangnya tanpa boleh didakwa. Amalan ini menjadi kebiasaan khasnya pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian sebab itu mereka kaya raya, bila ada wang mereka mencabar sesama sendiri. Contoh di Kedah,Perkara ini berlaku dengan rampant semasa setiap UMNO Bahagian diperuntukan sebanyak tujuh juta untuk pembangunan dalam setiap kawasan bahagian tersebut. Projek-projek diuruskan oleh ketua bahagian dan salah satu syarat yg ditetapkan oleh ketua bahagian untuk kontrektor-kontrektor yang ingin dapat projek dari mereka ialah sanggup meletak sebelah 15%-20% untuk political fund UMNO bahagian tersebut.
Hasil dari amalan ini banyak bahagian-bahagian UMNO di negeri Kedah berakhir dengan kes-kes BPR kerana projek tidak siap,gaduh sesama AJK Bahagian dengan Ketua Bahagian,projek tidak buat tetapi hantar claim dan macam-macam lagi penyelewengan.