ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 26, 2009

26.04.2009. Ahad.

Fairus kekal letak jawatan, nyata sokongan kepada Anwar/TAHNIAH

Sumber : Suara Keadilan Online

Kuala Lumpur - Bekas Adun Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin mengulangi akan tetap meletak jawatan sebagai Adun kawasan itu, walaupun didapati tidak bersalah atas tuduhan rasuah.


Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang mengemukakan surat perletakan jawatan 16 April lepas selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Semalam SPRM mengesahkan tidak ada bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan ini mengundang spekulasi mengenai kemungkinan Fairuz akan menarik balik perletakan jawatan beliau.

Tetapi menurut Fairus, beliau tidak akan mengubah pendiriannya.

“Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku Adun N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya; Anwar Ibrahim,” kata Fairus dalam sebuah kenyataan akhbar.


“Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan,” tambah beliau.


Berikutan pengumuman itu juga, Fairus berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menyaman individu dan pihak media tertentu yang sebelum ini memburukkan nama beliau.

1 comment:

Anonymous said...

No comen. Fikir-fikirlah. Rakyat perlu faham, buat pilihan terbaik. Jangan bandingkan 50thn dengan baru setahun jagung memerintah.
Beri peluang dan membantu untuk membuktikan Pakatan Rakyat BOLEH.