ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 15, 2009

15.04.2009. Rabu.

Isu yang berkaitan dengan dengan negeri Perlis, tetapi lain melodinya diantara Perfectwater dan Harimau-Menaip , malahan pitching pun berbeza… anda boleh klik pada link blog mereka, sori… bro… aku gurau jer….

Jika benar seperti apa yang dilaporkan dalam blog Perfectwater, maka aku teramat suka dengan cara tindakan beliau iaitu Md. Isa Sabu (Menteri Besar Perlis) apabila beliau melakukan penghapusan muka-muka talibarut kepada Shahidan Kassim di SUK Perlis.

Itulah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh semua negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, kerana mereka ini adalah muka-muka peningalan parti terdahulu yang telah sebati kesetiaan mereka kepada UBN. Dan mereka inilah gunting dalam lipatan, musang berbulu ayam dan pengkhianat kepada kerajaan negeri yang baru.

Benar…, mereka hanyalah penjawat awam yang makan gaji dengan kerajaan negeri, tetapi taat setia mereka kepada UBN masih tidak berbelah bagi, jadi lantiklah pegawai-pegawai kanan serta kakitangan yang pro Pakatan Rakyat supaya semua kerja berjalan lancar.

Ambil contoh dan iktibar dari trajedi rampasan kuasa di Perak dan contoh di Selangor, dimana sikap talam dua muka serta maklumat kerajaan negeri boleh bocor kepada orang yang tidak bertanggung-jawap.

Semua pemimpin Pakatan Rakyat harus bertindak segera membenteras semua kuncu-kuncu UBN dalam SUK dengan kadar segera. Jangan sampai berulang perkara yang tidak diingini.

1 comment:

Anonymous said...

kpd menteri besr slgr TSKI rakyat mahukan penukaran ahli-ahli BN di semua sektor....