ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 23, 2009


kempen bn di Batag Ai: KDN gantung permit akhbar PKR~Malaysiakini



Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar rasmi PKR Suara Keadilan selama tiga bulan, menghalangnya berkempen sewaktu dua pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau dan Batang Ai.

Akhbar tersebut mendapat surat penggantungan itu kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.

Bagaimanapun menurut surat yang dikeluarkan oleh setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut. Inilah satu contoh provokasi jahat bn dalam menjayakan misi jahanam mereka!!

Melaka pula mula kecoh!!~Malaysiakini

http://farm3.static.flickr.com/2208/2680576776_091ff8fa23.jpg

Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, terus mengesa Dato' Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka setelah disabitkan dengan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno baru-baru ini.


pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 01Rakyat Melaka katanya, tidak mahu diketuai oleh seorang Ketua Menteri yang terlibat dengan gejala rasuah.

"Rasuah amat bahaya kepada negeri dan negara ini kerana kita bimbang generasi muda akan turut mencontohi perbuatan ini.

"Ini akan menghancurkan generasi muda. Beliau mesti letak jawatan kerana perbuatan itu sangat tidak bermaruah dan ia kesalahan besar, malah menunjukkan beliau tiada integriti dan tiada amanah," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Ali perlu meletakan jawatan kerana telah disabitkan kesalahannya oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri dan itu merupakan bukti kukuh kerana lembaga tersebut diwujudkan oleh Umno bagi menghapuskan politik wang di dalam parti Umno.

"Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran untuk menerangkan kepada rakyat Melaka supaya mereka faham keadaan yang sebenar dan kita tak mahu dikatakan hanya menabur fitnah semata-mata.

"Biar orang Melaka tahu bahawa jikalau Ali Rustam menang sebagai Timbalan Presiden Umno dan menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah di atas cara yang tidak betul," kata beliau.

Beliau juga menasihatkan penyokong Ali Rustam yang berarak dari kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka ke Seri Negeri tempoh hari bagi menghalang penyerahan memorandum daripada Pakatan Rakyat Melaka supaya berfikiran terbuka dan tidak semborono menyokong pemimpin yang mengamalkan rasuah.


pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 04

Sementara itu, penyokong Umno yang berhimpun di depan Seri Negeri bagi menghalang penyerahan memorandum tersebut bertindak ganas menerajang dan melempar pelbagai objek terhadap kenderaan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek sehingga mengakibatkan kerosakan.

Mereka yang berarak dari kediaman rasmi Ketua Menteri, Seri Bendahara diketuai oleh Ali Rustam diberi kawalan keselamatan VIP oleh pihak polis sedangkan ia bertujuan memprovokasi rombongan Pakatan Rakyat.

Polis telah mengadakan sekatan jalanraya menuju ke Masjid Al Alami dan Seri Negeri serta mengawal ketat di kedua lokasi tersebut sejak 11.30 pagi bagi menghalang hasrat Pakatan Rakyat.

Ini adalah kejadian kedua provokasi yang dilakukan oleh penyokong Ali Rustam ke atas Pakatan Rakyat di mana sebelum ini mereka melakukan provokasi di depan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Melaka ketika laporan rasuah Ali Rustam dibuat.
P/S MULAKAN KEMPEN PRK PERAK, KEDAH & SARAWAK DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN, TUMBANGKAN UMNO!!! BUKTIKAN TAKTIK KOTOR UMNO TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT PAKATAN RAKYAT!!!TAKBIRRRR!!!!

No comments: