ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 7, 2009

TERKINI........TERKINI....dikemaskinikan sentiasa. sila refresh


BUKIT GANTANG
BUKIT GANTANG

Pusat Perjumlahan Awal di Markas PAS Ayer Kuning

Setelah peti undi akan ditutup pada jam 5.00 petang nanti. Proses perjumlahan awal kertas undi akan dilakukan di Markas Tarbiyah Ayer Kuning.

Dijangka seawalnya jam 7 malam, mungkin gambaran keputusan sebenar dapat diketahui oleh penyokong PAS.

Persiapan yang rapi dari Lajnah IT PAS Pusat dengan memasaang 3 skrin utama untuk menampung jumlah kehadiran pengunjung telah dilakukan sejak seawal tadi.

Setelah itu jika keputusan memihak kepada PAS, kita akan berarak ke dewan Majlis Perbandaran Taiping,iaitu tempat penamaan calon untuk mendapatkan pengumuman rasmi dari SPR.


3.20 pm Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis terhadap seorang ketua tempat mengundi di SM Sains Sultan Muhammad Jiwa yang didakwa enggan menandatangani borang bantahan ejen tempat mengundi calon PKR di DUN Bukit Selambau.

Dua penyokong BN ditegur oleh anggota polis apabila mereka menunjukkan isyarat lucah terhadap penyokong PAS di luar SK Panglima Bukit Gantang di parlimen Bukit Gantang.

Sehingga jam 2 petang tadi, seramai 58.11 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang

Pakatan Rakyat mendahului dari segi sokongan rakyat di Trong. Pakatan Rakyat dilihat menguasai hampir kesemua pusat-pusat pengundian. Pesuruhjaya PAS selangor, Dr.Hassan Ali dan Speaker DUN Perak, V.Sivakumar di DUN Trong.

SERUAN KEPADA SEMUA PENGUNDI BUKIT GANTANG !

Keluarlah sekarang untuk menunaikan tanggungjawab dan HAK anda sebagai Pengundi di P.59 ! Jangan Bertangguh..keluar sekarang !

Hujan akan turun bila-bila masa sahaja dari sekarang. Awan hitam berisi air di dada langit sedang sarat bertakung menunggu pecah di Bukit Gantang.

SERUAN KEPADA PELANCONG POLITIK

Sila elakkan melalui jalan-jalan lama (mainroad) terutamanya dari Ipoh dan Kuala Kangsar, jalan jem giler bermula dari Bukit Berapit hingga ke Changkat Jering. Elakkan melalui jalan tersebut.



1.10 pm. Hari mulai hujan. Kesesakan teruk di jalan-jalan utama yang menempatkan pusat-pusat pembuangan undi di parlimen Bukit Gantang.


...................................................................................................................................................................




BUKIT SELAMBAU


4.15pm Mafrel melaporkan berlaku kekecohan di SJK Chung Hua di Sungai Lalang, kira-kira setengah jam lalu apabila Karpal Singh dan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak yang melewati sekolah tersebut dibaling dengan botol air oleh oleh ahli-ahli MIC. Orang ramai yang lalu di situ juga terkena botol yang dibaling itu.

4.00 pm SPR mengumumkan, jumlah keluar mengundi di DUN Bukit Selambau meningkat kepada 61 peratus setakat jam 3 petang.

Jumlah ini dijangka meningkat sehingga 70 peratus menjelang penutupan pusat-pusat pengundian pada jam 5 petang nanti.

2.00pm seramai 55 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

1.30 pm : Maklumat MAFREL : Di sebuah sekolah terdapat kaum perempuan menukar pakaian untuk masuk ke pusat mengundi Para Patani berkali-kali. Apakah terdapat agenda untuk mengundi lebih sekali?

1.23 pm Plate No kereta yang membawa pengundi hantu - maklumat dari haris ibrahim.

12.45 pm Bas membawa pengundi hantu ditahan di Gurun
12.00 - Cuaca panas yang dirasakan pada saat ini, panas lagi keadaan di sekitar pusat mengundi IKM dan Sek Men Sains Sultan Mohamad Jiwa. Bilangan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir melebihi bilangan penyokong BN. Anggota polis juga tidak ketinggalan hadir untuk menjalankan tugas masing-masing dalam memastikan keselamatan dan keamanan terjamin.

Para pengundi dinasihatkan supaya keluar mengundi lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak.


Setakat jam 12 tghari, 40 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah membuang undi.

Setakat jam 11 pagi, 32 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah berbuat demikian.

Ust Nasaruddin Mat Isa, Tim Presiden PAS membuat telahan berdasarkan dengan situasi semasa, PR boleh menang dengan majoriti 1,500-1,800 .


...................................................................................................................................................................


BATANG AI

4.00 pm Selepas 4 dari 13 petiundi dikira Barisan (204) mengatasi PKR (147)

3.30 pm Pengiraan undi telah bermula untuk 6 peti undi dari SK Nanga Delok, SK Ulu Engkari, SK Nanga Aup, Tadika Kemas Sempang, Dewan Serbaguna Salcra Batang Ai dan Pejabat Pertanian Nanga Patoh.

1.00 pm - 3 lagi petiundi tiba ke pusat penjumlahan undi di Lubuk Antu iaiatu dari Tadika Kemas Sempang, SK Ulu Lemanak dan SK Nanga Aup dengan helikopter.

No comments: