ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 9, 2009


TERKINI;BERITA KEMATIAN AHLI PAR, BKT GANTANG. TAIPING.


Jam 1.45 PM : mayat masih di Hospital Batu Gajah.

Saya baru menerima talipon dari Exco Kerajaan negeri yang juga ADUN Kuala Sepetang memaklum dan masih berada di Hospital Batu Gajah. Beliau mengesahkan mayat Hj. Roslan Shaharum masih berada di sana.

Bila bertanya sebab kematian, beliau mengatakan disyaki kena serangan jantung.

Dimemaklumkan Hj. Roslan pergi mencuci kenderaannya di tempat cuci kereta di pekan Batu Gajah dan meminjam basikal dari tempat cuci kereta itu. Lalu dia terjatuh dari basikal.


Sementara itu, kelmarin Yb Idham bersama dengan Yb.Roslan Shaharum di Kediaman MB, dia berada disini sehingga habis ceramah pada malam tadi pada jam 12 malam.Beliau duduk di beranda atas kediaman MB bersama kepimpinan parti yang lain yang menjadi pentas ceramah.

Semasa makan tengah hari saya dan kawan-kawan lain ada bertanya dengannya mengenai jawatan yang dipegangnya sebagai Pengerusi yayasan Perak. Dia jelaskan kepada kami keretanya sudah diarah diserahkan balik dan dia lakukan beberapa hari lepas. Saya sejak akhir-akhir ini banyak kali bertemu dengan beliau dalam keadaan kami sama-sama mempertahankan Kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat.


Al fatihah...

No comments: