ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 11, 2009

KEPUTUSAN SPM ESOK,PENENTU PPSMI DISEKOLAH LUAR BANDAR....


Pada hari khamis(esok 12 Mach 2009 ) keputusan SPM akan diumumkan. Calon-calon peperiksaan SPM pastinya berdebar-debar dengan keputusan yang bakal diumumkan. Tetapi saya rasa debaran Hishamuddin lebih kencang berbanding dengan calon peperiksaan berkenaan.

Keputusan SPM bakal menentukan hala tuju PPSMI pada masa depan. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan keputusan SPM terutama subjek matematik dan sains menjadi penentu masa depan Hishamudin dalam pemilihan jawatan naib presiden Umno tidak lama lagi.

Apa akan berlaku jika kualiti calon cemerlang dan kuantiti calon lulus dalam subjek sains dan matematik merosot dalam SPM? Sudah pasti akan menyemarakkan penentangan pelbagai lapisan masyarakat yang cintakan bahasa kebangsaan terhadap PPSMI.

Berdasarkan risik-risik yang diterima jumlah calon cemerlang dan lulus bagi subjek matematik dan sains dalam SPM tahun lalu meningkat dengan begitu 'membanggakan'. Jika ini menjadi kenyataan Hishamuddin boleh menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya menjadi 'modal' menjelang pemilihan Umno penghujung Mach ini.

Kemungkinan dasar PPSMI akan dikekalkan adalah tinggi jika keputusan matematik dan sains dalam SPM 12 mac 2009 ini akan dijadikan sebagai kayu pengukur. Kerajaan mungkin akan menggunakan keputusan SPM bagi subjek sains dan matematik untuk menjadi dalil untuk 'menghalalkan' PPSMI.

Apa-apa pun keputusan subjek matematik dan sains dalam SPM nanti ia bukan dalil dan hujah kepada kerajaan untuk menghalalkan PPSMI. Lagipun sehingga hari ini kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran seperti cuba menyembunyikan markah lulus sebenar bagi subjek matematik dan sains dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM daripada pengetahuan umum.

No comments: